Wednesday, December 28, 2011

7 Hari Mencintaiku by SR (bukan Secret Recipe)...

Assalamualaikum
Rabu
28-12-2011



Karya Siti Rosmizah, terbitan SR Publication.

Merupakan novel ke-4 Siti Rosmizah. Sejujurnya, aku tidak pernah bertemu dengan novelis ini, tetapi aku memang suka hasil karya beliau. Mungkin beliau suka menulis novel tebal dan aku tak pernah kisah. Ada kepuasan.



7 Hari Mencintaiku, mengisahkan keegoan bertemu si keras kepala. Bila wanita cuba bersikap lebih ego dari lelaki yang bergelar suami, terasa begitu banyak ranjau dan cabaran sehingga mencabar diri mereka untuk membuat keputusan yang mengecewakan.

Biasanya lelaki ego, dan wanita itu keras hati. Bila bersatu sebagai suami isteri, ada banyak hati yang terluka tercalar dan kecewa. Sebuah rumahtangga yang sentiasa panas. Ramai tahu, perkahwinan bukan sahaja dengan pasangan kita tetapi juga harus menerima setiap orang-orang kesayangan di sekeliling pasangan kita. Apatah lagi perkahwinan yang dipaksa kerana permintaan terakhir si ayah. Lalu Mia Adriana sukar mengubah sikapnya yang baran, ego tidak bertempat, keras hati dengan suami kerana dia terpaksa kahwin dengan lelaki bernama Khuzairi.

Konflik bermula apabila perkahwinan berlangsung dan Mia dibawa tinggal di kampung suaminya, bersama keluarga mertua yang mempunyai dendam silam terhadap keluarga Mia. Kerana kesilapan dan kisah hitam ibu kandung Mia, dia turut dipandang serong. Diatambah pula dengan sikap Mia yang payah bertolak ansur, lalu kehidupan rumahtangga mereka begitu bergolak dan jarang damai.

Orang-orang luar dengan anasir jahat masing-masing mengambil kesempatan untuk kepentingan tersendiri mereka.

Mia Adriana tidaklah sejahat atau seburuk yang dilihat dengan mata kasar. Sebagai seorang peguam, tentulah dia bukan seorang wanita yang berakhlak buruk. Kesilapan ibu kandungnya membuatkan dia dipandang sinis dan dianggap membawa petaka dan kemusnahan kepada sebuah keluarga yang ‘suci’ di kampung yang murni.

Khuzairi memang menyukai Mia Adriana sejak di zaman sekolah menengah lagi lalu perkahwinan itu ibarat bulan jatuh ke riba. Tetapi aku melihat kelemahan Khuzairi adalah dia terlalu lembut, tidak tegas sehingga gagal mengawal keadaan. Kasih sayang dan rasa cinta membuatkan dia terlalu mengikut arus sehingga terlupa untuk mengikut kata hati lelakinya membuat pertimbangan wajar.

Perpisahan antara mereka terjadi jua di saat hubungan mereka semakin baik, kasih sayang mula terjalin di pihak Mia sendiri, tetapi takdir perpisahan itu berlaku jua.

7 Hari Mencintaiku — sebuah permintaan dari seorang isteri terhadap suami untuk mendapatkan cinta hanya dalam masa 7 hari sebelum suami berkahwin dengan orang lain dan mereka bakal berpisah.


Aku tulis pasal novel ini, tapi tak buat ulasan rupanya Banyak sangat nangis!

Novel kali ini kurang sikit bab nangisnya berbanding novel Siti Rosmizah bertajuk “Andai Itu Takdirnya”.

Cuma part kematian suatu watak anak lelaki jujur lembam bernama Buntat, sungguh menyentuh perasaan.

Jika hendak memberikan penilaian, aku tak pandai. Namun, sebagai seorang pembaca novel tegar (kata sorang tu, aku perasan muda masih nak baca novel cinta), aku lebih meletakkan novel SR “Andai Itu Takdirnya” di tangga atas.

Kesimpulan: jangan terlalu ikutkan perasaan ego walaupun memegang kuasa sebagai seorang suami. Kesannya lebih banyak buruk dari baik. Kena rela berkorban dan bertolak-ansur. Tak rugi pun.


*Penghargaan: terimakasih KAKCIK SEROJA yang meminjamkan novel 7 Hari Mencintaiku ini. Memang kat kedai susah nak dapat kerana SR merupakan pengedar tunggal. Aku tak nampak pun kat MPH setakat ini.



~...HISYAM tidak pernah meletakkan tempoh masa untuk SERI BULAN menamatkan kisah cinta mereka ke suatu tahap terindah kerana selagi dia melihat bulan muncul di malam hari dia sedar SERI BULAN itu masih setia memancarkan cintanya melalui pandangan mata dan surat bawah tempurung di hujung ampaian...~







17 comments:

  1. masih terasa dengan andai itu takdirnya..
    sangat sedih..

    kak..ayu akan beli juga utk buat koleksi.. sbb ayu pun jatuh cinta pada gaya penulisan siti rosmizah

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum, novel ni tersangat best . antara terbaik diantara koleksi saya . karya SR memang tak pernah jemu utk dibaca . :)

    ReplyDelete
  3. Akak, cuba baca Lafazkan Kalimah Cinta karya penulis yg sama. Best!!

    ReplyDelete
  4. saya benci buku tebal macam kamus...

    suka buku ada gambar je...

    ReplyDelete
  5. Kak Zai dah lama baca novel ni,best juga.

    Macam yang azie cakap orang selalu ingat membacaca novel hanya untuk orang muda.

    ReplyDelete
  6. AA..acik pun dah baca semua novel dia.

    ReplyDelete
  7. saya pun suka baca novel tebal mcmtu..puas rasanya daripada novel yg nipis...

    kalau dekat dgn rumah kakcik mau gk sy pinjam..

    ReplyDelete
  8. salam kak Azie. Sya dh lebih 10 kali baca novel sejak beli. Sedap,tp itulah watak Mia tu agak perfect sgt digambarkan. Putih gebu,cantik menawan. Khuzairi pulak kacak,segak n tampan even hitam manis. Kebanyakan novel Siti Rosmizah watak heroin semuanya ala-ala seperti tu. Well,dh penulisnya nak macam tu,sbg pembaca terpaksa akur je n baca. Nampaknya kalau nak novel ala-ala wataknya mcm kita suka,kena tulis novel sendiri ni :)

    ReplyDelete
  9. best cerita ni walaupon ada sedikit yg tak berapa nak logik! setuju, sedih sgt part buntat meninggal dunia.

    ReplyDelete
  10. CA cukup kagum pada org yang ghajin baca novel.
    Kalau CA ....baca depan kenal watak... tengah ... last keh keh keh ..

    tak trill langsungkan ...

    ReplyDelete
  11. Kakcik tidak merasakan kakcik tua (tidak juga perasan muda) bila dah minat kakcik membaca novel. Hehehe...

    ReplyDelete
  12. Saya dah baca semua novel Siti Rosmizah. Buku dia hanya dijual kat Popular sahaja, saya tak pernah jumpa buku dia kat MPH.

    Tapi yang nyata, semua buku dia best banget dan asyik buat saya menanggis. Baru borak dengan Kak Long semalam pasal Novel 7 Hati Mencintaimu. Dia kata this the best Novel from Siti Rosmizah. Kalau difilemkan lagi best dari Ombak Rindu. Kita orang dah bayangkan,watak yang jadi Mak Tiri Khuzairi paling sesuai untuk Wan Maimunah .. hehehe

    p/s : Sori, seperti biasa panjang berjela komen ;)

    ReplyDelete
  13. AYU:
    Memang ramai sekali yang gemarkan penulisan Siti Rosmizah ni.
    Tapi novel dia bertajuk “Cinta Kau dan Aku”, Kak Azie tak berapa gemar pula, tapi tetap menjadi koleksi.



    ANN:
    Salam. Terimakasih
    Wahhh minat ya. Saya pun sama.

    ReplyDelete
  14. KAKCHIK ELLA:
    Ohh Kak Azie mesti nak cari buku tu.



    GEDEK:
    U mewakili ramai lagi lelaki. Hehehe



    KAK ZAITUN:
    Saya dulu tak fikir pun camtu, tapi bila ramai sebut, saya terfikir semula. Macam tak tepat jer kan?

    ReplyDelete
  15. ACIK ERNA:
    Ohh saya ketinggalan ya. Saya baru ada 2 jer novel dia.



    NYANYISUNYI:
    Yaa.. pinjam dari Kakcik. Rumah dekat mudah nak ulang alik.



    ZENNAYA:
    Ya la. Tapi Kak Azie pernah baca, novelis yang menulis watak lebih melampau lagi dari ini. Kita kena la terima, ya tak?

    ReplyDelete
  16. SUE:
    Part Buntat mati tu memang tak sangka sama sekali. Sedih betul!



    CHIK ATT:
    Tak semua orang boleh bersabar baca novel tebal. Kena gigih tahu!



    KAKCIK:
    Saya tak pernah fikir pasal tua muda pun. Dah memang minat membaca sejak kenal huruf!

    ReplyDelete
  17. ACIK MLMW:
    Yaaa... Wan Maimunah macam sesuai jer kan?
    So sapa bleh jadi Khuzairi? Aaron Aziz atau Adi Putra?
    Heroin si Mia tu nak bagi kat sapa? Fasha Sandha sesuai tak? hehehehe

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails