Sunday, November 25, 2012

Projek Karipap (bukan Projek Pistol)

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Ahad
25-11-2012


Dah lama sungguh tak buat karipap.

Saya kalu buat, tak boleh sikit. Sekali penat, biar berbaloi. Setiap kali ada Projek Karipap ni, hampir semua anak dara dalam rumah mesti turun padang dan dilibatkan. Chak dan Alia suka menolong menggelek dan Saya hanya mengisi inti dan mengelim. Biasanya Saya memang akan buat sebanyak 2 kilo tepung (untuk menghasilkan kira-kira 120 biji karipap).

Masak inti karipap sudah mudah sekarang, sebab saya masak gunakan rice-cooker. 15 minit, siap! Belajar dari kawan. Saya dah pernah tulis dulu. Dalam ENTRI INI.

Dak Amoi dan Ika akan bergilir untuk menggoreng. Tak susah sebab goreng ‘half cook’ saja sebab nak frozen.


Antara hasil ‘half cook’. Konon sebagai bekal kami untuk esok.

Semua selesai dalam masa hanya 2 jam, sambil duduk di depan tv mengadap citer “Brave” di Astro Best! Memang best pun citer tuh!





~...walaupun terlalu banyak rasa hati berentap dan tersentap yang telah disimpan oleh SERI BULAN, tetapi dia tidak akan sekali-kali menyebutnya secara bersuluh terang di hadapan HISYAM ataupun berkias penuh hiasan di sisi telinga Mak Utih ataupun Pak Utih...~


 




42 comments:

  1. Banyaknya ... sampai 120 biji! Tapi memang menyenangkan kalau nak makan di kemudian hari...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang saya buat stok untuk kemudian hari. Cumanya, kemudian hari tu, hanya 2,3 hari jer Amie. Sekejap jer langsai. Tambah cuti sekolah sekarang ni...

      Delete
  2. fuh seronoknya buat banyak2 lagi2 bila ada yang rajin membantu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat banyak kerana rakyat dlm rumah sangat ramai. Kalu tak bantu, memang malas nak buat. Jadi sapa nak makan puas, kena la tolong.

      Delete
  3. Assalamualaikum,
    Terkonang2 kesedapannya hingga menjilat siku ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh baru teringat. Yeaaa itulah kali akhir saya buat karipap. Bulan puasa ler tu kan?

      Delete
  4. Lama x buat.tengok k.azie buat ni...teringin nk buat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila-sila. Cepat letak resipi kat pintu peti ais! hehehehe

      Delete
  5. Wahh..nk buat jugk nant..sy suka yg inti keledek merah tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Azie tak biasa yg keledek merah. Kerana Kak Azie tak gemar, so tak buat dan anggap jer anak-anak pun tak suka juga. Hehehehe

      Delete
  6. kemas nampaknya hasil kelim tuh..karipap kuih yg tak lapuk dek zaman, saya pun suka makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal Fadilah. Dulu memang Kak Azie tak reti bab kelim ni, tapi jenoh la juga berlatih. Boleh la tahan...

      Delete
  7. karipap memang sedap...

    sebab sekarang ni 3 biji singgit tapi saiz besor dua jari.. (kalau jari Eja memang besaq laa...)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di KL dah tak dapat dah 4 biji singgit youuuu... Seketoi 4 kupang Eja oiiii.

      Delete
  8. wah byk tu ttp boleh buat stokkan...senang kerja...nak makan goreng je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang la itu tujuannya pun. Anak-anak pun boleh goreng sendiri bila saya pegi keja. Maklum cuti sekolah ni, lapar jer manjang.

      Delete
  9. Azie
    2kg = 120pcs = pengsan!!

    Tiap minggu I beli frozen karipap (untuk bekal keofis my other half) tapi yg dijual kat s'market tu bukan semuanya sedap. Kena pilih2 juga. You tak nak jual ke?

    Note: Jgn cadangkan I buat sendiri kalau tak 'I no fren you', heheh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai SOM.. I memang tak meniaga, tapi bila ada orang tempah insyaAllah boleh jer buatkan.
      Kalu U nak, I boleh tolong buatkan bagi U rasa. Bukan la meniaga, tapi kalu dapat kita ‘sistem barter’ I tingin nak request Cup Cakes U yang ohsem tu sebagai tukarannya. Ahaks!

      Delete
  10. saya kene cakap kat mak saya pasal masak inti karipap pakai rice cooker tuh! heheheh~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak meniaga kuih kah? Orang berniaga kuih, memang elok ikut kaedah ni, sebab jimat masa dan tenaga!

      Delete
  11. memang kalau karipapni favorite sampai bila2 tak penah jemu..
    memang kalau dalam fridgetu kenajer der karipap frozen...
    senang keje nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang tak bestnya, tak sampai pun seminggu dah selesai! hahahaha budak-budak dok ulang pagi petang siang malam.

      Delete
  12. Kalau tak rajin tak menjadi juga Azie. Bab mengelim lagilah kena gigih. Kakak suka yg kelim tangan macam ni dari yg guna mould ketap tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Zakie, saya kena juga gunakan acuan tu, sekadar nak dapatkan saiz yang sama dan melipatnya. Kemudian kelim dengan tangan utk kemaskannya.

      Delete
  13. 120biji? aduhhh saya tak sanggup! tapi saya suka karipap, kak azie dah buat saya kecur liur pulak... aduhhh malasnya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalu malas, cuba la buat sikit dulu. Kalu buat sekaligus banyak, memang rasa seksa. Saya sendiri kena ada pembantu kecik tu, kalu tidak jenoh juga.

      Delete
  14. Assalamualaikum Azie

    nyam nyam....

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum....

    Wah sedapnya projek karipap ni....order boleh?

    Anyway MYideakini singgah baca, komen & follow blog aziezah...

    Dijemput untuk join segmen MYideakini....

    Aku Terjah! Aku Follow! Apakah itu?

    Terima kasih...

    ReplyDelete
  16. Kalau ramai2 buat semua kerja jadi mudah.

    Anak2 kak Zai kalau buat karipap tak nak tolong kononnya tak pandai nak buat tepi dia ishhh...geram.



    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak-anak dara saya pun, sorang pun tak reti Kak Zai. Tapi nak menyibuk juga. Jadi saya tugaskan depa sorang membulat-bulat adunan, sorang ambik bulat tu gelek. Saya hanya masuk inti dsn kelim. Agak cepat juga proses tu bila ada orang bantu.

      Delete
  17. Aina dah lupa bila kali terakhir buat karipap!

    ReplyDelete
  18. ehh.. karipap neh byk neh..
    ehemm. ehemmmm.. hikhikhik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekejap jer langsainya tu nanti Iyra. Kalu berhajat, sms nanti Kak Azie buatkan yaaaa...

      Delete
  19. Berminat ngan kaedah buat inti ngan rice cooker tu. Kalau inti daging, boleh juga ngan rice cooker?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak jamin la pulak Cikgu. Sebab bimbang, 15 minit tu tak cukup untuk empukkan daging. Why not, rebus dulu daging then baru masukkan dalam kentang.

      Delete
  20. tak sempat tengok cite brave tu. kena beli DVD jelah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami beli kat Astro Best. Cuma RM10, tengok 48 jam!

      Delete
  21. walaupun dah jarang komen tapi tak pernah tak baca, cuma nak tanya...

    mana pi entri latest yang keluar kat feed saya... hihi
    kena tarik balik ke?

    ReplyDelete
  22. memang tak reti buat karipap nih..tahu makan aje..nantilah satu hari insyaAllah nak belajar..cantik karipap tu

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails