Saturday, December 3, 2011

Mengharap Jiwa Sesejuk Ikan...

Assalamualaikum
Sabtuday
04-12-2011


Dalam banyak-banyak hari, ternyata hari Sabtu selalu memberikan kesan tidak sihat kepada aku, samada dalam mood harian, atau emosi sehingga ke malam.

Termasuk Sabtuday kali ini.

Antara yang mengganggu jiwa adalah (pelik kerana tak sepatutnya pun...);

1. Lady Bos @ Mummy, bawa keta baru Mercedes model terkini ke ofis, baru sampai 2 hari sebelum. Dalam masa yang sama, hubungannya dengan ramai staf agak dingin atas beberapa perkara termasuk pesonal dan yang tidak professional. Letih nak ulas bab orang perasan ada kuasa nih.

2. Beberapa kes melibatkan kerja luar agak kelam-kabut sehingga cabaran pun sudah terasa sedikit menikam ego bila beberapa orang client marah-marah atas sebab yang aku langsung tidak diberitahu.

3. Terlalu banyak program mendatang dalam masa yang terhad di bulan Disember. Sampai aku tak pandai lagi nak buat pertimbangan yang bijak. Keliru sekejap.

Abaikan senarai di atas jika tak faham.

Plan malam ini, nak buka setiap entri (semua entri, ok?) mencari sesuatu yang tiba-tiba menjadi sangat penting.

Kalu lah jiwa kita boleh jadi sentiasa sejuk seperti ikan di dalam kolam.


Tetap juga berdarah sejuk walaupun mungkin terkepung dalam bubu seperti ini.


Lama tak jumpa Bahulu Ikan seperti ini. Masa kecik, MyBONDA ada acuan tembaga rupa macam ni (skang ntah di mana). Dan bakar bahulu api atas bawah.
*pic snap siang tadi di walimatulurus seorang sahabat




~...menanti balasan surat bawah tempurung di tepi ampaian, sering membuatkan SERI BULAN rasa tertekan tiga hari tiga malam, kemudian HISYAM pula merasai getarannya selama enam malam berturut pula menanti balasan, itupun jika surat tidak dihanyut air, dipatuk itik atau disedut berudu...~






5 comments:

  1. serabutday on the sabtuday ya...?
    harap2 hari esok lebih tenang :)

    ReplyDelete
  2. kat umah tokumi, ada byk lagi baulu ikan ni kak, anak2 saya cicah ngan air sirap...hehehehe sedapppp

    ReplyDelete
  3. baca yang atas2 tuh mmg sy x faham..hehee...
    jadi sy fokus pada bahulu ikan itu..

    sy pun suka bahulu bentuk ikan..saiznya lebih besar..heheee

    ReplyDelete
  4. Mungkin terlalu mengganggu jiwa hinggakan Sabtu = 3hb jadi 4hb...

    Banyakkan bertenang kak.. X pun balik mai PB boleh p merendek semua kedai yang ada... ;)

    ReplyDelete
  5. Hati minta selalu dipujuk.
    ohh baulu itu sungguh menggamit kenangan lama dulu..

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails