Saturday, December 24, 2011

Pokok Krismas Belum Tumbuh...?

Assalamualaikum
Sabtuday, kerja
24-12-2011


Sehari lagi nak Krismas.

Jika tahun-tahun sebelum, tempat kerja aku dah meriah dengan warna warni, dan pokok Krismas tumbuh setahun sekali kat ruang bawah. Siap berakar-akar hadiah kat pangkal pokok!

Tahun ini, sehingga semalam apa pun takda. Kerana staf ramai yang secara halusnya seperti memprotes sambutan Krismas (atau apa jua sambutan). Aku ingin meletakkan diri aku sebagai orang/pekerja berkecuali kerana aku baru setahun lebih di sini.

Sejak 3,4 bulan kebelakangan ini, ada beberapa mesyuarat yang dilihat seperti menyakitkan hati. Melukakan perasaan ramai staf. Adat seorang Bos di sebuah syarikat. Majikan berhak bercakap apa saja (termasuk mencarutkan staf, kah?), atau membuat apa jua keputusan.

Aku masih merasa tidak begitu berhak utk bertindak apa-apa. Biarlah ‘orang lama’ yang bertindak atau bereaksi.

Bila tiba-tiba semua elaun pekerja dihentikan, dan kemudian selang seminggu Bos beli Mercs model terkini, sapa tak sentap? (Mercs ke-3, selepas si Gold dan si Silver)

Bila tiba-tiba urusan nak pindah menjadi isu besar, kemudian tukar fikiran ramai berpendapat itu alasan untuk staf merasa tidak selesa lalu berhenti sendiri. Belum ada lagi pun yang resign.

Lalu mereka seperti sepakat (tanpa mengajak aku secara rasmi pun), untuk melakukan beberapa protes secara halus — yang aku lihat tidak pun menguntungkan sesiapa — tapi mudah disedari oleh semua orang.

Tiada lagi ucapan ‘Good Morning’ pada kedua-dua Bos, wpun setiap pagi mereka dah tercongok depan ruangan pekerja mengetik kehadiran.

Tiada lagi ucapan ‘Byeeee!’ pada waktu mengetik kepulangan.

Dan aku yang ingin berkecuali, menjadi serba salah bimbang dianggap membodek Bos, menyokong atau dianggap mendapat keistimewaan.

Mujur aku selalu menjadi the early bird, lalu ucapan itu mudah saja tidak dilihat sesiapa.

Sehingga semalam, memang tak nampak sebarang persiapan menyambut Krismas seperti tahun sudah. Lady Bos memang menyambut Krismas lebih besar dari Chinese New Year. Dan biasanya memang akan ada party, pemberian hadiah, makan-makan, main games dan biasanya semua orang tidak bekerja!

Sehingga petang semalam, suasana masih sama. Dan rata-rata pekerja mengharapkan begitu. (aku saja yang tak mau kisah). Ada beberapa orang staf pula sengaja mengambil cuti beberapa hari termasuk hari ini! Alasan mengelak hadir, adalah antara sebab.

Kenapa aku tak kisah? Kerana aku tidak sepenuhnya merasa sakit seperti mereka yang bertahun tahun kerja dan melalui pelbagai pengalaman. Kesabaran mereka mungkin tercabar kali ini.

Aku cuma lega bila tidak akan lagi terlibat dalam sebarang parti sambutan Krismas, kerana seksa mengawal diri kerana rasa keliru, bersalah dan serbasalah di tahun lalu. Rasa hormat pada Bos, terpaksa senyum.


Ops! aku membebel panjang. Ada orang sudah mengaku dia tak baca jika panjang.



Tayang-tayang:

Lunch bersama Puan Sri Devi semalam, kerana ada urusniaga Tart Nenas.

Lunch yang simple macam tu boleh berharga RM20.60. Cuba kira Air Bandung tu berapa, Ikan Bakar tu berapa? Berbaloi tak? Apapun kedai Makcik tuh, memang terkenal di sekitar kawasan tu kerana MAHAL! GB pun tahu kedai makcik nih!




~...pernah sekali bila SERI BULAN mengadu sakit pening pada Pak Utih, Mak Utih cemas tak ketahwan lalu bagai terlupa selipar pula HISYAM berlari mencari Bidan Piah sedangkan si bidan kemudian tersenyum sambil mengira hari sambil membisik bulan sudah timbul di tengahari...~









20 comments:

  1. Kenapa pergi lagi kalau mahal? Sebab Sedap ikan bakar ker?

    ReplyDelete
  2. Mahal kalau sedap dan mengenyangkan mungkin berbaloi juga (tambahan kalau ada yang sudi belanja...hehehe...)

    Jiran kakcik seorang yang bertaraf Duta Negara. Sedihnya (pastinya dia Melayu dan diketahui beragama Islam), setiap kali menjelang krismas, hiasan rumahnya membayangkan seolah2 beliau merayakan perayaan itu. :(

    ReplyDelete
  3. kalau dia beli merz baru pun rasa nya dengan memotong elaun pekerja tuh tak memadai utk nak bayar merz dia tuhhhhh...jangan buat andaian sendiri.
    Boss juga tak perlu pun bersusah payah nak kasi pekerja sakit hati dan lari.. dia boleh jer cakap syarikat tak untong, nak potong gaji 15%mulai 1 jan 2012, dia tak perlu pun minta pandangan pekerja. lepas tuh keluarkan memo lagi syarikat nak pindah ke johor (bukan daerah berdekatan tuh juga, itu bukan nak gemnpag namanya.)
    Saya rasa AA amat tau tentang karenah boss nih pasai AA sudah kena sekali...APA YG HANG DAPAT? dapat susah dan sakit hati saja kan kan...
    Kalau dia nak buat dah lama dah dia buat. apa dia nak susah. Jadi kalau takat begini ja caranya aku rasa tak payah buang masa.. HIDUP MESTI DITERUSKAN, KERJA MESTI KERJA, kat rumah tuh masih banyak lagi mulut yg nak kena suap.
    "orang muda boleh melompat jauh tetapi yg TUA melangkah belum tentu selesa"

    BERSANGKA BAIKLAH DENGAN BOSS ANDA JUGA SYARIKAT.

    ReplyDelete
  4. Azie..
    Gerai makcik tu kat mana?
    bila akak order tart nanti dan beri FM pada Azie kita makan kat situ rasanya boleh tak?

    ReplyDelete
  5. Salam Azie

    Takpe bebelan mu panjang berjela...asalkan boleh ringankan minda.

    ReplyDelete
  6. sy org lama..selalu rasa tak puas hati dgn org atasan..bila issu nk pindah lagilah buat sy dan otai2 opis rasa mendidih je..org atas kerap beri ugutan..pindah,pindah,pindah..padahal bangunan pun belum beli lagi...

    makan dgn harga gitu memanglah mahal...rasanya bagaimana? kalau berbaloi tk pe..jgn mkn tk sedap tp mahal itu yg tak patut..

    ReplyDelete
  7. mahal dah tak kisah kalau ada selera..

    ReplyDelete
  8. sama gak cam kat tempat saya. satu restoran makcik tu, memang menu yg disediakan sedap2 tapi mahal gilerrr

    ReplyDelete
  9. kak azie baru berkerja di situ
    memang patut berkecuali :)

    ReplyDelete
  10. salam,
    betul, takyah join. yang penting, kita buat kerja kita, kerja siap. hujung bulan masuk gaji..heheee

    ReplyDelete
  11. xpe kak..asalkan kite dpt coti rismas ni..bleg rehat..heheh

    kedai mkn tu kat kg baru ke kak?mahalnye...

    ReplyDelete
  12. azieazah
    Kalau kedai saya, harga utk juadah semua tu: air RM3, nasi 2, tempe 1, ikan bakar 4, sayur masak 1, terung masak 1, ulam 4, sambal 1 = RM17.00. Lain-lain kalau belum dikira, kira percuma. Murah sikit, kan?

    ReplyDelete
  13. UNTIE MARINA:
    Kawan saya tiba agak lewat, masa dah suntuk. Itu sahaja kedai yang paling hampir dengan tempat kerja saya.



    KAKCIK:
    Agak sedap. Boleh la tahan.
    Serba salah kita bila melihat jiran berlebihan pula di waktu perayaan orang lain, kan?



    EELOBOR:
    Oh ya la kan? Tak perasan plak.

    ReplyDelete
  14. FADZIL:
    terimakasih atas komen.
    Saya pernah mengalami keadaan lebih teruk dari apa yang mereka di sini lalui. Lalu saya merasakan itu sebagai sesuatu yang normal. Saya sudah jauh lebih bersedia.



    AKAK:
    Boleh Kak. Kecil tapak tangan, parking keta Jusco saya tadahkan!

    ReplyDelete
  15. FARID:
    Salam. Terimakasih. Sila masuk.



    IDA NYANYISUNYI:
    Isu pindah selalu boleh membuatkan staf panik dan gabra, kan?
    Rasanya boleh la tahan juga. Gaya Johor, katanya.



    ZUL FATTAH:
    Saya jenis orang yang selalu ada selera hehehe...!

    ReplyDelete
  16. MAMASYAZA:
    Adakala kita tidak kisah bila mahal sedikit tetapi sedap dan menepati selera kita, kan?



    ATI:
    Betul. Rasa tak patut pula Kak Azie nak berlebih-lebihan, kan?



    CIK SIBUK:
    Salam kenal. Terimakasih, sila masuk.
    Begitulah yang saya rasa. Malas nak peningkan kepala.

    ReplyDelete
  17. CIK CERIA:
    Yeahhh... dapat cuti Krismas!
    Tidak, itu kat area Taman Maluri, sayang.



    Bang TEMUK:
    Abang ada berniaga kedai kah?
    Saya rasa 2 orang makan, masih logik RM20++, asal saja servis cepat dan menu sedap.

    ReplyDelete
  18. sebenarnya ayu pun dok tertanya2 mana entry seperti tahun lepas.

    so, dah ada jawapan..
    fuhhhhhhh
    lega..

    okey kan, sekurangnya kak tak adalah rasa bersalah kan??

    kak....
    mmg mahal..
    kat kedai ayu RM 10.80

    ReplyDelete
  19. AYU:
    Kak Azie rasa susah nak banding harga makan di KL dgn di kawasan tempat AYU. Tentulah AYU tak boleh letak harga mahal kan? Kat sini, segalanya sangat mahal youuu...

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails