JumAAt
16-12-2011
*Sekitar MPH Karnival di Midvalley,
8–12 Disember lalu.
Cerita penuh sebenarnya berterabur. Tak tahu nak sebut mana dulu, memandangkan aku merasa tiada satu pun yang penting untuk dikongsi melainkan hanya gambar yang tidaklah begitu bermakna pun pada orang lain (kecuali aku sorang...kot!)
Beberapa situasi:
Ramai antara kita tahu, sebelum kita mengenali katun-katun lain, kita sudah didedahkan dengan katun dari komik ini masa zaman sekolah rendah lagi, kan? Bagi golongan “vintage” macam kita (macam aku laarrr...) pasti teringat masa kita bergelak di serambi atau terguling ketawa di anjung rumah baca GILA-GILA!
Sapa boleh lupa ruangan Professor Serba Tahu? juga Lagak A.Mamud, Tiga Dara Pingitan, Jaafar “Kalau” Taib, From Taiping with Love... lagi apa? Aku Budak Minang? Dulu hanyak komik ini sahaja yang ada. Pun dengan cara tersendiri, kulit belakang boleh dilipat (Lipat Lepat, namanya) dan hasil lipatan membentuk gambar dan perkataan lain. Unik.
Bilik air yang cantik ini dalam Jusco dalam MidValley. Kami memang suka ke bilik air sini (tingkat 2) walaupun dalam dewan pameran juga ada toilet, kerana di sini sahaja surau paling dekat dengan dewan pameran. Surau lagi satu di LG, lagi la jauh pun dalam Jusco gak. Dan sentiasa sesak bila tiba waktu. Malang sekali dalam dewan pameran tiada surau.
Jarak booth dari pentas agak dekat, boleh nampak/dengar setiap acara. Snap ketika lewat petang, agak lengang. Sengaja snap sekali dengan bunting tentang Ustaz Azhar Idrus yang terkenal ini! Sapa yang pernah dengar ceramah Ustaz Azhar ni, mesti faham maksud aku.
AZRUL (Raja Lawak) yang menjadi host (Astro Education ker apa eh nama program dia?), sedang mengacara segmen untuk pelajar sekolah rendah. Kebetulan masa ni aku sedang melintas pentas untuk ke tingkat bawah.
Kebetulan, sepanjang 3 hari aku bertugas itu, pengurus booth ada urusan keluarga (anak sakit — moga segera sembuh), tidak dapat hadir sepenuh masa, maka aku ditugaskan menjaga booth dan mengendali budak promoter lain (kerana aku paling tua).
Aku sempat juga berkenalan dengan beberapa orang promoter lain di booth berhampiran (ini perkara biasa). Malah beberapa orang Urusetia MPH juga rajin bertegur sapa sambil bertanya masalah. Malah antara orang kuat pameran (Puan Saadiah) pun rajin bertanya dan menegur bila meronda sekitar booth atau aku bertembung di mana-mana pada waktu rehat. Terimakasih Puan Saadiah yang baik budi, bila saya berurusan untuk menambah pass masuk kerana ada antara kami tidak mendapat pass, jadi tidak dibenarkan masuk sebelum waktu lawatan. Puan Saadiah sedia bekerjasama dan tidak banyak soal memberikan pass lebih.
Ini bukan luka, malah memang disengajakan. Kerana tugas promoter juga termasuk menyusun buku dan mengedalikan stok, kertas/buku merupakan antara bahan tajam yang akan ‘makan tangan’ > tak faham takpa. Ya, tangan gemok tu tangan aku.
Tak sangka ada komen ini di entri sebelum:
Jadi aku tak pasti samada gambar berikut ini betul:
Memang aku nak masukkan gambar ini, dengan caption: Memupuk minat membaca di peringkat awal. Jika bukan anak-anak LIZA, sorry ya.
Kenangan manis:
Blogger ini, NURUL @ ZENNAYA. Datang dari Kuantan, berjalan-jalan dan masuk MPH Karnival sebab nak jumpa AA. Dia mengaku sebagai pembaca senyap. Terimakasih! Really appreciated it!
Ini lagi sorang:
SANIAH, blogger yang lately semakin seronok berblogging dan blog dia pun best sebab begitu jujur walaupun dia hanya surirumah, tapi aktiviti dia menyeronokkan.
Aku lupa nama kakak ini:
Beliau datang khas dari Ipoh semata-mata nak cari novel keluaran CESB. Yang best, kami punya minat yang sama. Suka novel heavy drama dan part paling best, dia juga peminat setia AL-TAHA. Sempat kami bercakap tentang novel SAGA yang best itu!
Ada seorang lagi pembeli, selepas borong banyak baru dia berbisik, “Ni Azieazah ker?”. Uik? Jika tak silap namanya, WAN NUR, dari Institut Bahasa (jika silap info, sori berlori). Dia juga mengaku silent reader blog “yang ingin kukongsi” dan part paling dia suka nak baca adalah kisah HISYAM dan SERI BULAN. Ahaks! (aku yang malu).
Ada seorang lagi pembeli, selepas borong banyak baru dia berbisik, “Ni Azieazah ker?”. Uik? Jika tak silap namanya, WAN NUR, dari Institut Bahasa (jika silap info, sori berlori). Dia juga mengaku silent reader blog “yang ingin kukongsi” dan part paling dia suka nak baca adalah kisah HISYAM dan SERI BULAN. Ahaks! (aku yang malu).
Sepanjang 3 hari bertugas, keluar rumah macam pegi pejabat tapi balik memang agak lewat malam. Sampai rumah nak dekat pukul 11 pm. Dan biasanya CHAK memang dah tidor.
Sekali malam tu, aku jumpa lukisan ini atas meja mekap aku. Ohhh... aku tahu dia nak tunjuk lukisan ni kat aku. Comot, tapi cantik di hati aku!
~...walau hairan tangga Teratak Nyatuh sudah tidak lagi kasar, tempayan air siram kaki sudah tidak berlumut lagi, dapur kayu sudah meninggi kayu apinya, HISYAM yakin itu sebagai satu tanda SERI BULAN begitu rela mengambil alih segala tugas remeh-sememeh itu demi mengambil hatinya sedangkan hati yang dicurinya itu belum lagi dikembalikan...!~
MAHARAM MAMAT itu apakah nama bloggernya?
ReplyDeleteKakcik ada kedua2 novel itu (tapi dah lupa jalan ceritanya). :)
seronok baca cerita akak ni.. terasa mcm berada di sana juga.. rindu juga pada komik gila2 yg lama.. mmg nostalgia.. mmg leka melayannya dulu..
ReplyDeletedulu peminat setia gila2 dan sezaman dgnnya
ReplyDeleteopnce gila2 dah abis..
layan kreko..
tak boleh lah bila ingat citer 3 dara pingitan..
noi,wawa,esah and jai.
Sy rs nak nanges! Rugi!
ReplyDeleterugiiinyaaaa!
ReplyDeletejakpa ada?
gambar atas sekali tu macam shaffeq je...?
Majalah Gila-Gila tu memang Lagenda lah kak. Saya dibesarkan dengan majalah ni, tiap tiap 2 minggu sekali abang saya akan beli, punyalah tinggi koleksi dia. Paling suka cerita Periwira Mat Gila yang pasal nyamuk tu. Cerita From Taiping With Love. 3 dara pingitan ... Lipat Lepat kat belakang sekali tu best gak...
ReplyDeleteSaya dah beli dah buku Ustaz Azhar tu, amat praktikal sekali bagi orang yang tak cukup ilmu akhirat macam saya ni.
Rasa seronoklah pulak baca pengalaman akan kat Pesta Buku ni yer, ruginyer lah tak pergi. Lagi seronok bila dapat tahu, ramai rupernyer secret admirer akak aku nih. hehehe
p/s: Sori laa, komen panjang berjela ;)
akak rasa macam dah penaaat sgt, tp tengokkan cara azie bekerja macam laaaagi penats hehe
ReplyDeletekerjalah dgn tekun dan ikhlas ya azie...ganjaran baik pasti sedia menanti....
tak sempat menjenguk pesta buku kat midvalley haritu....huhuuhuu... pesta buku 2012 nantilah kita jumpa ye mokyang
ReplyDeletesaya sendiri pun dah lupa bia kali terakhir membeli dan baca majalah Gila2 nih.... mula beralih alih selepas mula membeli keluaran pertama Ujang
ReplyDeleteAM d situ!
ReplyDeleteralitnya membaca tiap2 bait perkataan di sini
ReplyDeleteAA..sy beriye2 nk pegi tapi terpaksa kansel sebab takut bujet sy lari...kalau pegi sure bujet nk beli buku sekolah dh sy belikan novel...jadi jln selamat sy tk pegi..frust gak tapi nak buat mcm mana..
ReplyDeletekak azie,
ReplyDeleteya, mmg betul gambar sekumpulan kanak-kanak bersama belon2 tu adalah anak2 saya....terima kasih, they all sgt seronok tgk gambar masing2 ada kat blog nih....tq kak...
KAKCIK:
ReplyDeleteSaya tak berani nak buka rahsia la Kakcik. hehehe
HANIS AZLA:
Terimakasih kerana sudi membaca coretan dan bebelan Kak Azie. Komik tu macam serasi dengan jiwa Melayu kita, kan?
SIDRATUL MUNTAHA:
ReplyDeleteWahhhh minat juga ya. Betul lah. Segala ruangan dalam Gila-Gila tu semua best, kan?
FARA:
Alaaa jangan la nangis. Tak rugi pun.
GEDEK:
ReplyDeletePadan muka Bro! hehehehe
Dato’ Jaapar takda. I pun lama tak jumpa dia.
Yup itu memang SHAFFEQ.
ACIK MLMW:
Sama ler kita. Masa zaman sekolah dulu memang rajin membeli. Abang2 cukup marah bila Kak Azie baca sambil gelak sensorang. Hahahaha
Ustaz Azhar tu memang best ceramahnya. ACIK pernah dengar? Ohh best.
KAK QUEENIE:
ReplyDeleteKak, kalu lah saya boleh ceritakan keletihan saya, tak tahu la cemana. Dari pagi kul 9am, saya dah terpacak kat situ sampai kul 10pm. Balik sampai rumah kul 11pm. Kejar feeder bus, pastu kejar 2 LRT. Bayangkan saja cukuplah Kak.
DINA:
Takpa, nanti bila boleh juga berkunjung.
EELOBOR:
ReplyDeleteMasa zaman skulah dulu, ramai kengkawan lelaki pun minat dengan GG nih.
KHAIRIN:
AM = Ana Muslim kah?
Kak Azie memang tiap kali ada peluang mesti beli. Anak-anak kecik suka baca tuh.
ZUWAIDAH:
ReplyDeleteRalit tu sampai meleleh air liur kah? hehehehe
IDA NYANYISUNYI:
Betul tu. Kita mak-mak ni, bila masa nak buka sekolah terpaksa la korbankan minat sendiri. Lain masa boleh beli.
LIZAMURNI LOKMAN:
ReplyDeleteOhh betul la ya.
Seronok juga KakAzie pun tengok kanak-kanak ceria itu.
salam Azie,
ReplyDeleteGG tu memang tak boleh dilupakan...nostalgia zaman sekolah, pengubat stress...(konon2 tension gila sebab study hard)
FARID:
ReplyDeleteBaca komik utk release tension belajar, tapi peksa lulus cemerlang jugak kan? hehehee
Erkk..muka saya pon ade gak dlm blog akak? adoi malunya,lebaqnyer muka aku huhuhu Apepon mmg besh dpt jumpe Kak Azie :)Besaqnye aku,kena pi kuruskan bdn ni ahakkss
ReplyDeleteZENNAYA:
ReplyDeleteAlaaa itu kan sebagai kenangan manis. Tak kira ler cemana pun, kawan2 tetap happy bila bertemu kawan lain.
Thanks Nurul.