Friday, December 30, 2011

Ombak Rindu: Fenomena baru tentang cinta...

Assalamualaikum
JumAAt
30-12-2011


Aku tengok Ombak Rindu melalui You-Tube malam tadi. Walaupun berselang mata melihat Volcano di tv, tapi tumpuan tidak terjejas. Benarlah kata ramai orang, Ombak Rindu benar-benar membuai rasa, melambung perasaan.


Bagi aku, secara peribadi Ombak Rindu berjaya membuat peminat filem Melayu terhibur, mendapat mesej dan merasai sebuah kisah cinta yang berakhir dengan kebahagiaan.

Tetapi seorang aku masih tidak puas. Kenapa? Kerana aku dah baca novel itu sejak dulu lagi. Walaupun tidak berapa ingat dengan jelas lagi keseluruhan cerita tetapi plot utama secara kasarnya, masih lagi aku dapat ingat.

Novel Ombak Rindu ini sebenarnya ada sambungan sehingga ke novel ketiga. Ada kisah mereka akhirnya bercerai, berpisah dan anak mereka yang lahir. Juga selepas perpisahan itu, kembar Izzah muncul dan menjadi suatu watak yang mengubah keadaan mereka. Mengubah kehidupan Harris itu sendiri. Tetapi filem Ombak Rindu ternyata hanya memaparkan novel pertama sahaja. Tidak mengapa, itu memang tujuan asal agaknya.

Plot filem ini terlalu laju bagi aku. Kisah memang panjang tetapi untuk memuatkan semuanya dalam filem yang cuma durasi tidak sampai 2 jam, tentulah mustahil. Plot “laju” sehingga tak sempat puas kita nak menghayati beberapa plot yang sepatutnya kita dapat “feeling” bersama.

Terlalu cepat pula Harris jatuh cinta dengan Izzah. Terlalu cepat juga Izzah dipisahkan, tanpa banyak pun usaha daring yang jelas dari ibu Harris untuk memisahkan mereka. Malah Mail yang dilihat sebagai punca keretakan hubungan mereka juga tidak begitu jelas dijadikan mangsa oleh ibu Harris.

Ombak Rindu adalah novel cinta. Aku mengharapkan akan ada lebih banyak detik mereka menjalin cinta, atau babak mereka mempamerkan rasa cinta itu secara perlahan dalam ego dan malu yang tersendiri. Mungkin akan ada scene lucu ringan bila suami isteri yang baru hendak memulakan cinta! Itu kurang terasa di filem ini.

Antara part best bagi aku adalah lagu. Sound track best! Lokasi pun best. Dalam novel, digambarkan Izzah “disorok” di sebuah kondo, tetapi dalam filem dia berada di sebuah rumah kampung separuh moden yang serba lengkap, macam chalet jer. Malah rumah keluarga Harris sendiri bukanlah banglo besar di tengah kota tetapi sebuah rumah separuh kayu yang cantik besar di atas bukit.

Rumah kampung Izzah dan Mail tu aku rasa macam kat Sg Besar jer. Ada sawah padi yang luas dan indah.


Aku suka part Izzah bersama Harris di remang senja, dalam jalur jingga dan dia berkongsi cerita tentang kehidupan masa lampaunya.


Lirik lagu ada menyebut:

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku
(Hafiz & Adira)


Keseluruhannya, aku setuju Ombak Rindu layak mendapat kutipan mencecah RM10 juta (atau lebih?). Novel Ombak Rindu memang sejak dulu menjadi novel yang best dan laris!




Membuat perbandingan dengan mengenepi keupayaan menulis bebas hingga berapa muka surat pun, dengan memilemkannya adalah tidak adil untuk kita mendapatkan kepuasan dari hasil yang berbeza. Ada perkara yang filem boleh paparkan tetapi mungkin di buku tidak tersampai maksudnya, and vice versa...

Tahniah buat keseluruhan insan seni yang terlibat dalam filem Ombak Rindu ini dan paling utama tentulah penghargaan dan tahniah kepada novelis Fauziah Ashari itu sendiri!

Ombak Rindu itu berjaya kerana ianya Ombak Rindu!

*Malam ini AARON AZIZ menjadi juri undangan khas untuk final Maharaja Lawak Mega!


~...semalam yang kelam pernah dirasai oleh SERI BULAN kerana HISYAM benar-benar lupa memasang lampu pelita di tiang ampaian sehingga bulan pun ikut bermuram durja lalu dia berdendam ingin menarik wayar ke tingkap dapur...~









19 comments:

  1. kak zie, belum masuk dalam mulut lagi kueh yg sangat sedap tu, bagai cair di mulut tu
    sbb adik ipar belum balik lagi...,


    kak zie yg sya geram sekarang ni drama bersiri pun banyak dari novel
    hrrmmm...agaknya sya kena mula baca novel kot?

    ReplyDelete
  2. gambar reflection atas tu ohsem lah!

    ReplyDelete
  3. SYA:
    Mungkin fenomena mengadaptasi novel ke layar, sudah semakin menjadi trend.



    GEDEK!:
    Saya snap semasa di stesen bawah tanah LRT Putra. Nampak tulisan Masjid Jamek di situ?

    ReplyDelete
  4. memang fenomena..tp nazz tak sempat2 lagi nak tgk(T_T)..tp pernah bce novel dia tp tak abis..

    ReplyDelete
  5. NAZZ:
    Tak lama mungkin kuar tv kot...:)

    ReplyDelete
  6. EELOBOR:
    Mungkin juga. Tapi coverage ni bermusim jer...

    ReplyDelete
  7. Azie apa nama novel2 tu, tolong bagi n siapa penerbitnya...plssss

    ReplyDelete
  8. kak Azie,

    rasanya kalau Ombak Rindu dibuat drama mungkin kita terasa lebih puas macam baca novel dari yg pertama hingga terakhir..

    lepas ni jom kita layan Bicara Hati kat @Prima pulak.. novel BH ni pun memang best! double thumbs up!

    ReplyDelete
  9. no komen sebab tak tengok hehe

    ReplyDelete
  10. GADIS BUNGA:
    Komen si kaki merapu!



    CUTE OVEN:
    Saya tak ingat tajuk, sebab novel tu semua pinjam dulu. Yang kedua, ada “Rindu..” gak. Yang ketiga, lupa terus.

    ReplyDelete
  11. EJA:
    Yeahhh Kak Azie baru nak sebut yang kalu dibuat drama bersiri, mungkin lebih banyak plot dimasukkan. Sokong!
    Drama Bicara Hati tu pun dari novel. Tentang kahwin paksa seorang Tengku, kan?



    ZINO:
    I lambat buat entri sebab dulu tak tengok lagi. Sekarang dah tonton, baru tau apa nak komen.

    ReplyDelete
  12. AA..acik pun tak tengok ombak rindu ni..sebab acik dah baca ketiga2 novel..sayang nak kacau bilaukan fikiran..he he..
    nanti mesti kata.novel lain..filem lain..tu yang tahan je tak mau tengok.

    ReplyDelete
  13. ACIK:
    Kita tidak dapat mengelak tentang kelainan dan pertambahan tu. Kerana masing-masing ada kreativiti tersendiri. Apapun hasil filem ini tidak mengecewakan. Harapan di novel tetap tinggi, tetapi filem adalah filem.

    ReplyDelete
  14. Tak paham kenapa maya karin kena pakai tudung pesen macam orang tak reti pakai tudung. haish..

    ReplyDelete
  15. CIK SIBUK:
    Izzah digambarkan sebagai gadis kampung yg kurang pendedahan dunia luar. Dibawa ke kota pun dia tak ada ramai kawan pompuan. Sosial life dia sangat terhad. Jadi fesyen pun mungkin mengikut penilaian dia sendiri saja.

    ReplyDelete
  16. saya langgan kat astro first filem ombak rindu ni. mmg tgk hari2. tapi memang cepat sgt haris jatuh cinta nganizzah, en. abah pun ckp camtu. tapi lagu dlm filem tu mmg best. watak lisa surihani mmg menjadi

    ReplyDelete
  17. kak Azie,

    Bicara Hati tu kisah kawin kontrak.. nama watak dah lupa.. tapi hero tu tersepit sebab parent suruh kawen kalu tak kena kawen dgn pilihan keluarga.. ter'excident' kereta dengan gadis cantik kemdian ikat kontrak utk kawen.. sebab si gadis tersepit nak guna duit..

    last2 masing2 jatuh cinta.. tu kalau ikut plot novel la... yg drama ni tak tau cemana pulak.. malam ni tak sempat nak tengok.. tunggu yang ulangan je laa nanti...

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails