Thalatha
27-12-2011
Misi masak Sup Ayam ciptaan sendiri dah selamat dilaksanakan tadi petang. Semua orang makan. Resipi biasa-biasa, tapi banyak ikut teknik MyArwah Ayah. Tumis ayam dengan rempah ratus. Tak perlu sup bunjut beli pun. Halia ketuk jangan lupa > Abaikan jika tak faham. Aku tak pandai olah bahasa resepi.
Aku minat drama. Walaupun kena pilih-pilih. Sabtu lepas, sempat tonton cerekarama TV3 tajuk Ajaibnya Cinta, arahan Erma Fatima. Drama santai ringan komedi lakunan Johan “BOTAK” Asari dan Umie Aida. Kisah cinta seorang lelaki muda dengan seorang janda yang ada anak dara. Anak dara pun tu pun jatuh chenta pada lelaki yang sama. Parahhh!
Drama tu best sebab, ada banyak lagu Hindustan. Berangan skit, nyanyi. Bila Johan luah perasaan jer, mesti ada background muzik suara kambing mengembek! hahahaha.
Lagu tema, “Siapa Pernah Jatuh Cinta”. Lagu dari filem Bobby pun banyak. Adehh tak tahan nak gelak!
Lagu tema, “Siapa Pernah Jatuh Cinta”. Lagu dari filem Bobby pun banyak. Adehh tak tahan nak gelak!
Aku nak upload gambar, tapi memory card meragam so aku dah format semua!
Johan yang berlakun sebagai pemuda kaki curi di kampung, akhirnya insaf dan bekerja dengan Puan Fatin. Dan depa jatuh chenta! Gambar 2 keping ni snap dengan hp. Rajin kan aku?
Comelnya depa bersanding pakai songket PURPLE! Tapi scene berkahwin dan bersanding ni hanya ditunjuk pada montaj penutup drama sahaja.
2,3 minggu kebelakangan ni, aku layan drama di TV9, Karma, arahan Erma Fatima juga. Drama tema berat, kisah seorang artis wanita muda cantik, bercinta dengan seorang Tan Sri yang sudah berkeluarga. Ada isteri dan anak-anak yang sudah dewasa. Tentulah hubungan ini dilihat sumbang dan banyak kata nista, sukar diterima masyarakat apalagi keluarga Tan Sri itu sendiri.
Perkahwinan terjadi juga, tetapi Tan Sri meninggal kerana barah. Dan konflik Karmila bermula kerana kehidupan selepas kahwin (wpun dia bercinta begitu ikhlas dengan Tan Sri) kerana madunya tidak langsung boleh menerima. Adatlah tu, kan?
Drama tu menarik kerana ada mesej yang hendak disampaikan. Mana mungkin anak lelaki Tan Sri tu tetiba jatuh cinta pada ibu tirinya yang sudah menjadi balu. Itulah yang terjadi. Aaron Aziz menjadi anak Tan Sri yang begitu prihatin terhadap ibu tirinya sehingga ada konflik dengan ibu kandung sendiri.
Cuma aku kurang minat bila Aaron berlakun so innocent macam tu.
Aku lebih berminat nak tengok pelakon tampan kacak tapi jadi crook! Nampak hebat!
Benarlah kata orang, makcik-makcik memang suka tengok drama!
~...bila Pak Utih sendiri secara gurau pernah berkata dengan niat menyakat HISYAM, dia sendiri suka merenung tenung menung melihat wajah SERI BULAN, HISYAM tidak tahu sama ada hendak percaya atau terpedaya kerana mana mungkin orang tua itu tetiba buang tebiat...~
saya masih setia menunggu citer tentang dhia tiap petang...hehehehe
ReplyDeleteMAMASYAZA:
ReplyDeleteKami pun layan gak. Tapi selalu kena jerkah, oleh Bos sebab maghrib ke mana, mandi ke mana...:)
Kakcik tak dapat mengelak dari memikirkan bahawa drama KARMA itu sedikit sebanyak adalah dari kisah hidup sebenar Ziela sendiri.
ReplyDeletekak..la ni cite memang byk2 best kan..heheh..
ReplyDeletebestnye sup tu..:)
KAKCIK:
ReplyDeleteSaya sokongan pendapat Kakcik. Ada persamaan. Tapi watak dia bertudung amatlah tidak sesuai menjadi seorang Puan Sri yang ada skandal dgn lelaki muda, gigolo sehingga ditangkap khalwat.
Kalu watak dibawa oleh yang tidak bertudung, mungkin tidak IRONI sangat!
CIK CERIA:
ReplyDeleteBetul. Kita sendiri sampai tak tau nak pilih mana satu drama nak tengok.
baru sempat tonton KARMA sekali! tu pun cara kebetulan..
ReplyDeleteacu pun layan gak drama karma nie
ReplyDeletemenarik