السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
JumAAt
24-02-2012
JumAAt
24-02-2012
Persahabatan adalah suatu dunia dalam konteks sosial kehidupan kita. Tanpa sahabat kita tidak akan tahu kita ini kawan yang baik atau sebaliknya. Tanpa sahabat kita tidak dapat membuat perbandingan or pertimbangan sebelum membuat keputusan. Malah perbincangan dengan orang yang bernama sahabat selalunya memberikan kita lebih dari satu keputusan atau idea. Samada melaksanakannya atau tidak, terpulang pada keputusan bijak sendiri.
Pernah dengar “kera sumbang” kan? Orang yang tak suka berkawan tak bercampur masyarakat. Samada disisihkan atau menyisih sendiri, gelaran itu tetap membawa makna yang sama.
Dunia hari ini, bersahabat semakin luas lagi subjektif. Ada orang lebih rela bersahabat dengan komputer dia jer. Kawan maya dia beribu seluruh dunia. Atau berkawan dengan adik beradik dia saja, sebab kurang percaya pada orang luar. Terpulang kita mendefinasikan sahabat. Samada nak rapat serapatnya, atau biasa-biasa saja. Tiada langsung bersalahan.
Ada sahabat bukan semestinya nak kongsi semua benda pun, kan? Dan dengan pasangan kita pun, ada beberapa perkara terpencil yang kita lebih selesa bercerita dengan sahabat kita pula. Ini biasa.
Entri apa ni?
Sekadar penghargaan kerana aku memang ada ramai sekali kawan-kawan di luar sana. Samada rapat atau tak rapat atau dah bertahun tak contact, anda semua memang kawan aku. Samada korang ada buat silap atau “jahat” di mana-mana itu bukan tanda korang tak boleh terus jadi kawan aku. Apa yang menjadi sifat dan tabiat, hak masing-masing. Selagi tidak menjadi susah atau menjatuh maruah kita bersama, teruskan saja persahabatan biasa. Tak susah, kan?
Percanggahan pendapat dan perbezaan taraf dan warna kulit kita, bukan menjamin keselesaan perbualan. Walaupun ada segelintir orang masa time sembang suka pandang atas bawah, belek depan belakang dan topik meleset menjadi “lawa baju U.... cantik gelang U... etc. etc.”
Percanggahan pendapat dan perbezaan taraf dan warna kulit kita, bukan menjamin keselesaan perbualan. Walaupun ada segelintir orang masa time sembang suka pandang atas bawah, belek depan belakang dan topik meleset menjadi “lawa baju U.... cantik gelang U... etc. etc.”
Yang pasti kawan-kawan aku memang baik-baik belaka. Baik dalam kelas dan attitude yang tersendiri. Terimakasih kerana selalu menceriakan hari-hari aku, dan menyokong dalam cara yang tersendiri yang aku sendiri saja tahu dan rasa.
Andai sorang dua yang merasa tidak selesa dan tak mahu lagi berkawan dengan aku, langsung tidak menjadi masalah. Aku hormati pendirian setiap orang.
~...HISYAM: “maafkan saya kerana kali ini tidak dapat meneman pulang, ada urusan di sebelah baruh. Kawan, kawan juga.”
SERI BULAN: “It’s okeh, saya faham. Kerana kawan, kawan jugalah saya tak mahu menyusahkan kawan.”...~
SERI BULAN: “It’s okeh, saya faham. Kerana kawan, kawan jugalah saya tak mahu menyusahkan kawan.”...~
assalamualaikum kak
ReplyDeletesahabat yang menghargai sahabat adalah orang yang sentiasa berperasangka baik terhadap sahabat
biar pun dia tahu ada di antara sahabat tu adalah dari jenis talam dua muka
I tetap kawan/sahabat u tau....puan azieazah... :)
ReplyDeleteDulu kakcik rajin juga hantar info ke KLFM. Tapi bertahun dululah... kakcik guna nick WLH8360 (no kereta Unser yang kami guna waktu itu).
ReplyDeleteKita tetap kawan walau tak kerap bertanya khabar, kan? :)
salam dari saya...sahabat di talian maya :)
ReplyDeleteBaru 'terkena' dengan seorang sahabat yang rupanya jahat. Sedang berkira-kira mahu terus bersahabat atau 'menceraikannya'
ReplyDeleteSANIAH:
ReplyDeleteTerimakasih.
U memang tetap kawan I, wpun antara kita tak pernah contact. Jumpa sekali, dalam blog berkali kali tapi nombor telefon tak pernah beri memberi. Takda masalah pun, kan?
KAKCIK:
Kalu Kakcik guna nama Kakcik SEROJA, mesti sampai skang saya ingat. hehehe
KARUKORD JAGAU:
ReplyDeleteTerimakasih. I rasa U ni orang Banjar juga la... betul kah?
CHE MID:
Jika terkena itu adalah ujian dan dugaan kecekalan. Jangan difikirkan sangat.
Hi Azieazah, I your kawan....Kawan jauh. Boleh, kan?
ReplyDeleteAlways your friend,
Lee.
UNCLE LEE:
ReplyDeleteHello Uncle!
Yeahhh U memang kawan I jugak!
Thanks Uncle!
seronok berkawan2 di alam maya
ReplyDeletesambil x lupe batas2nya ..
insyaallah silaturrahim disini kekal sehingga bila2 .. ;)
biarlah kita jadi kawan yg serbaboleh dalam susah dan senang kan
ReplyDeletesaya selalu kesini
ReplyDeleteIEDA:
ReplyDeleteInsyaAllah. Kita mudahkan jangan sulitkan. Persahabatan bukan untuk dipersendakan.
AKU BUDAK KLANG:
...dan membantu seadanya. Ikut mana mampu, Mungkin hanya pendapat, ilmu ataupun doa.
PANGLIMA MUDA:
Terimakasih. Saya tahu.
tak kontek tak semestinye tak berkawan kan? :D
ReplyDeleteSuka entri ini.
ReplyDeleteSaya suka berkawan, interpretasi seseorang pasti berlainan tetapi saya terima seadanya.
Terima kasih menerima saya sbg sahabat.
GADISBUNGA:
ReplyDeleteStatement tu ringkas, tapi sangat menyeluruh. Setuju.
LIZA:
Berkawan seadanya. Ikhlas menerima apa saja yg ada pada diri kawan kita. Jangan cerewet sangat. Mudah kan?
Sama-sama kasih.
err.. nak kawan jugakk... hehehe
ReplyDeleteEJA:
ReplyDeleteAjak kawan bisa saja. Jangan ajak kawin. hehehehe
KASIH IBU:
ReplyDeleteSori Berlori, U komen pertama tapi I baru jumpa komen U dlm spam.
Sahabat yang bermuka-muka biasanya tak kekal lama menjadi sahbat kepada orang lain pula.
hahaha... sy penah di labelkan 'kera sumbang' hahaha... kisah dulu2... tp sy hadapinya sebaik yg mungkin... sapa kita nak tunduk kehendak org sedangkan kita sendiri ada kemahuan berbeza kannnn..:)
ReplyDeleteMAMA MAMAN:
ReplyDeleteSelagi kita yakin dengan diri kita, jaga prinsip dan pendirian, suatu hari pasti orang akan hormati kita.
komen saya sama mcm komen gadis bunga...
ReplyDelete