Sabtuday, malam
24-12-2011
Akhirnya aku dapat juga beli novel hasil karya dia. Teman blogger yang juga merupakan seorang novelis.
Lupakan sebentar tentang kaitan dia sebagai teman blogger. Kerana aku tidak mahu dilihat ulasan dalam entri ini dilihat sebagai “bias” atau membodek.
Aku menulis sesuatu komen atau pendapat tentang novel yang aku baca, atas posisi sebagai pembaca novel. Untuk menjadi pengkritik pun aku rasa belum layak. Terpulang bagaimana mereka (para novelis) menerima komen aku di setiap entri berlabel “novel”.
Aku menulis sesuatu komen atau pendapat tentang novel yang aku baca, atas posisi sebagai pembaca novel. Untuk menjadi pengkritik pun aku rasa belum layak. Terpulang bagaimana mereka (para novelis) menerima komen aku di setiap entri berlabel “novel”.
Takdir Fitrah Terindah, mengisahkan seorang gadis bernama Nur Fitrah. Seorang anak yang tidak diketahui siapa ibubapanya (sampai ke sudah tidak dapat diketahui). Dia anak terbuang, yang dijumpai di surau. Dalam ertikata lain, dia adalah bayi yang dibuang.
Lalu dia membesar dengan menumpang kasih sayang orang lain, keluarga orang lain dan kemudian merasakan ketumpangan itu sebagai sesuatu yang tidak patut dan rendah diri. Rendah diri yang menguasai dirinya sehingga rela membiarkan orang memperlakukan apa sahaja terhadap dirinya, sehingga sepupu sendiri merampas kekasih hati.
Lalu dia membesar dengan menumpang kasih sayang orang lain, keluarga orang lain dan kemudian merasakan ketumpangan itu sebagai sesuatu yang tidak patut dan rendah diri. Rendah diri yang menguasai dirinya sehingga rela membiarkan orang memperlakukan apa sahaja terhadap dirinya, sehingga sepupu sendiri merampas kekasih hati.
Suku pertama novel, aku mengaku agak boring sedikit, terasa lambat graf plot bergerak. Rasanya, konflik bermula bila dia dinikahkan separuh rela dengan anak lelaki kepada ibu angkatnya. Pernikahan tanpa mengenali siapa bakal suami.
Lalu kehidupan berumahtangga berlangsung dalam keadaan yang sangat memilukan. Bukan kerana dia dipukul atau didera, tetapi kerana perasaannya terseksa apabila melihat suami setiap hari tapi kehidupan mereka adalah pura-pura. Tidak sebilik, tidak bertegur sapa dan lebih parah, suami langsung tidak mempunyai sebarang perasaan terhadapnya. Seksa, kan?
Nur Fitrah lalu menyedari, dia jatuh hati pada suaminya, terlalu mencintai suaminya yang jarang tersenyum itu sehingga dia rela menarik diri dari ikatan perkahwinan itu. Baginya, itu adalah pengorbanan yang harus dilakukannya untuk melihat orang yang dicintainya berbahagia, walaupun bukan dengannya. Lalu mereka bercerai begitu mudah selepas 2 tahun. Dan Nur Fitrah menjadi janda berhias > ada yang tak faham maksud ‘janda berhias’?
Siapa boleh menolak takdir, bila beberapa tahun kemudian mereka bertemu semula dan lebih indah bila berada di bawah satu bumbung pejabat. Suami menjadi Big Bos yang tanpa disedari memendam rasa bersalah kerana melepaskan seorang isteri yang kemudian menjadi seorang lelaki yang kerinduan.
Dari situ, pelbagai usaha dicuba untuk mendekatkan diri semula dengan bekas isteri. Takdir terindah itu memang untuk Nur Fitrah dan Aiham Fakhri, bila kesabaran menanti kebahagiaan itu menghasilkan suatu ikatan yang lebih indah. Mereka kembali bernikah. Kali ini bukan lagi atas dasar pilihan ibunya, Aiham mengakui inilah pilihan hatinya sendiri.
Separuh novel sehingga ke ujung cerita, beberapa kali sebak membaca isi hati seorang gadis Nur Fitrah. Watak diceritakan secara “aku” dan perasaan itu jelas dapat dirasakan. Menyelami luahan hatinya yang dibendung begitu lama kerana rasa kasih dan cinta menggunung terhadap suami, susah nak hurai dengan kata-kata.
Nur Fitrah: “You tak kisah dengan kekurangan I tu?”
Aiham: “I terima you seadanya.”
“Fi, selama ini hidup I serba sempurna. Serba lengkap sehinggakan tiada ruang untuk I rasa kekurangan. Perkara itu yang membuatkan I tak boleh terima bila you terlalu merendah diri....”
“Semua tu buat I sedar yang I juga punya kekurangan. Sebagaimana I mahu you menerima segala kekurangan I. Kelebihan you menutupi kekurangan I. Sebab I mahu kita saling lengkap-melengkapi.”
Pengakhiran cerita sangat indah dan membahagiakan. Buat kita yang membaca berasa berdebar dan terlambung. Perkahwinan yang direstui keluarga, tentulah dapat dilayari dengan kegembiraan juga.
Gambaran watak tidak keterlaluan ditulis, malah tidak langsung disamakan dengan mana-mana watak pelakun Korea seperti dalam kebanyakan novel.
Novel ini sangat sesuai untuk semua, tidak kira muda tua kerana ia memberikan mesej yang sangat bernilai tentang anak-anak yang dibuang dan tentang perasaan mereka menghadapi kehidupan tanpa mengetahui asal-usul.
Gambaran watak tidak keterlaluan ditulis, malah tidak langsung disamakan dengan mana-mana watak pelakun Korea seperti dalam kebanyakan novel.
Novel ini sangat sesuai untuk semua, tidak kira muda tua kerana ia memberikan mesej yang sangat bernilai tentang anak-anak yang dibuang dan tentang perasaan mereka menghadapi kehidupan tanpa mengetahui asal-usul.
Cuma, aku membuat kesimpulan sendiri. AIHAM FAKHRI berwajah tenang, jarang senyum dan itu hampir sama dengan si lelaki wajah tenang yang seorang lagi itu; HISYAM...!
~...di saat musim mengetam hampir ke penghujung dan air sungai semakin cetek sehingga kolek tidak lagi selesa ke mudik, HISYAM baru menyedari belum sekali pun dia mempelawa SERI BULAN untuk mengejar layang-layang di bendang bersama-sama, lalu bila lopak selut mula melembab sudah terlambat untuk mereka mengait tali wau...~
bila aiham ala2 hisyam..
ReplyDeleteharus ayu cari buku tersebut
kak.. thanks a lot..
nak cari novel baru..
nggeggegege..
kak hanis azla.. tahniah ya
AYU:
ReplyDeleteYang hampir serupa adalah ketenangan dua lelaki itu. Begitu tenang walaupun dalam hati penuh getaran! hahaha
Kak Azie rasa, tak rugi beli. Ceritanya best!
Akak tak tau pulak yang Hanis Azla tu seorang novelis.....
ReplyDeleteAkak pun nak cari buku tu....
ARIZAKIAH:
ReplyDeleteBetul Kak. Novel tu best dan sesuai untuk dibaca semua peringkat.
Saya rekmen.
azie, kerana novel tu banyak air mata yg tumpah ya...
ReplyDeletenovel yg buat kak rose menangis banyak kali.... setiap kali membacanya..."do they hear you when you cry" kisah benar yg sangat trajis.... cer azie baca, pasti lagi banyak menangis nanti!
Assalamualaikum,
ReplyDeleteAcara cuci mata dari habuk ke ni?
....tangguh dulu baca semua novel buat masa ni hu huhu ----> hati sangat menderita tau!
KAK ROSE:
ReplyDeleteSaya baca setiap novel yang sesuai, menarik dan bermesej. Samada menangis banyak sikit, itu terpaksa lah terima. Agaknya saya memang dilahirkan sebagai orang yang kuat baca buku novel kot.
ANYSS:
Mata tak berabuk pun selalu gak basah. Cemana tuh? hehehe
Menderita kerana apa agaknya. Nanti gossip eh?
owh Hanis Azla tu novelis...emm baru tau, aku bukan pembaca novel. ..aku hanya pembaca blog.
ReplyDeletewei Azie! ....dok berangan nak ngail puyu ni kat kg Tlk Pial. pepagi esok....mai la.
Salam kak.. berdebar td saya baca tajuk entry.. ingatkan saya ada menguris perasaan akak dgn kata2 atau perlakuan saya di alam nyata.. rupa2nya ttg TFT.. he..he.. lega i, u.. serius!.. terima kasih atas review akak.. rasa berbesar hati bila akak menyukai TFT.. puas juga bila mesej yg ingin disampaikan sampai kepada pembaca.. terima kasih byk ye atas sokongan.. sebagai penulis baru, saya mmg mengharapkan teguran, kritikan juga komen2 yang membina utk memperbaiki kekurangan mutu penulisan saya untuk yg akan dtg andai ada rezeki nnt.. TQ kak azie..
ReplyDeleteKakcik dah pernah cari novel itu di kedai buku, tapi belum ketemu. :(
ReplyDeletetak tau pulak Hanis novelis...cargas nk pi cari buku tu :)
ReplyDeleteSalam AA
ReplyDeleteApa kaba? AA ni pandailah bercerita tertarik pulak, mama sebenarnya tak nak lagi baca novel...hehe tu la, AA ni pandai menarik....
jumpa lagi.
Sallam Azie,
ReplyDeleteSaya dulu pun peminat novel2, tapi lama dah pencen, nampak gaya nak kena mula semula ni...Munkin novel Hanis Azla will be the first lah.
the 1 st novel sya ' plastik ' kan ( balut ) cause i know i nk baca byk kali ...hihhi
Delete0
I ingat pun nk cari nk bg kat ank sedara...i dh tk reti nk bc buku conflict hidup ni...tak tau la pasai apa....dh tua kot i ni? Adoiiii....
ReplyDeletetapi buku cerita detektif conan blh je i layan... :) agaknya dh brumur ni suka crita2 ringan ja kot...
O ya..u taknk try buku melati jelita...AWAK SUKA SAYA TAK.....? Rasa best jugak tu
Azie dah citer sampai habis tak bestlah saya nak baca ... hehehe
ReplyDeleteSaya sedang tunggu emak Adam habis membaca Ombak Rindu sbb lepas tu saya pula nak baca novel tu ... ngeeeee
ni lgi syahdu dri OR ...
DeletePCL:
ReplyDeleteMemang ramai belum tahu HANIS tu novelis. Tapi kini ramai dah tahu, sama-sama ler kita memberikan sokongan!
Wehhhhh Telok Pial tu memang ler dekat dgn kampung Kak Azie. Jelessss...!
HANIS AZLA:
Kak Azie pasti menyokong dan mengkritik wpun nanti penulis itu kawan baik sendiri. Tanpa kritikan, susah nak memperbaiki kan.
All the best to HANIS!
KAKCIK:
ReplyDeleteMemang dah lama saya cari sebenarnya, baru saya jumpa di MPH Jusco. Itupun tinggal satu, dah terbuka plastiknya. Saya beli jugak!
CIKINTO:
Memang dia seorang penulis novel bersama Alaf21. Memang elok baca, sebab best!
MAMA JU:
ReplyDeleteapa khabar? Lama tak nampak.
Saya cuba menulis dengan jujur Kak, supaya kita sama-sama mendapat info yang baik.
LIPIS LADY:
Sebagai sokongan, saya sokong Akak beli novel HANIS ini!
SANIAH:
ReplyDeleteElok juga U beli untuk anak sedara atau untuk diri sendiri gak.
Citer Conan? I pun layan gak! hehehehe
Novel Melur Jelita?
I dah buat pun review dan entrinya pada 9 November lalu lagi. U tertinggal kot.
“Awak Suka Saya Tak?”
YUNUS BADAWI:
ReplyDeleteSaya citer sikit jer tu bang. Kalu citer semua, mau jadi 3 hari 3 malam entri ni. hhehehehe
teruja bila baca review dari akak. Sama dgn kakcik, dah dua tiga kali cari di kedai buku Novel Hanis tapi tak jumpa lagi...huhu
ReplyDeletekak azie,mcm best je citer tu berdasarkan kak Azie review tu. Nak cari la kat kedai buku. saya memang suka baca novel yg watak lelakinya bukan mcm pelakon KOREA ;)
ReplyDeletehmmm...teruja nak membeli..hahah thanks...
ReplyDeletehmmm...teruja nak membeli..hahah thanks...
ReplyDeleteSangat menderita kena TUNDA baca banyak novel hu hu hu
ReplyDeleteSalam AA
ReplyDeletepertama kali masuk ke rumah hanis azla..tahu dia penulis novel..tapi berlum ada niat nak cari novel dia..bila baca entry AA pasa novel hanis ni rasa tertarik pulak..
nantilah cari kat kedai buku bawah opis ni ada tak...
seronok gak bila baca novel yg kita dh kenal tuannya kan...
YUS:
ReplyDeleteTidak tahu kenapa novel dia susah nak dapat. Kak Azie pun dapat naskhah terakhir di MPH Jusco. Agaknya dah habis di jual dan sekarang tunggu cetakan baru.
ZENNAYA:
Novel ini tiada langsung watak dibandingkan atau disamakan dengan mana2 watak pelakon Korea.
EZZA:
Teruja dan terus la beli.
ANYSS:
ReplyDeleteAmboiii sampai menderita sakan dia eh? Kesian
IDA NYANYISUNYI:
Elok mencuba beli dan baca. Ada mesej tentang pembuangan bayi dan perasaan insan yang pernah dibuang dan tidak diketahui ibubapanya.
sy suka la baca review kak azie...tetiba rasa cam sedih kat part2 tertentu...sy ni mmg hati tisu skit...mudah tersentuh pastu mulalah menitik air mata...hehe...tapi ending cerita ni pun happy, wlpun pd mulanya aiham tak cintakan fitrah. thanks for review ;)
ReplyDeleteFATT:
ReplyDeleteBenar, pada mulanya, Kak Azie sendiri beberapa kali menangis baca novel ini. Menyelami perasaan seorang suami yang merindukan isteri sendiri. Macam gila talak tapi setiap perlakuan dia nampak teratur dan berbaloi pula.
setuju bebenoo
Deletenak cari!!!! and nak signature kak hanis!!!
ReplyDeletesya dh dpt......siap sain segala dn pos laju lgi dr cik writer ...hihhi jgn jelezzz
DeleteGADISBUNGA:
ReplyDeleteKak Azie pun nak minta HANIS signature spesel untuk buku tuh!