JumAAt, malam
23-12-2011
Rabu semalam, aku dan MyTOLAKI ke Puchong, menguruskan pemindahan set meja makan yang aku beli dari blogger WANI IBU MUDA — yang telah berpindah kerana bertugas dengan HOTfm Kelantan — dan dihantar ke rumah MyBONDA yang kini bermastautin di KL.
MyBONDA membuat keputusan untuk tinggal bersama MyAdik Bongsu yang telah balik ke Malaysia setelah berbelas tahun berada di luar negara.
MyAdik Bongsu menyewa di Jinjang Utara. Aku lupa nama taman perumahan tu. Bak kata MyTOKLAKI, nama omputeh. “Fadason Avenue” ker? Lupa plak aku.
Dari rumah WANI di Puchong ke Jinjang, jauh sampai aku sempat terlelap dalam lori. Kami pergi bertiga sahaja termasuk si drebar lori sewa.
Aku bawa Gulai Puyu (beli di Pudu) dan durian yang kami bawak balik dari kebun kawan Kakcik Seroja tempohari.
MyBONDA membuat keputusan untuk tinggal bersama MyAdik Bongsu yang telah balik ke Malaysia setelah berbelas tahun berada di luar negara.
MyAdik Bongsu menyewa di Jinjang Utara. Aku lupa nama taman perumahan tu. Bak kata MyTOKLAKI, nama omputeh. “Fadason Avenue” ker? Lupa plak aku.
Dari rumah WANI di Puchong ke Jinjang, jauh sampai aku sempat terlelap dalam lori. Kami pergi bertiga sahaja termasuk si drebar lori sewa.
Aku bawa Gulai Puyu (beli di Pudu) dan durian yang kami bawak balik dari kebun kawan Kakcik Seroja tempohari.
Aku sempat snap almari/gobok lama nih. Walaupun sudah bercat gris, tapi almari ini memang sudah uzur. Terkejut aku sebab dia sanggup soh angkut juga almari ni dari kampung. Semua barang-barang penuh 1 lori besar, diangkut dari Penang dan Parit Buntar. Pun diuruskan juga oleh MyTOKLAKI. Aku nak ikut time tu, tapi terikat tugas di MPH Karnival.
Almari ni aku rasa dah berusia lebih 40 tahun la. Sebab aku lahir jer, nampak almari ni dah ada. Kat kampung dulu, dia simpan ‘baju-baju berjalan’ dia. Agaknya kali ini dia buat almari kasut kot. Aku tak buka la pulak. Nostalgia almari ni. Bahagian atas sebenarnya ada cermin dengan laci kecik sebesar tapak tangan di kiri kanan. Kini dah terpisah mungkin dah patah.
MyAnak Menakan, CIKINTO pun ada snap frame ni di entri dia. Cucu MyBONDA yang berdiri di sebelah dia tu, sekarang dah berumur 19 tahun!
Sapa sangka, tiba-tiba pula MyBONDA boleh menjadi warga Kuala Lumpur. Sedangkan dia, lebih separuh usianya hanya di kampung dan paling jauh pun tinggal di Penang dulu selama 4 tahun. Bila dah dekat, terasa macam nak pi rumah dia tiap hari.
Aku harap dia selesa dan bahagia walaupun tinggal di tengah kotaraya, dan sentiasa gembira walaupun rumah di tingkat 5...!
~....membuat keputusan untuk menjadi warga Kampung Separuh Desa, menjadi pemastautin tetap Teratak Nyatuh walaupun menjadi pilihan terakhir kini tidak lagi menjadi keputusan yang patut disesalkan selagi HISYAM terus setia menjadi pelindung SERI BULAN...~
Assalamualaikum,
ReplyDeleteIkan puyu besau gitu? Goreng pun sodapp!
Assalam AA..sedapnya ikan puyu masak lomak cili api letak asam nya air limau kasturi..
ReplyDeletegobok lama itu bape umo dia?
ReplyDeletebesarnya ikan puyu. tak pernah mkn mcm ni...
ReplyDeleteYa, harap2 mak azie betah duduk lama di KL. InsyaAllah.
ReplyDeleteTiada yang dapat menggambarkan betapa rindunya telah terlerai dan waktu yang terbuang selama 15 tahun itu ingin dimanfaatkan sepenuhnya...
ReplyDeleteehh..cikinto tu anak menakan u ke??? masyallahhh..
ReplyDeleteayu suka..
ReplyDeletesebab bonda kak sanggup berpindah bila adik kak kembali semula..
sklurangnya kak azie makin dekat dgn bonda.. kan
gulai ikan puyu, sedap tu akak
ReplyDeleteYAN:
ReplyDeleteYa, blogger CIKINTO tu anak kakak I. I selalu sebut MyAnak Menakan. hehehehe
tapi kami macam kawan-kawan jer!
Nampak sedap gulai tuh..terliur disini..
ReplyDeleteMudah2an Bonda AA serasi tinggal di kotaraaya yg penuh hiruk pikuk ini...
ReplyDeletelama tak mkn ikan puyu tu..huhu
ReplyDeletealmari tu mesti ada sentimental value bg bonda akak..tu yg diangkut sekali..sayang tuu
wei! gulai puyu tu...kebetulan pcl ada kt kpg Teluk Pial ni....(hang mesti tau lah azie...try tanya toklaki) bole ngail. ...haaa siyoknya.
ReplyDelete