Wednesday, December 14, 2011

MPH Karnival 2011: Cerita pengenalan...

Assalamualaikum
Rabu
14-12-2011



Hari ini WW kan? Tak sempat dah nak buat.

Agak berselerak jadual aku. Bercampur aduk dengan emosi berkecamuk. Bukan masalah besar, tapi hati kalu dah tersentuh lambat la pulak nak pulih. Leceh betul. Rasa nak marah kat diri sendiri pun ada.

Yang pasti, banyak perkara become upside down...

Kelemahan kita sebagai manusia biasa, bila dalaman kita dipengaruhi perasaan (dan perasan) ada kala tak boleh nak kawal keadaan sekeliling.

Lebih parah bila kelemahan diri kita pula menjadi mainan dan bahan lawak orang. Sekali sekala boleh lah diterima sebagai gurau, tapi bila dah selalu sangat, sentap juga hati.

Ok. Cukup.

Cerita lain.

Duty sudah berakhir beberapa hari lalu. Cerita tidaklah banyak seperti juga tidaklah menarik mana, sepertimana juga pernah disebut orang, kerja sebagai promoter tu “apa kelas?”

Beberapa gambar sahaja sempat diupload. Nanti sambung dengan lain-lain gambar.


Nampak tak alas meja yang special tuh? Kat kedai takda jual tau...!


Pelancaran karnival oleh mantan PM, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Tak boleh snap lebih jelas, ini kira paling dekat boleh pegi.



Aku tak tau apa nama maskot ni. Tak sempat pun nak tanya.


Banyak maskot baru. Ntah apa nama.


Clown ni memang menarik perhatian golongan kanak-kanak.
(nampak tarikh karnival tahun depan di situ?)




Dia kata, syhhhhh.... Saya clown tanpa dialog.


*sejak semalaman, banyak blog tak boleh nak tinggalkan komen. Error jer. Grrrrrrrrr.....!


~...merindui ayam berkokok di dahan ciku, terkenang kilauan embun di kelopak keladi, mengenang lauk air tangan Mak Utih menjadi alasan HISYAM segera kembali ke Kampung Separuh Desa, tetapi bila itu disenaraikan, SERI BULAN menarik muka macam terhirup cuka kerana rindunya tidak setara hala dengan si lelaki yang dinanti...~








20 comments:

  1. konon-konon nak jugak singgah....


    'masa mencemburui kita'

    ReplyDelete
  2. GEDEK:
    Saya simpan rasa cemburu itu di tahun hadapan!

    ReplyDelete
  3. SALAM,
    AHAD NI, KITA SAMA2 JAGA BOOTH KAT BANGI

    ReplyDelete
  4. LUAH FIKIRAN:
    InsyaAllah Dato’. Takda masalah. Tapi barang pun tak beli lagi ni. Esok pagi kot nak singgah pasar nak beli limau dan asam boi. hehehehe

    ReplyDelete
  5. Salam Kak Azie..

    Dulu masa kecik2 oarng selalu ejek Nida senapang gajah (sebab arwah abah ada senapang), mula-mula boleh tahan juga.. tapi bila dah lama-lama bak kata Kak Azie ler sentap juga dibuatnya...

    Sekarang ni banyak sangat karakter kartun yg kita dah tak tahu, yang saya tahu cuma doraemon, hello kitty...:)

    ReplyDelete
  6. salam kak,

    sori ya, tak tau la betul ke tidak tp rasa2nya akak ni la yg layan sy & family masa kat booth cesb aritu. ingat tak sy carik buku 'andai itu takdirnya' and akak suggest sy baca buku 'awak suka sy tak - melur jelita'? pastu akak ada siap amik gambar anak2 sy? sori kalau tersalah org ya...

    ReplyDelete
  7. akak alergic masuk ke situ azie..
    nanti poket boleh dijangkiti penyakit lama...kopak.

    ReplyDelete
  8. acu ada niat nak singgah situ hari ahad tapi mak oi jalan jam gile...parking pula banyak yang merah tanda '0'....emm..lupa kan saja la terus balik

    ReplyDelete
  9. Azie, lupakan yg sentap tu agar tidak menggangu kehidupan seharian... be happy always!

    nampak alas GG tu sangat nostalgik... paling suka kisah Aza dengan "adegan yg ingin kita lihat"! mmg gelak sakan... hinggakan adik yg masa tu study kat US pun sllu mintak kirimkan majalah GG ni... dah lah kos pos sangat mahal!

    ReplyDelete
  10. kak azie....
    mmmm.....alas meja tu, ade juai ka?
    hahahahha.....
    tat2, jgn lupa...heheheheh

    ReplyDelete
  11. kalu x krn alergy sure kite ketemu aritu

    ReplyDelete
  12. Aina hairan tengok Kak Azie pakai kasut! Pernah dulu tu tak berkasut!

    ReplyDelete
  13. owh ade clown rupenya.. Maskot pon ade jugak? Hari tu pegi dh xde

    ReplyDelete
  14. Kak,

    Akak dtg kan ms perjumpaan blogger? Sy pass souvenir tu ms perjumpaan boleh? Sorry. Dah jdk pekasam hadiah akak tu. Hiks~

    ReplyDelete
  15. ramai sgt org di midvalley shopping krismas huhuhu tak sempat nk singgah

    ReplyDelete
  16. NIDA:
    Selain dari karakter kartun dari siri di tv, ada juga maskot ni mewakili katun yg ditulis di majalah kanak-kanak. Banyak yang Kak Azie langsung tak tahu.




    LIZAMURNI:
    Ya ALLAHHHH....!
    terperanjat saya, Liza.
    Sebenarnya Kak Azie memang sedang semak gambar2 karnival tadi petang. Memang ada gambar anak-anak awak dlm folder dan Kak Azie kata, nak publish juga, dan dah plan captionnnya.

    ReplyDelete
  17. KAK QUEENIE:
    Penyakit lama tu agaknya bila berjangkit semula? hehehe



    ACU:
    Memang kawasan tu, jalanraya agak teruk. Sebab itu, pengunjung tak padat berbanding PWTC.

    ReplyDelete
  18. KAK ROSE:
    Masih ingat ya? Saya paling tak leh lupa animasi, From Taiping With Love!




    AZIAN:
    Stok sudah sampai malam tadi youuuu!

    ReplyDelete
  19. KHAIRIN:
    Alergy kan apa? Buku kah? Pentas? hehehehe



    JUNAINA:
    Memang tak pakai pun. Tu baru pakai balik tu.

    ReplyDelete
  20. ZENNAYA:
    Memang ada. Tapi dua hari terakhir tu rasanya dah takda.



    FARA:
    InsyaAllah datang. Kak Azie pun dah lupa bab souvenir tu, Fara. heheh



    CIK FIZA:
    Kak Azie rasa area yang ramai tu area Jusco dan panggung wayang!

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails