Tuesday, December 27, 2011

“Takkan aku asyik nak ingatkan kau jerrrr?!”

Assalamualaikum
Thalatha
27-12-2011



2 hari setengah cuti. Aku kekal pegang kuasa si Tukang Masak. Sedap tak sedap, semua orang akan makan jugak.

Ahad, aku plan nak masak Sup Ayam. MyTOKLAKI tak kasi. Sebab dia memang tak gemor Sup Ayam. Sup Ekor minat plak. Konon boleh menambah tenaga... ermmm percaya sangat!

Okey. Aku masak Laksa Utara. Juga buat Tomyam sebab dia minta Tomyam, sambil puji Tomyam aku selalu jadi. Yeahhh bodek la bangggg...!

Semalam aku masak Patin Masak Lemak Cili Padi juga Sambal Tumis (SamTum) Bilis + Petai.

Hari ini aku tetap nak buat Sup Ayam. Dia akan balik kira-kira kul 8. Takkan dia nak marah. Paling-paling pun dia sekeh kepala aku. Lebih-lebih pun dia akan cium aku jer. Lebih lagi? Ehhh tak ada pa perr lah!

Bak kata bini Re (AR Tompel) dalam DoReMi: “Takkan aku asyik nak ingatkan kau jerrrr?!”



hehehehehe....


Tayang-tayang:

Sarapan pagi tadi. Yeahhh 2 keping. Bom yang tak pernah meletup!




~...angin yang menderu kuat bagai ingin menerbangkan topi mengkuang di kepala lalu menguraikan rambut SERI BULAN yang memberikan rasa pegun pada si JALAL tetapi bila dia cuba menyentuh baru dia sedar itu hanya ekor merpati yang ingin membuang di tapak tangan...~








15 comments:

  1. Kakcik belum masak lagi ni. Nak tunggu drama Tentang Dhia. Lagipun Along kata nak belanja makan. :)

    ReplyDelete
  2. Meletoppp kat porut lah K.Azieeee...

    Macam tulah jadi mak, kalau tak ikut selera anak2, ikut tekak bapak pulak last2 mak jadi pak turut ja...

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum,
    Mmmmm nak letak mangkuk kosong kat sini, sila isi dengan sup ayam ya ;)

    ReplyDelete
  4. sup ayam memang feberet saya, bukan feberet suami saya juga. dia geli nak makan sup ayam.... hehehe. sekali sekala macam azie jugak, masak je, sebab sendiri dah teringin :)

    ReplyDelete
  5. mana gambor laksa penang nih...hehehe

    ReplyDelete
  6. rajinnya buat sarapan gebu2 camni... adeh... lapo

    ReplyDelete
  7. SALAM,
    MOHON SAMPAIKAN SALAM LF KPD TOKLAKI .. BAHAGIA DAPAT ISTERI PANDAI DAN RAJIN MASAK ..

    ReplyDelete
  8. nak komen pasal gambar arwah Tompel jer.... antara pelawak yang paling saya minati & kagumi. tak payah cakap, tengok muka dia jer dah nak tergelak. tapi sayang bakat dia cuma jatuh sket jer pada Badul, tapi hampir tiada langsung pada Adlin

    ReplyDelete
  9. KAKCIK:
    Memang rini Kakcik patut berehat jer dari memasak. Elok celebrate dengan anak-anak.



    JUNAINA:
    Kita ni asyik ler masak ikut selera orang sampai lupa selera sendiri, kan?



    ANYSS:
    Mangkuk lama pun tak isi lagik! hehehee

    ReplyDelete
  10. CIKGU NORMAH:
    Sebenarnya Sup Ayam kurang popular dalam rumah saya. Tapi bila lama tak buat, rindu lak.



    CIKINTO:
    Semua gambar dah kena format di memory card! sedihhh!



    DALILA HAMID:
    Ohhh itu sarapan beli punya. Yang gebu tu betul dah. hehehe

    ReplyDelete
  11. DATO’ LF:
    Terimakasih. Salam disampaikan.



    EELOBOR:
    Tak semestinya bakat itu dapat diwarisi sepenuhnya. Tempiasnya jer. Tapi nak jadi serupa, memang susah sikit.



    KALAM HATI:
    Bom ni boleh jer dapat kat mana-mana kedai. Tak perlu pegi kem tentera!

    ReplyDelete
  12. u pun macam i. kalau pekena roti canai sure 2 keping punya... caya lah kita...

    ReplyDelete
  13. AZIAN:
    Roti canai tu sebesar tapak tangan jer. Pastu nipis macam kertas sokabar. Mana cukup sekeping, kan? kan? :)




    CHIK ATT:
    Takkkk... dia sengih jer. Makan laju jugak!

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails