Friday, December 2, 2011

Hari itu kita tergelak, pagi tadi aku tersenyap...

Assalamualaikum
JumAAt
02-12-2011


Pagi tadi, singgah tempat rimau tapi bukan zoo.

Sedang beratur depan ATM (paling mujur hampir semua ATM di negara kita, ada dinding dan pintu kaca), tapi pintu sedang terbuka. Seseorang sedang bercakap dengan kuat, tentang: flight delay, jumpa nanti, nombor Boeing... bla bla..

Rupanya lelaki “anak-angkat-tak-rela” yang aku pernah citer 2,3 hari lalu di entri ini: “Bila masa aku kahwin dengan bapak dia?”

Aku nampak dia lagi. Dia pun terpandang aku. Aduhh cemas sekejap aku. Walaupun MyTOKLAKI berada di parking menanti, tapi mana la tahuuu.. tetiba dia masuk menerkam? Sempat ker aku nak kungfu dia, atau sempat ker MyTOKLAKI tarik dia sebelum perkara lebih sadis terjadi pada bini dia nih?

Takkkkk...

Tak jadi apa pun. > Ko ingat dia heran ker dgn ngko AZIE oiii? hahahahaha...

Aku pun tanya MyTOKLAKI, nampak tak lelaki tu (tanpa menyebut lelaki itu pernah panggey aku “mak” tempohari.)

MyTOKLAKI pun citer:

Dah lama budak tu tak muncul. Dulu ada. Dia jadi begitu (can I sebut “kureng?”) sejak kecil. Sejak ayah dia meninggal. Dia menangis hampir setiap hari sejak ayah dia meninggal. Terlalu sayang pada arwah ayah. Sejak itu dia jadi tidak menentu (walaupun masih lengkap berpakaian kemas, tidak selekeh langsung dan sukar mengagak dengan cepat dia sebenarnya gemar bercakap sorang-sorang). Sedih lak dengar kisah dia.


****

Tayang-tayang:

Sarapan pagi tadi yang agak pelik bagi setengah orang.
Tose dengan tolur goyang di atas. Daun pisang tu memberikan kesan lebih dramatik. Konon!



~...sejauh mana pun HISYAM pernah merantau, walau ada pengiring atau tidak dia tidak pernah merasa sesepi ini bila SERI BULAN dihantar pulang hanya seminggu, walau anak dara Pak Imam mengambil peluang hendak mengimpit tetapi lelaki itu lebih rela bermalam di danau bendang dari bertembung dara itu di tepi telaga...~








15 comments:

  1. memang sedih..tapi..tertanya tanya..mak ke adik beradik ke tak de..ke

    ReplyDelete
  2. ACIK:
    Saya rasa ada. Dia berpakaian elok saja. Macam kita biasa juga. Cuma dia jer merayau cakap seorang saja, tapi bukan gelandangan. Tak nampak bahaya, cuma saya jer yang cuak. Hehehehehe

    ReplyDelete
  3. setia betul hisyam...err gatal la anak dara pak imam...:)

    ReplyDelete
  4. SALAM,
    OH, TOSE. MAKAN TAPI TAK BERAPA SELALU. LEBIH MINAT ROTI CANAI

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum,
    Dah mula fobia ek?

    ReplyDelete
  6. Salam, auntie sukerrrr sangat tosei tapi mesti ada sambal kelapa baru lah 'kick' hehehehehe

    ReplyDelete
  7. tosei sedap. rasa rugi tak mkn dgn arwah bapak dulu.

    ReplyDelete
  8. SANIAH:
    Ke situ plak dia.! hahahahaha



    LF:
    Dato’ tukar selera tu. Lama tak pekena tose.

    ReplyDelete
  9. ANYSS:
    Ada ler sikit. Kalu dah datang dekat2 camtuh, cuak ler jugok.



    MARINA MONROE:
    Auntie, saya pernah gak try kelapa tuh, tapi perut tak tahan. Kelapa tu mentah, saya mudah sakit perut.



    ERI-CHAN:
    So sekarang, kalu makan teringat dia ya?

    ReplyDelete
  10. kalau saya pun cuak juga azie... nasib baik tak ada adegan silat dan kung fu di situ ya

    ReplyDelete
  11. CIKGU NORMAH:
    Dah banyak hari saya tak dapat nak komen kat blog Cikgu.

    saya pun tak tahu kenapa.. aduhai.

    ReplyDelete
  12. MAMASYAZA:
    Sama ler kita. Tu yang makan macam tak pernah jumpa tuh.



    SUE:
    U should try sekali. Sedap juga, dan bagus kalu nak diet pun. Takda kolesterol.

    ReplyDelete
  13. sy plak yg suspen bila baca psl 'orang tu'.dil ni bab2 orang mcm ni,risau sikit kak..pengalaman ngeri....huhuhu..
    tose tu buat dil terpaksa telan liur lama sikit..hehehehe...

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails