Friday, November 11, 2011

11-11-11: Bila Blogger Bergerak Solo...

Assalamualaikum
JemAAt
11-11-11
...hujan pagi ini


Tarikh cantik, hari pun baik. My Anak Menakan HUDA FIONA bernikah pagi ini, insyaAllah. Aku dah apply cuti, suppose balik kampung malam tadi lepas kerja, tapi 2,3 hari lepas tu kensel cuti. Kebetulan kerja tengah banyak dan esok ada program penting yang aku kena hadir dan jaga banyak benda. Apapun selamat menempuh gerbang pernikahan. Welcome to the club!

Pernah tak korang terkena bila ditanya, “cik abang tak ikut?”. Dolu-dolu I pernah 2,3 kali kengkawan tanya camtuh. Sebab MyTOKLAKI “tak sior” nak ngikut aku ke mana-mana jika urusan tu bukan urusan keluarga. Jarang dia nak ikut. Sementelah aku memang agak berdikari orangnya (cewahhhhh....), aku pun tak kisah gerak sensorang. Naik bas turun bas, naik LRT ke mana nak pegi. Pergi trip luar kawasan pun adakala sensorang jer ikut geng.

Bukan dia tak concern atau tak suka, tapi ada kala masa dia dengan masa aku tak selari. Lalu itu tidak pernah menjadi isu sesama kami. We trust each other! (ohh really??) hahahahaha! We have our own reason.

Aku terbaca sorang blogger, buat entri dia ditanya “awak jandakah?” sebab selalu bergerak ke mana-mana dengan anak jer, suami tak pernah kelih. Kesian juga dia. Ramai sangat orang busy body di keliling kita.

Adakala kita sendiri pun tak sedar, perlakuan kita menimbulkan tandatanya dan syak orang, kan?

Aku mengaku selalu bergerak solo. Dalam hal ini, kita bercakap dalam konteks blogger. MyTOKLAKI tak pernah, belum pernah muncul dalam mana-mana pertemuan blogger. Dia tak kisah pun aku nak pergi (asal dia dimaklumkan) sebab dulu lagi, bab gathering dengan kengkawan ni adalah perkara biasa sejak aku ada ramai kawan dunia siber. Walaupun jarang ada gathering, tapi ramai kawan yang menjadi kawan kami. MyTOKLAKI kenal sebahagian besar mereka walaupun dia bukan kaki sembang. Banyak diam saja kalu dia join. Bini dia jer yang ramah terlebih...! Selebihnya, dia dah malas nak ikut.

Kita pun bukan muda lagi nak berkawan cara orang muda, kan? Orang yang dah berkeluarga, cara berkawan tidak sama dan tempat juga tidak sama macam orang muda. Korang faham la...

Apapun, pada aku dalam mana-mana komuniti siber yang kita sertai tak perlulah nak sibuk sangat sampai nak tanya “ko janda ker?”. Agak melampau soalan peribadi itu. Memadai menerima kengkawan kita seadanya. Simpan persepsi atau sangkaan kita (melalui bacaan jer pun) untuk sendiri, kemudian lupakan saja. Berborak hal yang tidak menyentuh peribadi. Sekadar tanya pasal anak, pasal minat dan hobi atau tanya tentang cara masak... atau tanya cemana nak cari follower. Ahaks!

Bertahun aku join 2,3 komuniti siber, jarang aku jumpa orang yang busy body ni. Jarang. Cuma yang tak best bila orang bercakap di belakang pastu benda terpusing bak boomerang patah balik ke telinga kita semula.

Kematangan akan menyerlahkan diri kita yang sebenar. Pengalaman lalu membuatkan kita lebih berhati-hati. Jika kita sendiri tidak suka disoal dengan soalan maut, jangan sesekali mencari pasal menanya orang soalan sebegitu.



Memang berdua lebih baik, walaupun warna tidak sekata, rupa tidak setara dan darjat tidak sekasta, tetapi mensyukuri seadanya diri dia lebih baik dari berpura menyinta tetapi kemudian rindukan orang lain macam burung hantu!


*Seorang aku hanya gementar gabra-gelabah bila ditanya, “Mana HISYAM dan SERI BULAN?” Memang takda jawapan!



~...kerana janji mulut lebih kuat auranya berbanding janji di kertas, ke mana sahaja HISYAM hendak bermastautin dia pasti inginkan SERI BULAN ikut sebagai penyeri, lalu walaupun Teratak Nyatuh cukup indah, suatu hari nanti dia pasti diangkut jua ke Bandar Tenggara....~








37 comments:

  1. Kakcik selalu 'berdua' kerana :

    - yang memandu adalah dia

    - yang terlebih peramah juga adalah dia...

    hehehe... cukuplah dua tu saja, kang ada yang tadah mangkuk atau cari longkang untuk muntah pulak... wakawaka eheh... :)

    ReplyDelete
  2. Yuhuuu KakCik, I dah siap tadah mangkok nih, hehehe...

    Azie
    At last I jumpa seseorang yang SAMA dgn I. I pun bergerak solo bila jumpa kawan2 dari group A, B, C. Since suami benarkan I berjimba sendirian, I dah syukur. Kita tau batas kita (kita2 kan mithali? ahaks); lagi pun bukan kita berfoya2.

    ReplyDelete
  3. Sallam Azie,

    Saya pun walau ada suami atau tak ada suami seperti sekarang, tetap bergerak seorang, sehingga sekarang orang masih tak tahu saya dah tak bersuami...hehehe, syukur Alhamdulillah, tak ada gangguan dari mana2 pihak...

    ReplyDelete
  4. samalah kita ...

    dia tak join .. aktivit CA. CA melalak ke mana pun sensorang ... janji kena inform dululah ... kalau tak ...huhuhu kena tadah telingalah.

    Tapi ..... bab kata AA ... dia kenal kawan2 kita. DAn kita pun kawan ngan geng2 yang sebaya kita .... dan kebanyakkannya ... kawan sejenis... heheheh

    ReplyDelete
  5. berdua lebih baik~kerana bini saya tak tau bawak kereta~keh keh~

    ReplyDelete
  6. Assalam AA...sy dah biasa bergerak solo dari dulu sampai sekarang w/pun laki bosar lagi nyawanya... lebih selesa bergerak dgn anak2 dr di ekori seseorang yg suka buat muka kurang asam... cuma bernasib baik pasal belum ado yg bertanyo ..."ko jando ko?" ..huhu..

    ReplyDelete
  7. saya solo selalu. sampai bila? saya pun tak tahu. :)

    ReplyDelete
  8. Suka baca komen-komen kat atas tu... utk Che Mid,... I reserve my comment.. wah.. tak aci ni..

    ReplyDelete
  9. Akak mesti yang Burung Hantu belah kanan tu kan. Cute jer, hahahaha ;)

    ReplyDelete
  10. sekarang solo jadi sebab tu ke mana2 pun solo je..hehehee

    ReplyDelete
  11. AA - masa mula mula kenal dulu (lebih kurang 8 tahun dahulu) aku ingat AA ni isteri ke-2 atau ke-3...he he he he (Mati mati aku percaya cakap uncle yang ko ni isteri Datok/Tan Sri...he he he he)

    ReplyDelete
  12. kita serupa lahhhh.. in fact kalau urusan keluarga punsumtimes hubby takikut. dia sibuk kat opis...

    kengkadang tu terfikir gak apa org punya anggapan.. Tapi nak wat cam ne..

    Bab trael pun i leh seng sorang. takkesah..betul tu.. trust each other. hee

    ReplyDelete
  13. Kak Azie....!!!!

    Ada aku kesah...hahahhaaa...
    biaq le apa org nak kata asal aku bahagia...cewahhh...

    Kalau aina bukan setakat dengan kengkawan dunia siber je, dengan keluarga pun jarang2 dpt bawak laki yg penting dia bagi ceq pi...heheheee...

    ReplyDelete
  14. dulu solo, kemudian berdua, dan sekarang sudah bertiga.. hehe

    ReplyDelete
  15. hehehehe...suka ngan komen paling atas iaitu kakcik.... heheheh, komen paling jujur

    ReplyDelete
  16. terguris makk kalau dipanggil janda...huu~



    suka ayat dibawah burung hantu tu~

    ReplyDelete
  17. KAKCIK:
    Sebenarnya ramai para blogger yang kenal KAKCIK, pasti suka dan tumpang seronok bila tengok KAKCIK dan ABG MUS. Loving couple. Seiring dan sejalan!




    SOM:
    Mangkuk ayan kah? hahahaha
    SOM, I tahu kita memang macam sejiwa dalam certain perkara.! Yeahhhh!
    I rasa U macam sebelah I jer!

    ReplyDelete
  18. LIPISLADY:
    Betul Kak. Kadang2 tak perlu pun kita cerita kat orang pasal peribadi atau status kita, sebab kadang2 tak berkaitan pun. Yang penting kita tahu diri kita.



    CHIK ATT:
    Sama ler. Benar sama. MyTOKLAKI tak join my aktiviti. Dia hanya dengar citer saja. Hanya diri kita yang kena TELUS dengan dia.

    ReplyDelete
  19. BUJAL X:
    Kamu perli makcik yaaaaa... amboiii



    CT NOARIZAH:
    Betul gak tu. Kekadang kalu ajak orang sebelah, dia tak minat. Pastu dia bua muka masam jer, kan? Lebih baik dia jangan ikut. Hahahaha

    ReplyDelete
  20. GADISBUNGA:
    Tak sabar nak tunggu GB berpasangan!



    CHE MID:
    Tak mengapa. Tak jadi hal. Bukan semua perkara kita rela berkongsi. Yang penting happy.

    ReplyDelete
  21. ACIK MLMW:
    Hahahahaha pandai ACIK memahami gambar burung hantu itu. hahahahah yang cute itu lah Menantu Hantu! wakakaka!



    ACU:
    Bila agaknya nak berdua duaan pulak? :)

    ReplyDelete
  22. THE RED RAMBUTAN:
    Woooiii UNCLE cakap macam tuh? Wahh aku tak tahu pun. Jahat UNCLE tuh. Mujur dia tak cakap aku ni darling dia. Maklum masa tu, UNCLE tu popular giler!



    KHAIRIN:
    Terlebih concern sampai melebih lebih. :)

    ReplyDelete
  23. YAN:
    Bagi wanita berkerjaya, kita tak kisah pun bergerak solo. Malah kita dah terbiasa independent. Malah dengan suami hanya menjadi rujukan saja. Kita malas nak susahkan dia.



    JUNAINA:
    Wahhh itu suatu pengorbanan besar tu. Bukan senang nak dapat kepercayaan atau lesen besar camtuh kan?
    Hmmm pasni boleh ajak dia Gathering Tangling lagi kan?

    ReplyDelete
  24. GC:
    Keluarga adalah keutamaan. Bila dengan kawan-kawan, kita tahu satus kita.



    ANAA:
    Wahhhh... melompat tinggi nih. hehehe

    ReplyDelete
  25. EELOBOR:
    Kejujuran dan ketelusan tu lah yang membuatkan mereka suami isteri disenangi ramai para blogger!



    NAJWA:
    Hehehehe... kalu tak betul, buat derk jer lah yangggg...

    ReplyDelete
  26. kak Azie,

    teringat dulu masa Bonda sibuk bisnes.. asik sorang je jaga kedai.. arwah Abah kadang2 je ada.. ada sorang pakcik tu siap ngorat Bonda ingatkan janda.. siap cakap nak masuk minang... adusss!!!

    ReplyDelete
  27. bergerak solo senang..tak sakit hati nak tunggu2 orang. tapi bila solo ni nak buat pilihan membeli pun kadang2 terkial2 sebab tak sure benda2 tu perlu ke/ok ke/cantik ke?

    ReplyDelete
  28. EJA:
    Wahhh mesti mak awak tu masih bergetah dan cun kan? hehehe



    KAK QUEENIE:
    Nak follow ke mana agaknya...



    ERI-CHAN:
    Selain tak perlu tunggu, hati pun tak sakit kalu dia buat muka kalu ada benda yang dia tak berkenan. Kadang2 nak jaga hati dia, kita plak yang makan hati depan kengkawan.

    ReplyDelete
  29. Hubby kak Zai selalu kerja outstation terpaksalah jalan sorang2 atau dengan anak2.

    ReplyDelete
  30. KAK ZAITUN:
    Betul tu. Adakala kita tak rela, tapi apa nak buat. Dah kehidupan kita sebegitu. Berjauhan selalu, maka bergeraklah dengan anak-anak saja. Takpa, asal bahagia.

    ReplyDelete
  31. sentiasa rela dengan apa yang berlaku...

    agak2 kalau orang gelar ayu janda. ada ayu kisah???

    yang pasti en zalie sihat waafiat disisi..
    syukur

    ReplyDelete
  32. AYU:
    Kehidupan kita, hanya kita yang tahu. Lalu kita hadapi dengan gumbira dan redha.

    Mulut orang ni kadang2 bukan boleh dilayan sangat. Apapun kita tetap juga kena berhati-hati, maklum masyarakat tidak boleh diketepikan begitu saja. Pasti ada perlakuan kita yang tidak kita sedar memberikan persepsi negatif pula pada mata orang lain.

    ReplyDelete
  33. AA..kalau tak de suami..acik tak bergerak kemana..sebab driver tak de..he he.

    ReplyDelete
  34. ACIK ERNA:
    Wahhh berdua-duaan tu la yang best tuh..:)

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails