Monday, December 26, 2011

Lelaki, Jangan Jatuhkan Saham Sendiri...

Assalamualaikum
Ahad
25-12-2011


Kenal beliau begitu agak lama, mengenali dirinya yang sebagaimana, aku tidak dapat mengelak dari membuat kesimpulan (andaian jahat, mungkin) bahawa dia sedang cuba memberitahu aku sesuatu yang tidak mahu disebutnya secara berterus-terang.



Luka di jari memang ketara nampak malah ditayang-tayang lagi, tapi luka di hati? Masih boleh dirasa sama oleh orang lain bila menulis di entri sendiri, tapi yang sakit dia saja lah yang rasa.

Aku cuba memahami. Tapi kalu hati terluka kerana sejak dulu mengidamkan bunga dalam laman orang, sejak begitu lama menyimpan rasa pada wanita yang sudah bergelar isteri orang, perlukah aku ikut cuba faham?

Dia kawan aku, baik ler jugak. Banyak juga rahsia dia aku tahu, sebagaimana dia percaya kepada aku untuk jaga rahsia dia.

Tapi parah bila kita terpaksa memahami sesuatu yang salah, diminta pengertian pada suatu perasaan yang tidak patut.

Bila ada kawan lelaki aku kahwin lagi satu, aku rasa aku masih boleh faham dan mengerti walaupun tidak menyokong sama sekali. Aku dengar, simpan dan diam. Tapi bila yang masih bujang ini menghendakkan seseorang yang mustahil, adeh!

Kawan, pompuan tu bini orang. Carilah pompuan lain. Ramai lagiii... ramai. Jangan jatuhkan saham sendiri.



~...ketika SERI BULAN meluahkan perasaan sedih pilu kerana merasakan terpinggir dari perhatian, HISYAM dapat melihat air jernih di kilau mata tetapi bila batu dicampak ke sungai depan mata dia berharap riak duka itu turut pecah seperti kocakan sungai itu kerana sudah lama dia merindui senyuman SERI BULAN...~









28 comments:

  1. Jangan di layan sangat perasaan "cinta" kepada HAK orang lain. Mungkin itu cuman bisikan syaiton kepada Adam untuk menghancorkan Masjid org lain =)

    IMHO

    yours
    SH

    ReplyDelete
  2. hehehe...itu bukan jatuh saham sendiri. tempah maut namanya...

    ReplyDelete
  3. SHAHRUL:
    Agaknya dunia kita semakin huru hara dan kelam-kabut. Benda yang tak boleh tu yang makin seronok nak dibuat dan diamalkan.



    EELOBOR:
    Saham jatuh pun ramai orang bunuh diri gak, kan?

    ReplyDelete
  4. salam,

    maybe di office tu tak banyak pilihan yang ada. tranfer kan saje ke tempat lain. mungkin boleh jumpa jodohnya di tempat lain. bunga bukan sekuntum.

    ReplyDelete
  5. entah lah kan. sumtimes terfikir gak, nak kata kan itu jodoh???

    HANYA ALLAH YANG TAU.

    ReplyDelete
  6. DELAROCHA:
    I sokong ayat bunga bukan sekuntum, tu. Tapi hati dah terlekat duri bunga tu, payah nak lupa. Katanya.



    AZIAN:
    Jodoh yang tidak bersatu. Kita kena redha, kan?

    ReplyDelete
  7. bunga bukan sekuntum kan..masih ramai lagi bunga yang sedang berkembang mekar, pilihlah mereka insyallah bahagia jika tidak mengambil hak orang

    ReplyDelete
  8. KAK INA KL:
    Benar. Tak bahagia mana pun kalu dok asik ingat hak orang jer kan? Dah macam mencuri lak.

    ReplyDelete
  9. Azie
    Sah, dia tu memang carik pasal! Kita tak sker orang cenggitu. Nak kata lelebih tak boleh sbb kita (I) pun ada anak2.. sigh..

    ReplyDelete
  10. cinta tu suci...namun takusahlah digapai lantaran yg dicintai itu sudah milik sah org lain.

    kembalikan cinta itu kepada Allah, insyaAllah Allah akan memberi cinta yg lain...semuanya telah tertulis.. itulah takdir.

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum,

    "buah cempedak di luar pagar" juga yang nak dijolok ya...

    ReplyDelete
  12. ishhh..sama lah pulak dgn kes di opis sy ni...(pd entry yg lepas) yg bujang dok jalin hubungan dgn isteri org..tp tangan kalau bertepuk sebelah tkkan berbunyi..

    tanya perempuan tu dia snggup ke minta cerai dgn suami dia demi lelaki lain?

    ReplyDelete
  13. salam...jangan cakap pasal saham tu dah ke lain...elaklah terkena badi oiii...Kalau terkena sakit tu " payah" nak ubat... orang cakap simpang malaikat 44... orang cakap macam ada banyak bunga sekeliling kita waktu tu..

    ReplyDelete
  14. ZIE:
    Dia tetap kata, bunga kat kuar tu tak sewangi yang dia ndak.



    SOM:
    Betullah. Nak komen pun, bimbang berulang kena batang hidung sendirik plak, kan?



    ROS:
    Terimakasih. Saya suka pesanan sebegitu.

    ReplyDelete
  15. ANYSS:
    Kalu dapat tangkap kantoi dek si tuan punya buah cempedak, mau lebam biji mata!



    IDA NYANYISUNYI:
    Kalu bertepuk memang pasti dah ada bunyi. Yang kes ni, duk bersiul sensorang, bunyi pun sumbang.



    PANGLIMA MUDA:
    Kadang-kadang lelaki pun perasan gak macam saham tinggi benor.

    ReplyDelete
  16. LIKE! :)

    Terbuai dek perasaan sendiri tanpa memikirkan apa nak jadi masa kedepan.

    Tunggu dan lihat lps tu boleh buat pengajaran.

    ReplyDelete
  17. Gitu la pulak, dilema tu..

    AA orang pertama komen entri saya tu, konpem masuk senarai :)

    ReplyDelete
  18. CIKINTO:
    Ops! tengok IKIN komen baru teringat, entri ini direlate dengan kisah tu eh?
    Sebenarnya tidak, ini kes lain tapi hampir serupa la juga!



    DINAS:
    Yeahhhh!
    Terimakasih cikgu!

    ReplyDelete
  19. berat perasaan macam ni tapi kita tak boleh terlalu menurut kata hati. mungkin dia baik untuk org lain bukan untuk kita...tu pasallah tak boleh bersama hihihi ter emo pulak

    ReplyDelete
  20. ANN ISHAK:
    Bercinta tak semestinya bersatu kan? Apatah lagi kes bertepuk sebelah tangan ni...

    ReplyDelete
  21. Salam,

    Ishhh..ni mesti tak tepuk sebelah tangan.
    Kalau gitu lah jalan citer, memang tempah tiket ke neraka jahanam

    ReplyDelete
  22. UNTIE MARINA:
    Yang kita dok tengok ni, nampak sehala saja. Tak tau la kot nanti kena goda, lama-lama cair.

    ReplyDelete
  23. aiseh, kes berat ni.. kalo isteri orang tu tahu, jangan ler layan.. kalo layan tu yang jadik kes besar.. takpasal2 ingat boleh bahagia, tapi sebenarnya tempah derita.. :)

    ReplyDelete
  24. takutnya....betul jugak kalau terus digoda, pasti akan cair...nauzubillah. Moga2 dia mendapat petunjuk dan hidayah.

    ReplyDelete
  25. ANAA:
    Dalam kes ini, lelaki tu minat pada isteri orang. Bertepuk sebelah tangan. Pompuan tu tahu, sedar tapi dia malas nak layan.



    GADISBUNGA:
    Toksah la pilih lelaki camtuh. Nanti dia tak berapa setia. hehehe



    ZUWAIDAH:
    Kita ni, kadang2 lagi dielak, itu yang mudah benar dapatnya.

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails