Monday, November 14, 2011

Lawan Cambodia, tapi Main Macam Ajak Masak-Masak...!

Assalamualaikum
Ahad, petang
13-11-2011


Menu belasah, ntah kena ntah tidak gandingannya.

Ayam Masak Merah




....berganding dengan Sayur Masak Lemak. Gunakan sayur yang berlebih lebih dalam fridge. Chicken Ball Vege pun belasah boh gak tuh.

Cuma, seorang Emak Tarzan malas nak buat Sambal Belacan.


********


Petang ini, layan SEA Games 26th, bola sepak Malaysia vs Cambodia. Tapi ntah apa-apa la team Malaysia ni main! Macam main masak-masak jer.

Kot ya pun Cambodia bukan pasukan yang kuat, takkan lah korang nak main pun macam budak sekolah menengah main. Persembahan menghampakan. Menang 4-1, dapat 3 mata. Tapi bila persembahan macam tuh, alahai nak bangga pun rasa tak kena!



~HISYAM tidak pernah minat daging lembu, lalu bila Pak Utih kendalikan korban sampai 5 ekor, dia rasa malu kerana menyorok di balik pokok pisang gementar darah sedang SERI BULAN begitu teruja sehingga membuang silu mencelah di kelompok ramai orang jantan...~






25 comments:

  1. Salam, hehehehe auntie suka masak lemak sayur campur2 tuh, memang selalu gek auntie buat macam tuh belen2 sayur dlm fridge kasi habis semua sebelum rosak.
    Sambal belacan mesti ada baru makan berpinggan2..

    ReplyDelete
  2. AA..masak omak makan ngan sambal belacan bacang..adui ai..sedapnya..

    ReplyDelete
  3. Azie...
    lauk sedapppp...
    tapi jika singgah kerumah akak ada Mee Rebus Udang...

    ReplyDelete
  4. semua mempunyai pendapat yang hampir sama. kalaulah team malaysia mengekalkan cara permainan sedemikian, maka tidak mustahil lah mutu bolasepak negara kita akan tetap berada di tahap yang sama & tidak akan berganjank seperti negara2 jiran kita seperti singapura yang suatu ketika dahulu cuma pasukan belasahan kita jer.

    ReplyDelete
  5. ermmmm.....kesukaan ku.
    Klau lah dapat tambah berkali-kali

    ReplyDelete
  6. Sedap sungguh nampak ayam masak merah tu.

    Saya geng dengan Seri Bulan :)

    ReplyDelete
  7. Che Mid tolong buat samabl belacan lah ya.. meh sini bawak ayam ngan masak lemak tu sini meh..

    ReplyDelete
  8. lauk bersantan memang kena dengan yang bersambal.

    ReplyDelete
  9. MARINA:
    Sayur-mayur saya tu semua baki sepanjang minggu yang saya masak Tomyam tu. Campur semua. Sayang nak buang kan.



    ACIK ERNA:
    Lama betul saya tak rasa Sambal Belacan yang boh bacang nih...

    ReplyDelete
  10. AKAK:
    Wahhh Mee Rebus Udang? Slurrrrppp! meleleh air lioq



    EELOBOR:
    Tak suka Kak Azie tengok pemain kita main macam tu.



    JASNI SANGARI:
    Agak-agaknya 5 pinggan ker? hehehe

    ReplyDelete
  11. DINAS ALDI:
    Pada saya memang sedap lah tuh. Sebab tu licin semuanya.



    CHE MID:
    Wahhh rajinnya dia. Tunggu! Tunggu!



    YAN:
    Betul tu. Masak Merah tu agak pedas tu, ok lah. Jawapan dari orang malas tumbuk sambal. hehehe

    ReplyDelete
  12. Main masak-masak pun kalau tak kena gaya, tak jadi juga, kan? :)

    ReplyDelete
  13. kecur...

    mmg gandingan duet yang tepat tuh!
    arini akak cuti..nak masak camtu lah, ada kuah lemak sayur dan sambal...

    zie, bolasepak dh start ker?
    pesal akak leh tak perasan?

    ReplyDelete
  14. kalau anak akak buat ayam masak merah ni selalunya makan nasi hujan panas dan papaduim ajer.

    hb akak pun tak gemar nak ikut gi gath yang melibatkan blogger..akak ajer yang gi sorang ataupun dengan anak

    ReplyDelete
  15. paduan lauk yg sememangnya menjadi kegemaran sy sejak berzaman lg yummy!

    ReplyDelete
  16. Tu pasal KCE malas tgk bola. Grup sekolah aiman main lagi best.

    ReplyDelete
  17. kalau main betul2 nanti banyak sangat kalahnya .. elok juga supaya tidak sampai memalukan orang. itulah agaknya alasan yang diberi.

    ReplyDelete
  18. walau pun menu belasah tapi tetap nampak lazattssss

    ReplyDelete
  19. Kono lah tu.. podeh dongan lomak. Tapi tang main bola tu kakpah tak dapek nak komen sobab tak tengok..

    ReplyDelete
  20. semalam saya layan anak2 sumer main kat luar, jangan kaco bapak nak nengok bola..bapak dah pesan.. kalao saya tahu malaysia main cincai, saya suh budak2 tu kacau bapak dia orang.. :)

    ReplyDelete
  21. ayu tak suka bola..
    tapi nak komen tang ayam masak merah..
    wah!!!!!!!!!!!!!
    merah menyala.. sure sedap dan pedas.... i like

    ReplyDelete
  22. munna mmg tak minat bolasepak... tak tgk pun.... ayam masak merah tu nampak sedap sgt kak AA

    ReplyDelete
  23. aina...tak berminat tengok sukan. tapi kalau masak2 suka...

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails