Tuesday, December 6, 2011

Hebahan kecil tentang Pesta Buku...

Assalamualaikum
Thalatha
06-12-2011


Akhirnya, tawaran sebagai promoter buku tempohari tidak upaya dilepaskan. AA akan berada di booth penerbitan Creative Enteprise SB (CESB) sepanjang MPH Karnival yang bakal berlangsung pada 8–12 Dis ini. Tetapi aku akan bertugas hanya pada 3 hari sahaja (Jumaat–Ahad).

Bagi peminat-tegar novel-novel tempatan inilah masanya untuk mendapatkan novel-novel pilihan dengan harga yang menarik di samping ada hadiah cenderamata yang disediakan apabila belian juga menarik.

Ramai tahu, penerbitan novel di negara kita sudah mencapai tahap yang sungguh membanggakan, boleh dikatakan kita juga maju dalam penerbitan novel bukan sahaja dari segi teknikalnya, malah kualiti penulisan itu sendiri sangat membanggakan kita.

Kita ada ramai sekali penulis-penulis novel Melayu yang hebat dan berjaya mencipta nama dalam arena penulisan (kalu nak sebut kaya, tiada statistik atau bukti tepat pula) dan menjadi sebutan ramai, malah menghimpun peminat mereka yang tersendiri.

Tidak kiralah dari syarikat mana pun mereka bernaung, dengan company mana pun mereka menerbitkan novel mereka (malah bangga juga mereka ada yang sudah miliki syarikat sendiri), bagi orang yang sudah meminati novel sejak zaman sekolah, aku melihat perkembangan ini sebagai sesuatu yang bagus sekali.

Terus aku teringat pada entri beremosi ini: PESTA BUKU 2011: Kalu Aku Sebut Lagi, Jangan Marah ya..

Tetapi, tentulah nilai jualan or best-seller itu tidak dapat disukat hanya dengan duit, dan tentulah kepuasan itu tidak hanya bila novel diulangcetak berkali-kali, kan? Nilai kepuasan atau menepati kehendak itu berbeza-beza setara dengan pelbagainya tema dalam novel itu. Kualiti tulisan itu pun pada aku, berbeza mengikut kehendak pembaca. Tema cinta biasanya memonopoli pasaran novel, tetapi masih ramai yang meminati tema selain dari cinta dan kita ada banyak buku yang sedemikian.

Malah sudah banyak di pasaran tempatan, novel yang menulis tentang biografi (orang-orang terkenal seperti menteri dan selebriti juga menulis buku), juga buku tentang catatan perjalanan, agama (sudah pasti) dan juga buku memasak!


Antara yang akan anda temui di booth CESB. Terselit di belakang tu ialah novel karya Norhayati Berahim; Pesanan Seorang Lelaki. *koleksi peribadi

Selagi dinamakan pesta, marilah berpesta buku! Mengambil peluang ini untuk mendapatkan harga yang menarik.

Teringat seorang kawan, yang setiap tahun simpan duit khas untuk berpesta buku. Dia akan pastikan tabungan itu mesti cukup RM1,000 atau lebih sedikit dan bila tiba Pesta Buku, dia bebas membeli mengikut kehendak hati tanpa rasa bersalah! Best, kan?

AA akan berada di booth CESB 1008–1010, bermula 9–11 Dis (Jumaat, Sabtu, Ahad) dari jam 10.00am–10.00pm.

Sementara tiba hari itu, AA mengosong jadual harian supaya tidak perlu ke mana-mana. Simpan tenaga. Cewahhhh.. macam terok benor keje nya? Tak teruk la... tapi orang tua memang macam nih. Nerbes!

Lagi maklumat di entri ini: MPH Karnival 2011: Tawaran sudah datang...



~...mungkin tidak perlu memaksa orang lain untuk memahami karenah diri, tidak menyuruh teman sejati mengerti diri, HISYAM hanya perlu berkeluh kesah sedikit atau berpura-pura menyatakan tidak selesa, SERI BULAN sudah jauh menangkap erti rentak gaya, lelaki itu sebenarnya perlukan seseorang untuk mendengar bebelan...~







29 comments:

  1. Assalamualaikum,
    Hu hu hu tak mampu nak pergi, dah tahu tak akan tahan dengan godaan -----> banyaknya hutang nak kena langsaikan sebelum tiba tahun baru hu hu hu

    ReplyDelete
  2. Kakcik suka header baru Azie tu. :)

    Nanti beli novel banyak2, ya? boleh kita kongsi baca... hehehe...

    ReplyDelete
  3. kalau azie beli leh dpt diskaun tak?
    hehe tanya nak ngumpan ni....

    ReplyDelete
  4. Lama-Lama kak AAsendiri boleh menulis novel..
    Kan.....



    Cantik header baru,tenang je nampak....

    ReplyDelete
  5. orang tua memang nerbes... hihihi , suka ayat ni.

    ReplyDelete
  6. Khas buat PENCINTA HANDBAGS!
    Koleksi yg menarik & stylo serta tips2 berguna.

    Kunjungi kami di http://mrsladysstylo.blogspot.com/

    TQVM! :)

    ReplyDelete
  7. kak azie, tajuknya pesanan terakhir seorang lelaki.... one of my fav author di malaysia ni.

    karya terakhir yang ada dalam koleksi saya ialah layang2 bertali kaca. yang diterbitkan selepasnya pulak, belum berkesempatan membeli.


    dan alangkah baiknya kalau penulis lamia aimal kembali ke arena penulisan. saya rindukan penceritaannya....

    nanti post gambar banyak2 ya..... walau x ada kesempatan ke sana, boleh merasai nikmat dari gambar pun syukur...

    ReplyDelete
  8. salam akak...kite minat gak baca novel..pastu berangan..ehhehe

    ReplyDelete
  9. AA..cantik..dengan warna purple yang menarik

    ReplyDelete
  10. olorrr.. takleh gi..:(

    Kalau Nida pi ada dua sebab, sebab pertama nak jumpa Kak Azie, sebab kedua nak beli buku... dalam ertikata lain nak jumpa Kak Azie lagi penting dari beli buku...hehe

    ReplyDelete
  11. bestnya kalau dapat pergi pesta buku nih

    ReplyDelete
  12. Betul ckp Nida tu :) Beli sebuah buku jadila,at least dpt jumpe Kak Azie. Nk bergambar dgn Kak Azie tu yg penting. Selama ni kita bersua muka dlm pc aje. Nk jugak jumpe orgnya secara live. Mcm mane agaknya Kak Azie ni yek? hikhikhik. Oh ye,gerai pameran CESB tu kat mane? Karnival tu kat ruang legar bhg mane?

    ReplyDelete
  13. huwaaaaaaaaaaaaaa udah lama tak jengah sini, internet baru pulih semulaaaa...

    ReplyDelete
  14. dah lama tak pegi pesta buku... tak larat nak ronda.. hihi..

    selalu beli buku kat kedai buku je..

    ReplyDelete
  15. huhuhu.. takde orang nak temankan..

    ReplyDelete
  16. nak pegi. nak pegi. tp kat mana Pestanya?

    ReplyDelete
  17. InsyaAllah..I'll be there..dah chop hari tu dgn husband..so u better pakai name tag aa..senang nak kenal..:)

    ReplyDelete
  18. ANYSS:
    Haii.. orang bujang takda anak nak sekolah pun, bimbang gak ker? hehehe



    KAKCIK:
    Terimakasih.
    InsyaAllah, memang hajat nak beli juga satu dua.

    ReplyDelete
  19. QUEENIE:
    Selama jadi promoter, memang kami pun beli dengan harga biasa sama seperti pembeli lain. Sebab memang dah ada diskaun pun Kak.



    NAJWA:
    InsyaAllah... Aminnnnnn ya rabbal alaminnnn.



    CIKGU NORMAH:
    Hehehe... tua terpaksa mengaku tua, kan?

    ReplyDelete
  20. ZONAKU:
    Yeah.. one of my favourite too.
    Kak Azie tak ingat tajuk terakhir beliau, terlalu banyak sangat koleksi.

    LAMIA AIMAL pun dah lama tidak menambah karya (mungkin di publisher lain, tak pasti pula).

    Kak Azie pun ada 3,4 buku dia.



    CIK CERIA:
    Bab berangan tu yang best. Sebab lepas tu, boleh tulis novel plak.

    ReplyDelete
  21. ACIK ERNA:
    Dah memang saya minat benor kaler purple. Hehehehe.



    NIDA:
    Amboiii melampau tu. Marah pula penulis novel nanti.



    EIELA:
    Memang la best, sebab harga Pesta sangat menjimatkan. Berbaloi-baloi!

    ReplyDelete
  22. FATIN MRAZ:
    Terimakasih. Semangat tuh.



    SUE:
    Header sempena Disember. Sekali sekala terpaksa ditinggalkan sebentar, seliper itu.



    ZENNAYA:
    Uikk.. seriau pulak baca angan-angan tuh. Apapun terimakasih. Dah jumpa tu, kena la beli buku eh? Bergambar banyak2 pun boleh, asal saja beli novel yaaaa...!

    ReplyDelete
  23. ZUWAIDAH:
    Ohh.. mesti lega kan? Maklum blogger kalu takda internet.. aduhai.



    ANAA:
    Kat kedai buku jarang ada diskaun. Kat Karnival macam ni, harga runtuh youuuu..!



    AIZAMIA:
    Alaa... takda teman pun ok gak. Tak perlu tunggu menunggu.

    ReplyDelete
  24. ELLA:
    Di dalam Mid Valley, sayangggg.....



    SANIAH:
    ahaaa.. bagus! Sedia duit banyak-banyak!

    ReplyDelete
  25. kak Azie..dil jeleslah...sebab x dapat nak pergi dan hanya mampu tengok novel2 akk yang best2 tu..nanti dil balik kasi tumpang baca boleh...hehehehe....
    p/s:dil minat membaca kak....tapi dok mesir baca buku arab jelah...huhuhuhu....

    ReplyDelete
  26. UMMI KHALISH:
    Tak pa. Duduk jauh di Mesir pun bertuah sebab ada banyak bacaan yang lain dari sini. Pun tak rugi, sebab dapat baca buku Arab. Fasih bahasa Arab kan...

    ReplyDelete
  27. sy mmg suker nenovel CESB sejak dlu tp kocek tidak mengizinkan....huhuhuhuuh

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails