Tuesday, May 11, 2010

Aku Memang Sombong, Jika Itu yang Hendak Digelarkan...

Aduhh duuu duu duu!

Maaf kerana aku tidak berkesempatan melawat blog kengkawan dalam sehari dua ini. Memang sendat masa bermula Sabtu-Ahad, bersambung pula kursus di Maktab Kerjasama Malaysia (MKM) selama 2 hari; Isnin dan Selasa. Memang kursus ini bukan berkaitan dengan tempat kerja aku sekarang, tapi berkait rapat dengan kerja-kerja luar aku yang banyak juga memerlukan komitmen aku.

Kerana kerja-kerja itu bukan kerja tetap, tidak banyak perkembangan dari segi skill yang dapat aku capai dalam tempoh yang singkat, dan menanti masa yang lama pula adalah pula sesuatu yang merugikan. Lalu mendaftarkan diri untuk menghadiri kursus ini adalah salah suatu cara untuk aku mencari ilmu, mencari penyelesaian pelbagai masalah dan membincangkan apa saja berkaitan pengurusan dan pentadbiran kerja ini.


Hari pertama.

So untuk bercerita lanjut pun aku tidak pandai, kerana kerja ini sekadar kerja biasa, kerja part time. Walaupun sangat penting, tetapi aku jarang bercerita khusus tentang kerja dan jawatan aku yang tak seberapa ini. (Saudara yang berkenaan: memang saya sibuk, memang saya sentiasa ada program dan agenda tetapi itulah tanggungjawab saya, komitmen saya dan saya mengaku tidak peduli sangat tentang pelawaan beberapa orang kawan untuk berjumpa dalam beberapa program2 sosial... Ya, saya memang sombong jika itu yang hendak dipanggil).

Hari kedua. Pensyarah ada 4 orang, tapi semua best-best.

Break 10 minit.


Di tempat kursus ini, memang ada 2 orang kawan lama aku yang bertugas di sini. Kami sudah berkenalan sejak 2004 lagi tapi sangat jarang berjumpa. Mujur juga, walaupun kedua-dua mereka sibuk, sempat juga keluar berjumpa dan duduk bersembang semasa rehat.

DATU Z. Salah seorang kawan lama yang terlibat secara langsung menguruskan beberapa urusan kursus yang aku hadiri. Terimakasih kerana sentiasa memberikan bantuan dan memantau keperluan peserta.

Sebenarnya ada beberapa lagi sesi kursus yang harus aku hadiri, tapi harus menumpukan kepada komitmen kerja tetap dulu.


**Masih juga aku tidak berjaya mengusir kata-kata dari minda aku, sehingga aku rasa, bersetuju dan mengiyakan sahaja adalah cara terbaik untuk melegakan hati, walaupun aku tidak semudah itu menerima pandangan rendah walaupun dari orang yang ternyata layak kupandang tinggi.


~...menjadi perantau sekian lama bagi SERI BULAN, bukan bermakna dia melupakan laman leluhurnya, juga buaiannya di tepi sungai berhampiran taman Majlis Daerah, tapi keruh sungai itu sama keruh dasar hatinya...~




18 comments:

  1. Kak zie, lantak la org nk panggil apa, kita lebih tahu diri kita...

    ReplyDelete
  2. Masa I keje kat HQ Perwira Affin Bank pun ramai kata I sombong. Tak kenai tak cintaaa kan, Azie?

    ReplyDelete
  3. ROSNANI > Bagi Kak Azie, cukup keluarga sentiasa tahu dan percaya kita.

    ReplyDelete
  4. FA*ATIP > ada orang kata kita sombong setelah kita tidak sekepala dengannya. Itu jer..

    ReplyDelete
  5. kak Z, DATU Z tu, one of my user masa sy buat sistem kt MKM.. hihi..

    ReplyDelete
  6. CIK ZURA > Kenai jugak ek. DATU Z ni pangkat adik dgn Kak Azie. Kenai sejak 2004 dulu sampai dia berangan nak jadi menantu Kak Azie. harharharhar!

    Sekarang Pegawai Perkhidmatan Domestik. Sabahan. Ada nama manja yang khas dengan kitaorang.

    ReplyDelete
  7. Ops! yang ni kena sebut gak... Dia Masih Bujang...!

    ReplyDelete
  8. salam,
    X pepasal mr. Z tu pulak kena lelong kat sini hu h u hu

    Selama ni ada akak kita ni kesah orang nak kata sombong? jadi, wat apa ari ni nak kesah kan hu hu hu

    ReplyDelete
  9. Sukar untuk kita mengambil hati semua orang sedang hati kita tiada siapa yang peduli...

    ReplyDelete
  10. Dalam dunia ni tak de siapa yang sombong

    kita gelar dia sombong bila dia tidak memenuhi keperluan kita diri kita tetapi dia boleh ngam , masuk dengan sesetengah orang..dia tak sombong bagi sesetengah orang..

    jadi - kalau org tak boleh terima kita, ada org lain lagi di dunia yang berbillion manusia ini boleh terima kita...sbb tu manusia biasalah hidup berpuak-puak... berkoloni

    ReplyDelete
  11. ANYSS > Berminat ker? Ahaks!
    Ya, ada aku kesah? hikhikhik.


    KAK CIK > Betul tu. Tapi kalu hati masak goreng kicap, sedap kan?

    ReplyDelete
  12. Kak KUJIE > Seronok sungguh saya tiap kali baca komen Kak KUJIE ni. Terimakasih terimakasihhh...

    ReplyDelete
  13. sungguh bz kanns,

    salamm,

    ReplyDelete
  14. Salam TUN... Lama sungguh tidak jumpa dan bertegur sapa. Mana menghilang?

    ReplyDelete
  15. rasa2 macam nak ajak AMOI pegi kursus je weekend ni... bley ke maakkkkkkk???? hahahaa...

    ReplyDelete
  16. ICE > Dak AMOI tu sibuk cari keja part time ler skang nih. Maklum dia berangan nak belikan MAK dia hp BlackBerry! harharharh!

    ReplyDelete
  17. aiseyman keje laaaa plak dak AMOI tu... huhu ada orang nak pakai BB ke? bagus2... maju ke depan selangkah lagi...!!!!

    ReplyDelete
  18. ICE > Selangkah jer dapat Blackberry? Kalu 2 langkah, terus dapat ladang strawberry...! harharhar!

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails