Khamis malam Jumaat
08-12-2011
Hari tu entri WW, ada gambar mangga dicolek. Amboiii ada plak yang komen begini:
Tapi jalan-jalan cari makan semalam, ternampak ni. Terhenti langkah sekejap. Amboiiii mehai nya?
Ini bukan susu bayi yer kengkawan, ini susu untuk ibu mengandung. Dulu masa “rajin” mengandung dulu, tak ingat dah susu ni setin berapa. Tapi idak sampai 50 hengget pun rasanya.
Demi kesihatan diri dan anak, ye dak?
Zaman dulu punya mengandung dan zaman sekarang, jauh betul bezanya.
Demi kesihatan diri dan anak, ye dak?
Zaman dulu punya mengandung dan zaman sekarang, jauh betul bezanya.
Aku pernah tengok seorang makcik kat kampung aku dulu, dah agak besar kandungannya, memboyot pun masih lagi turun bendang. Bukan bendang sendiri, tapi amik upah mengerat (memotong) padi.
Orang sekarang? Naik bas orang tak bagi duduk pun muka tak bleh tengok. Laki silap beli nasi goreng pun nak majuk. Pastu tulis dalam blog? hahahaha sapa tuh? Ahaks!
Relax la. Kecil-kecil hal, redha jer. CEKALkan hati, KENTALkan jiwa. Mengandung tu nikmat, mengandung tu bahagia. Orang mengandung cantik dan berseri tauu... > macam nak puji diri sendiri jer? wakakakaka!
Tahniah kepada ibu-ibu yang sedang mengandung, yang sedang berpantang, dan yang sudah mengandung dulu (boleh lagi tuuu....). Kita memang hebat, kan?
*Jommmm borong buku....!
MPH Karnival, Exhibition Centre, Mid Valley Bangsar.
AA akan berada di booth CESB Lot 1008–1010, mula 9–11 Dis (Jumaat, Sabtu, Ahad) 10.00am–10.00pm.
~...Bidan Piah pernah berbalah dengan Bidan Bedah yang gemar bersanggul lintang jalan membuang itu, hanya semata-mata ingin merebut peluang andai dapat menjadi bidan istimewa kepada SERI BULAN sehingga bermasam muka, lalu HISYAM yang mendapat berita rasa lucu hingga ketawa muka berbirat merah...~
kita pun dah tak rajin mencuba mengandung kak. dah byk kali gagal. bknlah serik tp 1 pun rezeki Allah SWT jugak, kan. Alhamdulillah ..
ReplyDeleteterus usap perut sendiri
ReplyDeleterasa mcm orang mengandung, tapi kosong tak de isi
kahkahkah.... kita le tu!
dah letih le kak azie nak heret beg susu & pampers bagai...cukuplah 3 tu, dah start pencen. kalau ada lagi...waaaa...ceq terima seadanya, sekarang pun rinduan je tengok org dukung baby...ahaksss...
ReplyDeletenak mengandung lagi.. tp belom ada rezeki..
ReplyDeleteehh azie..kita boleh lagi tu..hahaha
ReplyDeleteada kwan I..44 thn baru dpt baby no.6 tau..tak teringin ke?
Andai ada rezeki yg kedua, sy tak nak beli susu mahal tu. Sy nak minum susu Good Day je.
ReplyDelete=D
bilalah ayu nak mengandung.....????
ReplyDeletesop..sopp
Eh...saya ke yg merajuk Suami beli silap nasi goreng tu??Ehe...nak kena cek entry lama ni.haha
ReplyDeleteMengandung anak ppuan buat kita nampak jelita,heheh
munna pun rasa time mengandung macam best je....
ReplyDeleteNida nak mengandung lagi.. tapi belum ada rezeki.
ReplyDeleteKadang-kadang bila lihat orang dulu-dulu begitu kuat walaupun perut dah memboyot.. contohnya mak Nida, sepuluh anak dah dilahirkan.. dulu-dulu mana ada mesin basuh. Ingat lagi, dengan tanganlah mak membasuh baju kami walaupun dah sarat (rindunya kat mak...uwaaaa)
saya 'rajin' ngandung kak, tapi kilang dah tak leh produce.. tuan dokter suruh tutup... tapi mesin2 kilang masih berjalan seperti biasa, takde production jer.. hihi..
ReplyDeletehihihi...sengih sorang2 jer baca entry nih
ReplyDeletesusu ibu mengandung mmg mahal, secara peribadi masa wife saya pregnant dulu, saya cuma pastikan dia makan makanan berkhasiat & seimbang + cukup air + cukup multivitamin, tu aja. Tak minum pun susu susu ni, sebab byk research yg tunjuk ada long term possible side effect kalau consume terlalu lama susu masa mengandung ni.
ReplyDeletemenarik..tapi belum lagi diberikan kesempatan nk melalui pengalaman itu.:)
ReplyDeleterase mcm nak berehat jer...cukup la ape yg ada sekarang ni...
ReplyDeletesaya ni kalau awal2 mengandung mmg tak larat asyik muntah2 jer..tu yg kene piki beribu kali...
saya tumpang tengok orang mengandung je la...
ReplyDeletememang bertuah yang dapat mengandung :)
AA..acik menunggu bila la nak bercucu..he he
ReplyDeletesalam Azie,
ReplyDeletesaja tinggalkan jejak bertapak...just to say Hi!
hebat..hebat.. =D
ReplyDeleteNak mngndung lagi...tapi tak de rezeki....
ReplyDeleteKAKCHIK ELLA:
ReplyDeleteAlhamdulillah... tapi rasanya sorang tak cukup tu. Harus dicuba, lagi pun awak muda lagi.
KUJIE:
Hahahahaha.. melampau U ni. Lawak.
JUNAINA:
ReplyDeleteZaman AINA anak guna pampers kira ok lagi. zaman Kak Azie guna napkin kain tau... seksa nak basuh tiap hari.
SUE:
InsyaAllah. Ada nanti.
SANIAH:
ReplyDeleteI dah ada 6 orang anak youuuu... Kilang pun dah kunci mati dah ni. :)
FARA:
Amboiiii susu Good Day? Wahhh bagus. Tengok profile tu macam nak sama jer dgn Good Day?
AYU:
ReplyDeleteSabar AYU. InsyaAllah, ada nanti.
NAJWA:
Uikkk? Ada ker? Ker NAJWA pernah majuk tak dapat baju mengandung yg lawa tuh? hehehehe
MUNNA:
ReplyDeleteMestilah best. Bleh mengada-ngada. kan? hehehe
NIDA:
Bila dibanding zaman dulu, dikenang saat mak kita dulu, aduh.. tak terbanding dgn diri kita yang semuanya nak mudah dan senang saja.
ANAA:
ReplyDeleteLain macam jer bunyi komen ANAA ni. hehehe ok la tu, mesin baik tapi tak perlu produce.
EELOBOR:
Sengih tu sebab terkenang kisah sendiri ker?
DADDY ZIYYAD:
ReplyDeleteSaya suka komen doktor kita ni. Persepsi seorang doktor. Berkongsi info. Thanks.
NIEZA:
Belum lagi. Nanti ada ler tu.
AIN NORAINI:
ReplyDeleteAda orang masa awal mengandung, morning sicknessnya teruk betul. Sampai serik. Tapi bila dah beranak, tengok budak comel cute tu, rasa nak beranak tiap tahun, eh? hehehe
CIKGU NORMAH:
Orang yang tak dapat mengandung, ada tuah perkara lain pula. InsyaAllah.
ACIK ERNA:
ReplyDeleteWahhhh.... dah nak masuk stage lain dah nih.
Dapat cucu mesti best!
FARID:
Salam kenal FARID, sila masuk. Thanks.
FATIN MRAZ:
ReplyDeleteMengandung dan melahirkan, memang hebat.
MULUTPAYAU:
Takpa. Tak dapat tahun ni, tahun depan boleh cuba lagi.