Tuesday, December 13, 2011

Cinta Elysa: Pengakhiran Cinta yang Manis...

Assalamualaikum
Thalatha
13-12-2011


Ya, kisah drama lagi. Aku memang suka drama. Dalam masa ramai yang tak suka drama Melayu, aku tetap setia walaupun terpaksa memilih drama-drama tertentu mengikut citarasa dan yang sesuai.

Cinta Elysa berakhir sudah sebentar tadi. Lakunan Fasha Sandha dan Johan Arif “Botak” Asari.


Agak klise. Yang jahat dihukum dan mendapat pembalasan. Yang salah sangka akhirnya menyesal dan cuba memperbaiki kesilapan.

Hubungan anak dan emak kembali pulih.

Tapi yang lebih manis tentulah sebuah perkahwinan walaupun tanpa rela di peringkat awal, bersatu dalam suasana yang indah dan sweet sekali.

Peminat Johan “Botak” pasti tak tinggal siri drama ini. Maklum, pelakon lelaki yang seorang ini sedang meniti zaman popular. Jangan ada gossip melampau sehingga mencalarkan nama baik sendiri. Reputasi kena jaga.

Satu perkara yang aku tahu dan rasa patut kagum, Johan Arif “Botak” bin As’ari ni pernah belajar Tahfiz selama 2 tahun di Indonesia, lalu bila dalam drama ada scene dia mengaji dengan baik, haruslah aku kagum, ok.

Sebelum ini, aku kagum dengan Zulhuzaimy, yang berlakun drama apa ntah, baca doa panjang betul tanpa sangkut. Contoh lelaki terpilih tuh, kan?


Ada orang sedang berusaha nak cari kasut macam dalam gambar ini, tau! hehehe


********

Selingan:

Aku layan filem ini lagi sekali malam semalam. Sanggup tunggu sampai part Pak Maun melepas dendam “meroyan” menari joget! Pastu baru tidor.



Aku dah pernah tulis di entri ini: Nasib DO, Nasib RE, Nasib MI (or me?)...




~...bila HISYAM tiba di pangkal cermai menanti SERI BULAN tiba dengan senyum simpul bagai sanggul, lidah pula kelu untuk menegur selain salamnya berjawab lembut dalam nada yang paling indah dan kudus...~











30 comments:

  1. saya baru balik ni pon, terpaksa tengok citer ni, adik ngan kakak ipar melayan citer ni, huhuh

    ReplyDelete
  2. AKAK PUN TAK PERNAH MISS TENGOK DRAMA NI.....ENDING YANG MEMANG DITUNGGU........

    ReplyDelete
  3. alamak seronok ke? I tak berapa suka fasha so dgn drama2 dia i tak tengok...huh over i ni kan? tapi suka tgk botak berlakon sejak dia berlakon drama jadi cucu eman manan hari tu..takpa lah nanti tgk kat tonton jee...

    so jiwa raga dah okay ke ni? :)

    ReplyDelete
  4. Rakyat Malaysia diperbodohkan tang scene bf Zila Bakarin kena cekup dengan polis. Bengong. Produser pemalas. Keja nak senang. Bangang. No quality. Serbu jumpa dadah jenis heroin yang sah sah boleh sangkut Seksyen 39B ADB 1952, lazimnya semua dalam premis dadah ditemui akan diangkut sekali ke balai.

    Lagi pulak sebelum tu, ada scene mamat tu ada pistol. Sebijik jek kereta peronda datang? Pembohong tul scene tu. Aku gelak nak mati tengok scene tu. Nasib tak mati.

    Pastu, betullah, ending citer Melayu tak thrill. Sama jek semua. Kalau sakit, tak abis abis sakit barah otak. Tak abis abis sakit jantung. Macam kat Malaysia ni takde sakit lain. Aku benci citer Melayu. Sori eh. Jangan butthurt.

    ReplyDelete
  5. Kakcik tengok drama tu semalam.

    Scene Pak Maun tu pun kakcik tengok dan memang dalam cerita itu, bab Pak maun menari yang paling kakcik suka. :)

    ReplyDelete
  6. Azie, kak rose jarang tengok drama ni, tp tang pak maun tu mmg x leh lepas la... kenapa sekarang ni x de yg cam pak maun tu kan?

    Al-Fatihah untuk arwah Pak Mahmud June

    ReplyDelete
  7. Salam kak Azie..

    Nida memang minat cerita2 Melayu ni.. tp bila Fasha Sandha berlakon kena fikir dua tiga kali nak tengok...

    p/s: baru selesai menonton telemovie Parit Jawa..

    ReplyDelete
  8. Salam Azie,

    Teringat dalam satu temubual di TV3...waktu tu hariraya, Johan Arif berkata...

    "Saya bukan ustaz...tapi baru nak start"

    ReplyDelete
  9. acu pun folo drama nie tiap2 minggu
    kalau terlepas kelam kabut cari kat tonton.com.my..hehehe

    ReplyDelete
  10. Ella tak tengok pun kak. Biasanya waktu mlm bizi dgn aktiviti. kalau tengok pun sebab tertengok jer. Tapi tak tengok betul2 pun tetap tau dari A sampai Z sbb tumpang dgr kwn2 cerita. Saya ni kdg2 ada gak "bizibodi". HIhihi.

    ReplyDelete
  11. aina tak pernah miss satu episode pun cerita ini, mengejutkan! selalunya mesti escape mana2 episode yg rasa mcm tak best. siap letak syarat selasa malam jgn kacau, no aktiviti luar...malam itu malam mama...hahahaa...

    ReplyDelete
  12. memang sweet penamat cerita tu.... paling sweet bila Aril simpan lagi bunga ros yg dia nak bagi tu sampai kering... so sweeetttttt!!!

    saya pun peminat drama mcm mokyang, lepas ni ada cerita baru pulak, minggu depan start... harap ceritanya sweet jugak!

    ReplyDelete
  13. Saya layan juga drama ni sebab emak Adam suka tengok sambil tukar2 channel dgn masterchef.

    ReplyDelete
  14. oo yg semalam tu kira dh abis eh..ala igt ade lagi citenye..

    ReplyDelete
  15. sempat jugak tgk malam tadi walaupun berebut rmte ngan anak....

    ReplyDelete
  16. lepas cinta elysa tengah gila tengok tentang dhia lak..huhuhu en suami kata tak habih2

    ReplyDelete
  17. tak menengok sangat citer kat tv la azie, so, tak de modal nak komen.

    tapi kasut si fasha tu memang lawa kan

    ReplyDelete
  18. saya minat botak. ayah saya minat botak.

    *

    tapi ayah saya minat betul sampai mak saya kecik hati. mungkin mak igt ayah tgk fasha kot? hahaha!!!

    ReplyDelete
  19. ZUL:
    Layan sekali la ya? Kes terpaksa. hahaha



    KAK ARIZAKIAH:
    Ending sangat cepat, kan? tapi seronok gak layan.

    ReplyDelete
  20. SANIAH:
    Sebenaqnya, I pun tak minat FASHA, tapi I tengok sebab drama tu boleh tahan gak best, dan nak tengok si BOTAK! hehehe



    HAZREY:
    Sungguh teliti kamu ya!

    ReplyDelete
  21. KAKCIK:
    Memang tak jemu kita nak menengok gelagat Pak MAUN tu kan?




    KAK ROSE:
    Saya pun tertanya juga. Sudah tiada lagi watak seperti Pak Maun tu. Agaknya orang muda tak sanggup. Watak Pak Maun tu pada saya, watak yang jujur.

    ReplyDelete
  22. NIDA:
    Kak Azie dah lama berhasrat nak tengok telemovie Parit Jawa tu. Sebab nak tengok lakunan hebat Ruminah Sidek dan Zahiril Adzim, serta Eman Manan!



    EELOBOR:
    Yeahhhhh...!

    ReplyDelete
  23. FARID:
    Wahhh... ya ker? Sedap nya baca statement dia gitu.



    ACU:
    Mungkinkah kerana terpengaruh nak tengok si BOTAK? hehehehe

    ReplyDelete
  24. KAKCHIK ELLA:
    Bizi kan bodi sendiri takpa. :)



    SUE:
    Tentulah. Tapi biasanya, nak sampai ke happy tu mesti ada part yang sentap, kan?

    ReplyDelete
  25. JUNAINA:
    Amboiii.. minat Johan BOTAK juga ya?



    DINA:
    Ya. Anak-anak Kak Azie pun gelak sebab dia simpan bunga ros yang kering. Si ELYSA pun sampai sanggup nak cium lagi bunga kering tu. Sweet!

    ReplyDelete
  26. YUNUS BADAWI:
    Baiknya Abang YB ni. Kadang2 saya tak bernasib baik, remote dikawal Bos jawabnya mengadap bola ler kami anak beranak. hehehe



    NAZZ:
    Terlepas kah?

    ReplyDelete
  27. MULUTPAYAU:
    Kalu berebut remote, lain kali beli remote sorang satu. hahahaha



    ZUWAIDAH:
    Siri drama Tentang Dhia tu lagi best rasanya. Sebab nak tengok Adi Putra! hehehehe

    ReplyDelete
  28. GADISBUNGA:
    Hahahahaha... kecik hati dan bergadoh yang sweet!

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails