21-12-2011
Rabu
Balik dari Bandar Baru Bangi hari itu, aku dipelawa mengikut Kakcik SEROJA dan Abg MUS singgah di Hulu Langat (Dusun Tua). Menjengah dusun buah kawan Abg MUS. Ada diceritakan oleh Kakcik dalam entri: ke dusun buah-buahan...
Bertuahnya kami! Tak tau nak citer cemana perasaan. Sebab, dah seminggu lebih aku memang teringin benor nak makan deriyan. Tapi asyik bertangguh saja. Memang rezeki.
So, orang kampung macam aku, bila dapat masuk kampung memang hampir meroyan dan lupa diri!
Pengalaman pertama pegang senapang patah. Aku memang tak pernah pegang senjata api (wpun dolu2 MyTOKLAKI selalu gak bawak balik pistol atau pisau rambo masa tugas dulu, tapi aku tak berani sentuh. Dilarang keras!)
Peluru. Tapi aku rasa disebut ‘penabur’ kot. Dulu aku pernah tengok peluru hidup yang kecik-kecik untuk pistol. Tapi memang berani tengok je lah.
Tujuan mereka (penjaga kebun ini), lesen memiliki senapang patah adalah untuk menjaga kebun dari hidupan liar, seperti musang, tupai dan juga babi hutan.
Baru aku tahu, senjata api bila tidak digunakan, mesti dipisahkan bahagiannya. Tidak boleh diletak begitu sahaja dalam keadaan lengkap. Berisiko tinggi!
Baru aku tahu, senjata api bila tidak digunakan, mesti dipisahkan bahagiannya. Tidak boleh diletak begitu sahaja dalam keadaan lengkap. Berisiko tinggi!
Sapa kata aku tak reti mancing? Skill masa zaman di kampung dulu belum karat rupanya! Yeahhh inilah gambar yang buat Bang HAMZAH al-LAVENDARI tercabar! hahahaha!
Aku tak jadi panjat traktor tu, sebab taknak dijadikan alasan dan penyebab kepada tayar traktor yang kempis itu!
Seorang kawan pernah berpesan, buah Rambutan jangan dibuat begini dan disimpan lama dalam freeze. Manis terlampau nanti.
~...setiap kali tiba musim buah, HISYAM sentiasa gugup cemas bila disuruh menjadi peneman Mak Utih di pondok penunggu durian, tetapi bila SERI BULAN juga cemas teruja untuk turut serta, lelaki itu lebih dari rela malah begitu bersungguh menjadi ketua rombongan walaupun agas berhimpun atas kepala...~
wow...................
ReplyDeleteterpancar jelas kegembiraan kak azie..
ayu pun suka masuk kebun...
kalau kebun orang rasanya ayu takut..
kecuali kalau tuan kebun masuk sekali..
mana tau, ada rezeki macam kak sklrg..
dapat free tu..
siap memancing lagi
wah, pegang senjata tu yg buat jeles nih... gaya ada, tapi boleh ke jd sharp shooter.... ke aim lain kena tempat lain?. he he he
ReplyDeletebest best ....
ReplyDeleteLama tak masuk dusun ni ...
aduh! kak, seronoknya tengok. Serius, teruja nak berada di situ pada masa yang sama...
ReplyDeletedan confirm kalau saya ada masa tu, saya pun jakun kak...hahaha
SALAM,
ReplyDeleteSUKA BUAH YG BERDURI NI. HULUR SIKIT KPD KAWAN2 NI
Azie...
ReplyDeletenanti kakcik minta Abg Mus tanyakan, kalau2 kita boleh buat mini ghatering di situ! :)
Tak hairan kalau AzieAzah seronok sangat ke dusun ni...kalau saya pun boleh mengigau....
ReplyDeletedah lama tak bermalam di dusun durian...kutip durian...
hoho...deriyan..ishh takleh jadi ni..terliur dah ni..i senang cari yang dah dikopek jual kat giant tu je..:) tapi yg u makan tu terbaik laaa
ReplyDeleteAYU:
ReplyDeleteTu terus ilang letih bergathering! Tengok deriyan lupa penat.
Jom AYU kita mancing sama-sama.
KAK ROSE:
Saya tembak memang selalu tak kena. Tapi ditembak memang tepat selalu! Ahaks!
CHIK ATT:
ReplyDeleteKak Azie hampir langsung tak pernah!
YUS:
Jom kita sama-sama jadi jakun. Tak kisah, asal dapat puaskan hati, kan?
DATO LF:
Tak pantang kah? atau pantang jumpa? hehehe
KAKCIK:
ReplyDeleteIdea yang baik tu. Kalu musim tak hujan, kita buat berkelah dan pot luck kat situ.
Tambah syarat, tiap orang kena bawa tikar!
ROSLAINI:
Wahhh kalu bermalam, pasti lebih best pengalaman tu, kan Cikgu?
SANIAH:
Makan yg dah kopek, tak thrill la sangat.
wah..sempat lagi tu
ReplyDeleteada lagi ke ruang dlm perut tu..hihi
dah sah sah tak tertembak tangan sendiri....
ReplyDeletekalau tak dah tentu tak de update entry ni...
ATI:
ReplyDeleteTengok perut la beb! hehehehe
GEDEK!:
Tembak tangan sendiri, paling paling pun berlubang jer Bro!
beli tgk gambar akak, teringat zaman saya kecik2 dulu. arwah tok wan saya ada jugak kolam ikan telapia camtu, best sgt
ReplyDeleteMAMASYAZA:
ReplyDeleteKolam tu boleh terjun dan berenang renang ke tepian tak?
YA ALLAHHHH keserronokan you ye...
ReplyDeletebest betull..
i suka sangat dgn rambutan buat macam last sekali tu.. buah bijiknya letak dalam peti ice...bestttt
ingatkan kolam ikan tu kat rumah Dato LF itu hari ..
ReplyDeletetentang tajuk entri AA ni, rasanya kakcik pernah menyentuhnya di sini ..
http://kakciknurseroja.blogspot.com/2010/12/jakun.html
dusun kat kg nazz dh kene tebang pokok2 nya..dh terang..nak buat rumah..nak makan buah..beli aje le la nie..(T_T)
ReplyDeletejelez...jelez...
ReplyDeletebestnya hidup dalam kehijauan alam mcm tu dan dapat pulak petik buah2 yang masak ranum.
pcl pn kaki pancing gak nih.....boleh gader2 kat tepi kolam .... ni bg sapa yg berminat la..
ReplyDelete* pcl kalau makan deriyan sampai bersin tu tandanya mmemang puas lah !
paling best gambor kak azie pegang senapang tu! kelas A!!
ReplyDeletelain nikmat nye kalau makan durian dalam kebun berbanding kita beli dan makan kat rumah...
ReplyDeletep/s: kak z,jom teka harga kasut acu..hehheee
Tgk gambar akak ni teringat masa ikut arwah ayah mertua jaga kebun durian sepupunya seluas 12 ekar kenyanglah kami semua makan buah durian sampai bersedekah kat jiran tertangga lagi.... memang sedap mkan buah durian di kebun pasal ia masih segar maklumlah baru jatuh dari pokok.
ReplyDeletesy baru tau rambutan tak elok dikupas begitu & disimpan dalam peti. mak sy slalu buat camtu sebab takut rosak sebab tak termakan
ReplyDeletekalo tau arituh sudah pollow keta kakcik even x dijemput!!...ahahahah
ReplyDeletehttp://kyaimarjoko.blogspot.co.id/p/kesaksian-menber.html
ReplyDeletehttp://kyaimarjoko.blogspot.co.id/p/kesaksian-menber.html
ReplyDelete