Monday, December 5, 2011

Walimatulurus yang serba PURPLE...

Assalamualaikum
Senin
05-12-2011



Ini cerita Sabtuday lalu. Menghadiri majlis menerima menantu. Seorang lagi kawan, rakan dan sahabat kami mengadakan kenduri. Anak sulung lak tu. Pasangan sahabat ini antara yang rapat dan mesra sekali dengan aku dan MyTOKLAKI, juga dengan begitu ramai sekali para sahabat yang lain.

Mereka berdua sering berperanan penting dalam arena persahabatan kami di KampungMMS, malah ramai sekali sering menganggap mereka ini seperti orang tua yang kita jarang dapat bermanja bila dah tinggal jauh dari keluarga. Malah beliau dipanggil ABAH dalam kalangan kami.

Aku dah agak pun kenduri ni mesti meriah, sementelah mereka ini sangat mesra dan hubungan rapat dengan jiran tetangga (ABAH ni Pengerusi blok perumahan polis, BTS, Sg Besi). Majlis diadakan secara gotong royong. Tak perlu katering. Memang tabik lah!

Dan seperti biasa, majlis sebeginilah, kami para sahabat lain, datang sambil ber‘reunion’. Ada yang lama sungguh tidak bertemu, lebih setahun pun ada. Inilah peluang untuk kembali bersua muka, bertanya khabar dan bersembang mesra.


Bahulu Ikan yang aku sebut dalam entri hari tu.


Acar Buah yang KAK ROS buat sendiri. Mak aii.. sedap.


Agar-agar Kering — kerana aku dah cukup manis, jadi rasa sekeping dua saja... hahahaha


Ini sebahagian yang sempat ditemui. Para suami di bahagian belakang. Ramai lagi ketika ini sedang makan. Maklum datang tak serentak.



Blogger ACIK MLMW pun datang dengan anak-anak. Sebelah aku tu Mak Pengantin.


Sedondon PURPLE tu, Bapa Pengantin.



Terimakasih ABAH dan KAK ROS. Selamat Pengantin Baru buat anakanda REDDUAN, moga kekal bahagia.



~...bagaikan tidak jemu pula SERI BULAN untuk meluahkan rasa teruja menyakat HISYAM tentang pelamin dan songket pengantin, agar didengar ramai dia juga berhasrat melihat lelaki itu bersanding tetapi HISYAM lebih tahu kata-kata SERI BULAN itu sebenarnya lebih menyakitkan mereka berdua....~





7 comments:

  1. ye ye saya ngaku...kak azie mmg manis. heheh~

    ReplyDelete
  2. SALAM,
    BAHULU PUN MACAM ADA IMBASAN WARNA PURPLE ! APAPUN, YANG KELUAR, TAK MUNGKIN PURPLE, YA AZIE ?

    ReplyDelete
  3. dlm byk2 kenduri, kenduri kwin saya paling suka pegi.

    ReplyDelete
  4. suker ler tuuuur
    purple sana purple sini hihi...

    azie mmg dah cukup sweet..
    bahaya kalau makan yg sweet sweet......

    ReplyDelete
  5. cuba buat tart kaler pepel, boleh tak?

    ReplyDelete
  6. Kak AA, apasal tak pakai Purple? Feberet kaler akak kan tu ;) Apa apa pun terubat rindu nak peluk akak ketat ketat. Hahahaha ...

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails