Friday, December 16, 2011

Jangan main-main dan main...

Assalamualaikum
Khamis malam JumAAt?
15-12-2011


Situasi:
Seorang lelaki berusia kira-kira lima puluhan, sedang bercakap di telefon bimbit. Beriya-iya meyakin seseorang di sebelah sana. Henfon pun cekai jer...!

Seorang wanita sedang duduk bersimpuh di hadapan, berdepan dengan beberapa lilin merah yang dipasang banyak — takdak letrik gamaknya rumah orang tuh — mendengar perbualan dengan tenang.

Perbualan tamat.

Berbalik kepada kerja tertangguh tadi. Agaknya.

“Apa masalah?”

Wanita: “Saya tak boleh mengandung. Dah kahwin 3 tahun, pun belum mengandung. Tak lekat lagi.”

Lelaki tua (kutuk tak sedar diri?): “Hmmm... tak lekat ya? Nak berubat ya?”

“Ok, awak masuk bilik tu, nanti saya datang.”

Sampai situ jer.

Kenapa ko tak tambah jer dialog tu macam nih: “Tunggu aku kasi lekat!” Cissss bomoh penipu!


*Ulasan suka-hati-aku-lar, diadaptasi dari siri drama Tentang Dhia (TV3).

Pesanan: Jangan main-main (atau main?) dengan bomoh penipu. hehehe...!


Tayang lunch:

Mermaid Bento — masa duty di MV rituh.



~...bukan tidak pernah berdepan dengan Pawang Awang ketika diri bagai pengsan macam terawang, tapi bila terasa seperti bawang yang ditayang dan dimayang dekat telinga, SERI BULAN lebih rela terus rebah payah kebah asal HISYAM menjadi peneman di serambi Teratak Nyatuh...~







19 comments:

  1. Babak petang semalam, kan?

    Alaaa... tak sabar nak tunggu kesudahan cerita tu walaupun boleh diagak. Kalau novel mesti dah khatam. :)

    ReplyDelete
  2. hehe.. suka baca komen kakcik..
    jadi apa kesudahannya kakcik?

    ReplyDelete
  3. dalam realiti pun agaknya ada macam kisah tu kan !

    ReplyDelete
  4. SALAM,
    SAMBUNG CERITA BILA JUMPA AHAD NANTI !

    ReplyDelete
  5. rasanya pernah baca kisah tu dalam dunia nyata...nauzubillah!

    ReplyDelete
  6. kadang2 terfikir kenapa bangsa kita ni terlalu percaya dengan bomoh.

    ReplyDelete
  7. Takut betul tengok citer tu...ngeri betul kalau percaya sgt dengan bomoh ni...

    Mkanan tu sedap jer bila nengoknyee....

    ReplyDelete
  8. KAKCIK:
    Ahaa bbak hari Rabu.
    Kisah ni kita boleh agak, tapi jalan cerita tu yang buat ianya menarik. Bomoh bagi arahan dalam hp jer!



    FATIN MRAZ:
    Kalu boleh kita nak bomoh tu kena cekik dgn hantu dia jugak. hehehe

    ReplyDelete
  9. AL-LAVENDARI:
    Harus ada bang. Dari realiti didramakan.



    NORASHIKIN:
    Bento? Ayam tu sedap.

    ReplyDelete
  10. ERI-CHAN:
    Sedap. Boleh tahan. RM8.90 harganya.



    DATO’ LF:
    Bolehhh... sembang panjang panjang.

    ReplyDelete
  11. QUEENIE:
    Memang realitinya, banyak kisah sebegitu. Dalam paper pun selalu juga keluar. Especially Harian Metro. Pernah tulis kisah bomoh moden.



    NIDA:
    Bomoh menjadi orang penting dalam beberapa aspek kehidupan orang Melayu sejak zaman lampau lagi. Ada orang taksub.




    AINNORAINI:
    Bila bab bomoh ni, Kak Azie pun takut. Seram sebab cara perubatan tu pelik sangat. Napa nak suka gelap gelap eh?

    ReplyDelete
  12. lebih percayakan bomoh dr ketentuan Allah..
    sedih betul masyarakat kita skang kan.

    ReplyDelete
  13. Hahahaha ... kebetulan. Saya pun fikir macam apa yang akak tulis tu. Siap kata dengan mak saya, "Jap lagi dia nak kasik lekat lah tu". Berhantu cerita ni kak :)

    ReplyDelete
  14. semalam tak sempat tengok, berebut TV ada yg nak tengok ular orok-orok kat TV1 tapi kalau berkeras dia bagi aje...:)

    masih ada percaya pada bomoh ek? org la mengaji(belajar) tinggi tapi dah berbalik macam org tua2 yg tak ada tv!

    ReplyDelete
  15. Kalau buka citer bomoh ni, Esok pun tak habis.hihi. kat kampung saya, bomoh sama bomoh pun bercakaran.....ek eleh.

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails