Thalatha
13-12-2011
Aku sepatutnya sudah mula bercerita tentang beberapa perkara sekitar duty di MPH Karnival. Tapi lupa pula tadi nak beli card reader baru.
Memang aku memerlukan satu percutian. Singkat pun jadi lah. Sedang menimbangkan beberapa program. Tapi rasanya tidak dapat dilaksanakan dalam minggu ini. Setidak-tidak kenalah tunggu Pertemuan Blogger pada Ahad 18 Dis ini.
Harap-harap ramailah yang memberikan sokongan nanti. Seperti yang disebut dan diwar-warkan oleh tuan rumah, Dato’ LF, pengisian pertemuan ini nanti diharap memberikan kesan yang kenangan yang baik serta manis buat semua.
Beberapa kekurangan nanti tentulah suatu yang biasa, kan? Pihak Urusetia yang tidak dilantik secara rasmi (malah melantik diri sendiri jer), terlebih dulu memohon pengertian semua, kita memberi dan menerima seadanya.
AA terlupa, menu apa yang korang cadang nak bawa?
Menarik perhatian kembali, AA insyaAllah akan membawa Pulut Kuning (Diraja-yang-Raja-pun-tak-tahu: kata Kakcik SEROJA), serta menaja Ais Limau Asam Boi (ada AA di situ).
Pesanan ringkas: sila cas bateri kamera masing-masing sampai penuh. Bawa laptop juga boleh, kerana ada Wi-fi Free!
**********
Tayang-tayang bukan lunch tapi supper:
*Situasi AA: Sedang mencari apron baru kaler PURPLE! Ahaks!
~...seperti perjanjian tidak bertulis, HISYAM tidak akan rela menyorok balik tiang seri selepas senja berlabuh semata-mata hendak menanti SERI BULAN turun selepas maghrib kerana dia begitu setia menjadi peneman sepanjang denai suram menuju surau tanpa gurau...~
semoga Pertemuan Blogger tu berjaya dan membawa kenangan yg indah utk semua yg hadir.
ReplyDeletecas bateri kamera sampai full - ticked!
ReplyDeletebawak laptop - ticked!
menu? errr....jap saya cek balik kat blog kakcik. hihih~
tengah google maps...make sure tak terlupa print...hehehee...
ReplyDeletemenu asal laksa tetapi kalau tak jadi laksa ampunnnnnnn...:)
Auntie InshaAllah sampai kul 11 pagi kot
ReplyDeletecuba adjust mana patut..boleh dtg ke tidak..huhu
ReplyDeleteSemoga berjaya...
ReplyDeleteckLah tak hadir, tapi masih boleh berkawan di blog, kan?
:D
Puding Raja ... tak ada yang buat kaa...
ReplyDeleteAA..harap acik sempat nak bawak makanan sebab nak kemuar 17 tu..tapi dah siap2 tempah dah takut tak sempat masak sendiri nanti.
ReplyDeleteinsyaallah bawak nasi impit goreng..sebab teringatkan AA yang belum pernah makan.bawak kuih bahulu yang ditempah.yang lain2 belum berani nak bagi tau takut tak sempat dan keletihan balik dari muar.
YUNUS BADAWI:
ReplyDeleteTerimakasih Bang YB. Datang tak?
GADISBUNGA:
Wahhhh... macam-macam benda dia nak bawak eh? Diri sendiri yang lupa bawak sekali tau.
JUNAINA:
ReplyDeleteAmboiii orang Kajang ni. Kalu sesat jugak la, memang melampau laa.
UNTIE MARINA:
Terimakasih UNTIE.
ERI-CHAN:
ReplyDeleteAdjust jangan tak adjust. :)
CKLAH:
Saya tak tau nak komen apa lagi. Saya takut disalahertikan lagi, dan lagi. Serik saya.
CHIK ATT:
ReplyDeletePuding Raja? Nakkk! Nakkkk!
ACIK ERNA:
Terimakasihhhh.. Besar sungguh hati cheq!
Hmmmm sedapnyer. Ingat akak nak bawak mee udang gi perjumpaan. Mee Udang tu sangat menyelerakan. Yummy
ReplyDeleteP/S : Profile Pic sangat cantik :)
aduiii..nak sangat pegi. tapi still tak leh confirm lagi.. masalah belakang ni lah.. bdn masih tak berapa nak baik.
ReplyDeletebukan saja kamera je yang kena cas tapi jangan lupa letak balik memory kad nya sekali...kang ada yang melopong jer...hahahaa
ReplyDeleteACIK MLMW:
ReplyDeleteAdehhh... tak reti pun nak buat Mee Udang tu. Makan kat kedai saja la.
YAN:
I simpati dengan keadaan kesihatan U. Berehatlah jika keadaan tidak mengizinkan. Kami faham.
terliur zie tengok mee udang...wah mane nak cari ceruk jengka ni..hmm
ReplyDeleteEZZA:
ReplyDeleteSalam kenal. Sila masuk.
Heheheh pesanan yang sangat sweet! I like!
ZIE:
ReplyDeleteEhhh harus ada. Jika takda, sila pancing udang sendiri. Masak banyak-banyak! hehehehe
SALAM,
ReplyDeleteMEE UDANG TU NAMPAK BEST. BAWA SIKIT HARI AHAD NANTI
nak MINTA MAAF banyak. tak dapat nak datang, tetiba, cik abang buat plan lain , ke tempat jauh pulak. tak ada rezeki nak makan pulut kuning azie :(
ReplyDeleteLUAHFIKIRAN:
ReplyDeleteDato’, saya tak pandai masak Mee Udang pun.
CIKGU NORMAH:
Takpa Cikgu. Ada lain masa nanti, insyaAllah.
Saya pun teringin nak jumpa Cikgu.
tunggu hingga acu sampai tau
ReplyDeletejangan balik awal...hehehee
pasti seronok..
ReplyDeletentah bila dpt joint blogger gath gini..
Thx Kak Azie sudi jemput saya ke blogger gathering tp sori byk2 xdpt dtg coz kekangan masa n jarak yg jauh. Ape pon saya happy dpt jumpa K.Azie kat Karnival MPH hari tu. Walaupun first time kenal tp mcm dh kenal bertahun-tahun pulak hehehhe. Semoga sukses selalu dan harap dpt jumpa K.Azie pada masa akan dtg pula. Kalau turun Kuantan,msj la saya
ReplyDelete:) Nurul,Kuantan,Phg.
ACU:
ReplyDeleteKak Azie boleh jer tunggu sampai ACU tiba. Tapi kalu semua orang dah balik, ACU kena hantar Kak Azie balik. hehehehe
KAK NGAH:
Tak pa. Tak semestinya kena hadir. Semua blogger adalah teman secara maya. Pertemuan sekadar memenuhkan aktiviti utk lebih mengeratkan ikatan itu. Kita tetap boleh bermesra di blog.
ZENNAYA:
ReplyDeleteBesar sungguh hati Kak Azie atas segalanya, Nurul. Dapat jumpa, dapat perhatian dan sokongan, dan kini NURUL turut mengomen.
Terimakasih ya.