Monday, December 19, 2011

Pertemuan Blogger 18 Dis: Memory Card Saya Hilang...

Assalamualaikum
Monday yang hampir nak blues!
19-12-2011


Balik semalam salah sorang MySon boleh tanya, “Mak ni tak penat ker?”

Mau tak penat? Memang penat!

Hujung minggu sebelum tu aku sibuk dengan lawatan tapak. Hujung minggu selepas tu pulak aku duty 3 hari berturut di MPH Karnival.

Minggu ni, Sabtu aku dah bawak budak-budak pegi swimming dan sambung dengan shopping baju sekolah.

Sedangkan JumAAt malam itu lagi, aku terpaksa berkurung di conference room dengan ramai board members untuk mesyuarat nak ngadap audit! Bersengkang sampai agak lewat malam.




Dan Ahad semalam berada di Pertemuan Blogger yang dirancang sekian lama. Maaf, saya tak dapat nak menulis tentang itu buat masa ini. Tapi sangatlah happy bila sudah banyak entri teman blogger bercerita tentang itu. Wahhhh... ramainya dok snap gambar sticker kat pagar rumah Dato’ LF tuh.

Kredit: blogger PCL

Terimakasih tidak terhingga kepada semua, dalam segala aspek.

Teruskan membuat entri, memberi ulasan, komen, pendapat dan penghargaan.

Sebenarnya, memory card saya yang dalam kamera semalam dah penuh. Ganti yang baru. Jadi card yang pertama itu, paling banyak gambar, tak jumpa-jumpa sampai sekarang. Ntah mana cicir!

Kemudian selepas gathering, kami terlibat pula dengan suatu program lain untuk beberapa jam lagi. So memang letih, tapi seronok!

Hari ini saya kerja. Ada appointment untuk serahan profile. Hujung tahun pun masih banyak tender hendak direbut. Perabis bajet kata orang!



Sebagai bukti aku pernah berada dalam kelompok mereka:

Kredit: Anies

Terimakasih.

Entri penuh tentang gathering nanti akan ada nama-nama yang hendak disebut...


~...tidak terduga HISYAM masih ingat tentang sejarah lama yang masih kelat untuk diingat, masih pahit tidak terjahit lalu bila dia menyindir diri sendiri, SERI BULAN yang merasa sinisnya, yang terasa kalaulah mereka tidak bertemu semula di Kampung Separuh Desa alangkah sukar menyulam cinta dengan wajah orang lain...~









33 comments:

  1. Kakcik dah sampai ke pejabat ni, tapi kepala sangat sakit...

    ReplyDelete
  2. nampak kesungguhan crew menjadikan majlis itu sesempurna mungkin. Seronok mengenali kalian.
    zie.. air tu kalau jual kat pasar malam laku tu.
    dan tart nanas tu... hmmm.. maveles..

    ReplyDelete
  3. KAKCIK:
    Saya belum siap lagi. Tapi malas nya ya amat!



    IBUNDO:
    Kak Pah. Saya gembira dapat jumpa Akak!
    Terimakasih Kak!
    Jual pasar malam? Ohhh tidak. Resipi rahsia tu untuk kita kita ajerrrr...!

    ReplyDelete
  4. abang percaya memory card itu masih ada di mana2 .. lambat laun nanti akan berjumpa. tapi tak tahulah bila. harap2 cepatlah berjumpa.

    awak jelir lidah kat sapa tu ?

    ReplyDelete
  5. Azie
    Alhamdulillah pertemuan para blogger telah berakhir dgn jayanya. Tahniah pada semua yg terlibat.

    Psst...kita ambik bau dari jauh jer namun my special thanks kat awak sbb jemput kita 'secara peribadi'.

    ReplyDelete
  6. ini la kak azie...
    Tak kenal maka tak cinta.. =)

    ReplyDelete
  7. seronoknya join perhimpunan blogger!

    ReplyDelete
  8. bestnya kalo saya pun dapat hadir perjumpaan camtu

    ReplyDelete
  9. kena cari kak sampai dapat..
    TIME KASIH BYK2 TAU!
    x sempat nk rs pulut kuning akk...

    ReplyDelete
  10. Wow...tak sbr nak bace update msg2. Heee~

    ReplyDelete
  11. hai kak Azie..

    walau tak dpt turut serta..tapi aura tu tetap terasa :D

    ReplyDelete
  12. SALAM,
    TAK ADA UNGKAPAN KATA YG BOLEH MENCERITAKAN TENTANG DIRI AZIE INI .... HEBAT SEMALAM .. KE SANA KE MARI, BUAT ITU BUAT INI .... JADI MC PULAK .. TUKANG TAPAU DAN MACAM2 LAGI ... TERIMA KASIH BYK2 DAN REHAT2KAN DIRI

    ReplyDelete
  13. seronok kan dapat gader2 cam tu, lebih mengenali antara blogger... pasti meriah! hisyam dan seri bulan ada sama x?

    ReplyDelete
  14. sya yg menatap gambar gambar pun terasa keseronokanya
    apa kan daya sya tak dapat menghadirkan diri
    sedih jugak rasanya

    kak zie adakan tart nenas sya sudah di ambil orang?kalau belum sya ambik ye..boleh aturkan atau pun pos kan saja?

    ReplyDelete
  15. kak, husband saya kata, akak memang superb.. tak berenti2 bergerak.. kesana kemari, nak memastikan majlis lancar.. jadik emcee lagi.. memang kelass.. :)

    ReplyDelete
  16. Alhamdulillah.. sgt seronok semalam.. thanks yer kak sudi tapaukan lagi.. bestlah akak ni....

    ReplyDelete
  17. saya yang tak sibuk macam akak pun penat! haha

    ReplyDelete
  18. salam singgah ,
    boleh intai blog wana .. ada juga sedikit gambar gathering semalam :)

    hehe..apa pun ..sangat seronok dapat hadir gathering yang dianjurkan . :)

    ReplyDelete
  19. Tabik betul dengan Azie ni. Ligat dan bertenaga...makan jamu apa?

    Hehehe...


    Tahniah, perjumpaan tu berjaya. Tahniah sebab Azie jadi orang kuatnya!

    ;D

    ReplyDelete
  20. saya tak pernah lagi terlibat dengan sebarang perjumpaan bloggers...malu laaaa..sebab blog pun tak seberapa hehehehehe

    ReplyDelete
  21. alhamdulillah...berjln dgn lancar nampaknya...tumpang hepi...

    ReplyDelete
  22. dlm 145 photos tuh, mcmana sy bole terlepas snap 'banner' akak yg comey itu? aduhhlaaaa...tp, mmg sy tabik berkali2 kt akak. sy yg duduk ajer neh pon dh penat...hahhha

    ReplyDelete
  23. Bang HAMZAH al-LAVENDARI:
    Agaknya berkat doa Abang, dah jumpa pun memory cardnya. Agaknya penat sangat kot. Mata rabun tak jumpa.



    SOM:
    I suka kalu dapat jemput semua, dan semua tu hadir. I tak dapat borak, dapat jadi tukang hidang pun rela.
    Takpa, nanti kita gather eksklusif eh ? Sudi ker?

    ReplyDelete
  24. FITRI SENIN:
    Ya inilah saya. Gelak besar! hehehe



    LELAKI INI:
    Seronok tau!

    ReplyDelete
  25. MAMASYAZA:
    Jangan sedih. Ada lagi gathering akan datang yang dirancang. Mungkin 3,4 bulan lagi dari sekarang.



    KHAIRIN:
    Laaa tak sempat ker? Kak Azie pun tak sedar.

    ReplyDelete
  26. MAKDARA TERDIVA:
    Terimakasih kerana terus menyokong. Nanti bila-bila kita gather lagi ya?



    DATO’ LF:
    Terimakasih Dato’ kerana membuka ruang kepada saya menyibuk di sana sini. hehehe

    Kuey Teow Goreng tuh marbeles!

    ReplyDelete
  27. KAK ROSE:
    Berkenal dan mengeratkan persahabatan.
    Mereka? Saya rasa tidak.



    KASIH IBU:
    Tart Nenas masih ada stok. Jangan risau, nanti kita passing.

    ReplyDelete
  28. ANAA:
    Wahhh husband ANAA tu memerhatikan orang yaaa..
    Terimakasih ANA.



    GADISBUNGA:
    You too dear!



    HANIS AZLA:
    Akak ko ni paling best part ada orang ‘kehilangan’ suami sendiri! hahahahaha panik sekejap.

    ReplyDelete
  29. DADDY ZIYYAD:
    Penat makan kah?




    WANABEE:
    Hai WANA. Terimakasih kerana banyak juga membantu semalam!

    ReplyDelete
  30. CKLAH:
    Terimakasih atas kata semangat itu. Jamu saya adalah jamu semangat itulah!



    ZUWAIDAH:
    Takda sapa pun tanya blog tu cemana. Semua blogger dijemput hadir.

    ReplyDelete
  31. WAHIDA:
    Terimakasih. Teringin juga nak jumpa WAHIDA.



    AKUZLE AYU:
    Maklum, pembantu setia Urusetia ni jaga meja daftar sampai tak sempat nak tengok pagar!

    ReplyDelete
  32. salam...seronok memang seronok disana dan saya sangat terharu dengan sambutan yang diberi

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails