Tuesday, February 28, 2012

Baju Dayang Senandung ni dah siap!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
28-02-2012


Ada kalendar tanda 9 Mac cuti skulah. Tapi itu hari Jumaat. Atau 10 Mac Sabtu tu start cuti? Para cikgu, sapa boleh sahkan?

Jika Jumaat 9/3 tu dah cuti, boleh lah aku plan cuti untuk balik awal ke kampung.

2 minggu lepas, MyKak Yang datang KL uruskan edar kad kahwin. Langsung bawa kain untuk dibuat baju “sedondon” pihak pengantin perempuan.

Tema depa kali ini — pilihan pengantin pompuan sendiri — Konsep Melayu Lama/Songket. Mesti menarik tuh.


Warna kuning bakal dipadankan dengan selempang songket or something yang similar. Aku belum tengok lagi kain selempangnya.

Mula-mula aku plan nak guna kain batik sarung, letak atas kepala macam dalam filem Melayu dolu-dolu. Itupun menarik gak kan? Tapi agak remeh dan leceh gak jika dalam majlis kita sibuk nak urus itu ini. Kang tak pasal-pasal kain batik sarung asyik terlondeh jer.

Seronok juga eh, sekarang kenuri kahwin sudah ada tema dan konsep segala bagai. Banyak beza dengan kenuri zaman dolu-dolu. Yang dolunya, banyak main belasah jer. Asal pengantin warna sama kaler, dah kira hebat dah tuh.

Cuma aku tengok, sudah kurang pengantin nak pakai songket sedondon penuh. Mungkin fabrik yang panas tuh kurang sesuai jika dibawa bersanding di tengah laman or dewan. Kang tergaru-garu plak kegatalan. Hehehehe


*terkenang: tangan sejuk gigil bila tiba-tiba kena paksa bersanding di tengah laman depan “Geng Kedehog” @ Mentara!. Cisss.....!






~...ntah malang ntah nasib kurang baik, malam berinai teruna-dara di sebelah baruh dimeriahkan juga dengan hujan lebat lengkap kilat menyabung dan guruh berdentum lalu HISYAM terasa hendak bermalam saja di danau menunggu durian, tetapi SERI BULAN segera beramaran: “jangan sampai kisah Taruna, Dara & Aduka dari Kg Semerah Padi” berulang pula di Kampung Separuh Desa...~







16 comments:

  1. Kakcik nak buat tema 'awan nano' - macam yang Hafiz pakai masa AJL26 tempohari - senang nak buat kerja.

    hehehe...

    ReplyDelete
  2. betul kata kakcik tu. Sesuai untuk jadi tuakng basuh pinggan.
    Kaler kuning... ermm memang menarik

    ReplyDelete
  3. Balik kpg mana Kak zie...pakaian kuning mmg nampak Bersih sangat..huhu.

    ps..geng gedohok ada lagi ka la nih?

    ReplyDelete
  4. Tradisi Melayu banyak dah dilupa. Mesti cantik selempang dgn songket. Tukang cuci pinggan kena hati-hatilah sikit...

    ReplyDelete
  5. saya pernah tgk, pengantin nikah pakai baju (songket bunga tabur)kuning diraja mcm ni, sedondon dengan suami....memang nice sgt.

    ReplyDelete
  6. wah!.... kuning di raja...mesti menarik tu nanti...dari jauh dah nampak ahli keluarga pengantin

    ReplyDelete
  7. sy tak pernah ade baju warna kuning... hhahaha...

    ReplyDelete
  8. Salam Azie...

    Warisan budaya cantik di pandang
    Ayu di mata... I like..!

    Kakya pun kalau Bujang ai ckp jek nak kawen..

    Pasti meluru terjah negeri penyu.. :)

    ReplyDelete
  9. pandai azie menjahit ..
    kemahiran nie banyak bagusnya kan ..

    ReplyDelete
  10. KAKCIK:
    Saya pun sama macam Kakcik. Saya selalu pakai cenggitu lah. Sampai leka tetamu dah penuh. Mak saya selalu marah saya pakai selekeh. hehehehe



    KAK SAM:
    Kali ini kita ikut la tema. Mengikut majoriti. Biar nampak sedondon. Sejati dan sejiwa suatu keluarga.

    ReplyDelete
  11. PCL:
    Balik Taman Damai, Parit Buntaq PCL. Kenduri di dewan. Dah takda geng kedehoq la ni. Zaman Kak Azie dulu ada lerr...



    KAK ZAKIE:
    Rasanya kami dapat ler melaram kali ini. Sebab semuanya dibuat di dewan dan katering.

    ReplyDelete
  12. NAJWA:
    Wahh... memang cantik tu kain songket bunga tabur. Tapi haruslah fabriknya yang baik dan selesa. Tak merenyam bila panas.



    ACIK:
    Pilihan pengantin kali ini memang nak kuning diraja.

    ReplyDelete
  13. MUNNA:
    Itulah antara sebab kebanyakan majlis kenduri, di mana kaum keluarga akan pakai sedondon. Untuk nampak berbeza dan eksklusif.



    MAMA MAMAN:
    Kak Azie pun tak banyak. Kuning berbunga jer, yang plain camnih, memang tak pernah ada lagi.

    ReplyDelete
  14. DERU OMBAK:
    Kak Ya, memang saya pun dengar songket terbaik tentulah dari Terengganu. Saya pun suka.



    IEDA:
    Lupa nak sebut, Kak Azie tempah dengan orang. Kak Azie dah ilang skill menjahit bertahun dulu.



    GEDEK!:
    Tahu Pakcik. Tahuuu.

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails