Saturday, December 3, 2011

MPH Karnival 2011: Tawaran sudah datang...

Assalamualaikum
JumAAt
02-12-2011


Siang tadi, SHIELA anak perempuan Dato’ Jaafar (Kalau) Taib, call.

Membawa tawaran untuk menjadi promoter CESB (akan menjadi rekod aku kali ke-5 dengan CESB) di MPH Karnival di Mid Valley bermula 8–12 Disember akan datang.



Dah hampir setahun meninggalkan kerja promote buku ni selepas Pesta Buku Antarabangsa sudah lama selesai.

Tarikh karnival bermula pada hari bekerja. Susah tu nak apply cuti. Tapi tawaran itu sangat menarik dan mengujakan untuk dilepaskan.

Tiada keputusan dapat dibuat dalam masa terdekat. Kerana sepanjang minggu hadapan ada banyak program dirancang termasuk urusan pindah MyBONDA dari kampung ke KL.

Next week baru dapat bagi keputusan. Apapun terimakasih atas tawaran itu.

Dalam setengah-setengah keadaan, nilai luaran sesuatu penghargaan ke atas kebolehan kita tidak dapat disebut harganya, juga tidak dapat diletak aras ratingnya, tetapi ikatan jiwa yang terjalin membuat kita kadang-kadang lupa tentang ringgit malah melihat penglibatan kita itu lebih bermakna.

Kenangan:

Bersama novelis Put3 IMANIESYA dan “ABBY” EBRIZA AMINUDDIN.
Pesta Buku 2011.





~...setiap kali Pak Utih membuka mulut untuk mencari barisan orang muda bagi menjadi ahli pelapis kumpulan kompang, SERI BULAN sering cuba menolak HISYAM ke depan menyahut cabaran, tetapi lelaki itu akan segera berpaling ke belakang kerana dia tidak pernah kenal kompang kulit kambing melainkan hanya mahir mengetuk gendang yang didakwa dari kulit kuda...~







15 comments:

  1. Zureen mesti nak pergi ni..lebih seronok bila dapat bawa anak-anak bersama nanti..

    ReplyDelete
  2. GEEDEK:
    Yup. Dia dapat baby boy!




    ZUREEN:
    Sila Zureen. Elok tu, sebab ada bahagian untuk buku kanak-kanak dan education juga.

    ReplyDelete
  3. kalau anak dara tu tau sure dia agak abah dia pergi memborong ni hehe

    ReplyDelete
  4. arghh..

    pesta buku dah bermula lagi?

    ReplyDelete
  5. Kakcik suka Pesta Buku... tapi, mungkin tidak berkesempatan untuk pergi. 8-9 akan berada di Utara. 10-11 pula ada urusan keluarga. 12 itu hari kerja, kan? :(

    ReplyDelete
  6. ZINO:
    Bak mai nomot tepon anak dara tuh! nak habaq kat dia! hehehehe



    KAK QUEENIE:
    Ini lebih kurang macam Pesta Buku jugak lah. Tapi anjuran MPH, antara bookstore terbesar di negara kita.

    ReplyDelete
  7. AYU:
    Yesss.... jauh dari rumah AYU. Mai la pindah sini. hehehe



    KAKCIK:
    Saya pun patut 10,11 tu kena berada di Penang uruskan barang pindah mak saya. Tapi tengah dok ejas nih...

    ReplyDelete
  8. Bolehlah jumpa Azie kat sana ye..

    Insyaallah...

    ReplyDelete
  9. pesta buku dah mule ke ..
    hurmm x sampai kesini layie nie :)

    ReplyDelete
  10. Mmg nk turun KL next week n nak pi Karnival MPH ni. Klu Kak Azie,jd promoter dptla kita jupe secara live. Kena siap2 bwk kamera nk snap gambar dgn Kak Azie. Jauh mai dari Kuantan ni. Boleh x Kak Azie? :)

    ReplyDelete
  11. ..jadi bagaimana dgn tawaran itu akak AA?

    ReplyDelete
  12. CUTEOVEN:
    InsyaAllah. tak berani nak janji sebab belum buat keputusan lagi.




    IEDA:
    Kak Aziepun tak pernah lagi pegi MPH Karnival.

    ReplyDelete
  13. ZENNAYA:
    Ehhh nak beli buku ker nak dating nih? hehehehe.. Sila, sila. Takda masalah.



    FATIN MRAZ:
    Belum contact semula lagi. Monday la kot baru call bagi jawapan.

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails