Friday, February 10, 2012

Masuk Reality Show, Kena Kurus? Yeaaah Dunia Ini Memang Kejam!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
JumAAt
10-02-2012



Aku dah lama perasan tentang rancangan Reality Show terbaru Astro, “On-AIR” yang mencari pengacara tv @ personality tv.

Ketua Juri adalah pengacara yang tidak asing lagi, Aznil Hj Nawawi, di samping orang lama lagi berpengalaman, Suhaimi Sulaiman dan Dang Suria Zainuddin.



Biasanya rancangan reality sebegini, part ujibakat yang syok ditengok. Ada yang lucu mencuit hati, ada part sedih dan ada part yang mengagumkan. Bila tengok yang tak berbakat tapi tetap mencuba, ada yang begitu yakin dengan bakat... malah ada yang begitu berminat tetapi bakat tidak setara. Kesian...

Part lain tu ok. Biasa. Tapi bahagian Dang Suria (mungkin dia kena judge kategori rupa paras kot... tak taulah), so setiap komen dia menjurus itu saja.

Sorang peserta kena komen gini; “Dik, kuruskan badan dik. Dunia ni memang kejam. Mereka nak tengok yang cantik saja.” FAKTA. Betul. Lainlah kalu ko nak kerja dalam bidang yang hanya jual suara. Itupun sekarang DJ radio pun dah ramai masuk tv, pun kena jaga imej juga.



Budak pompuan tu sentap, terus kuar airmata. Bagi aku, sepatutnya, kaji dulu bidang yang hendak diceburi. Survey market kata orang. Saingan sangat sendat padat dan jika jiwa tak cukup kental kena kritik pastu kena reject, takyah buang masa lah nak mekap beli baju lawa segala... tapi peluang memang payah.

Ada sorang peserta (ntah sapa), gagal ujibakat balik nangis ngadu dengan pak sedara dia. Tup tup Pak Sedara dia dengan badan besar gagah perkasa (konon!) serang dalam bilik ujibakat. Marah-marah kat Aznil, sebab reject anak menakan dia. Dah memang anak menakan awak tak layak, takkan nak kasi juga? Adehhh...! Tergolak kami tengok gelagat Abang Gagah tuh (tu pun ASTRO blur kan muka, taknak kasi dia malu), masuk marah-marah dan maki juri. Hahahaha walaupun juri macam terkedu, tapi AZNIL cool jer jawab. Tak berdiri or tinggi suara pun. Amikkk... nak lawan dengan orang yang petah?

Itu baru reality!

Aku pun petah juga, tapi lawak merapu campur latah! hahahahahaha





~...WAHAB rupanya tertidor di bawah pokok rambutan ketika menanti SERI BULAN turun menjemur kain di ampaian dalam misi pura-pura sambil menjeling tempurung tertangkup dengan harapan ada surat dari HISYAM...~






13 comments:

  1. Saya tgk gak td..huhu
    Naper la ramai sgt yg eager nk masuk dunia glamour ni kan..huhu
    bidang mcm ni sah2 nak yg lawa, gebus dan lansing gitu..hehe
    if tak terpilih mmg kena terima la kan..

    namun begitu, cara komen pun perlu ada hikmah gak kot sbb ini tersiar menjadi tontonan ramai..bila sebut psl suruh kuruskan badan tu, mcm aib jugak kot..huhu

    ReplyDelete
  2. KALAM HATI:
    hehehe.. ada part kelakar ada part memang kesian. Macam ragging.

    Tapi juri mungkin mengambil pendekatan “jujur” atas fakta sebegitu. Sebab tu ramai yang tak leh terima fakta pahit sukar nak majukan diri.

    ReplyDelete
  3. tengok gak td, tu pun sbb semalam baca komen penonton kat http://beautifulnara.com/luahan-hati-seorang-pembaca-kepada-dang-suria/ yg menghentam DS bibir botox macam kena sengat tebuan....

    kena ada etiquette sikit la nak komen pun! pak nil ttp the best lawan abang gagah tu!

    ReplyDelete
  4. KAK ROSE:
    Saya tak baca pula kat blog.
    Tapi pada saya, dalam apa keadaan pun bila kita dikritik tentang keupayaaan or bakat kita yg perlu dikritik (demi kebaikan) tidak seharusnya melawan balik dengan mencari kelemahan orang lain secara peribadi. Sentuh tentang fizikal Dang Suria adalah suatu cara protes yang tidak matang.

    ReplyDelete
  5. Tadi aku pun tgk,
    tgh boring2x tup2x ada plak program On Air. (baru tau ada program on air)
    Memang kalo nak berada depan kaca tv atau kamera semuanya nak kena nampak perfect.
    dari segi mukanya, body language dan sebagainya.
    betul jugak kata dangsuria, bagus dangsuria straight da point je cakap, baru kita sedar siapa kita, dan kita akan cuba memperbaiki diri kita.
    sepatotnya apa yg dicakap dangsuria menjadikan suatu motivasi untuk bangkit semula bukan untuk terus dowwnnnn terus..kita kena ukur baju kita sendiri seblum mengahdiri suatu program realiti..
    Dan berharap dapat tgk dangsuria dapat menutup aurat sepenuhnya.

    ReplyDelete
  6. BAHRAIN:
    I pun baru hari ini sempat tengok, wpun rancangan ni dah beberapa kali tayang.

    Dalam rancangan sebegini, semuanya kena tepat dan jujur.

    Tanpa keyakinan yang tinggi dan well-prepared memang kantoi kat level ni jer. Cemana nak pegi next stage?

    Masa berlatih ok, mai depan kamera, gulp! Blank!

    ReplyDelete
  7. yup betul tu kak, saya baru tgk aje petang tadi. mmg komen depa tajam dan pedas tapi itulah kenyataannya.

    ReplyDelete
  8. rugi xtengok..itu baru betul2 reality....

    ReplyDelete
  9. Hangat ni.. agak2 ade tak di youtube...nak tengok!

    ReplyDelete
  10. MAMASYAZA:
    I think, dalam banyak keadaan, kritikan yang pedas, tapi benar itu sebenarnya boleh mengubah keadaan seseorang.




    NZA:
    Masih banyak lagi siri ini. Program ini baru saja bermula 2,3 siri.

    ReplyDelete
  11. MARYA YUSOF:
    Memang hangat dan seronok juga untuk ditonton. Sdr Mazidul Akmal sendiri ada menulis tentang isu ini di blog beliau.

    ReplyDelete
  12. Oprah Winfrey gemuks dan plum tapi berjaya dan terkaya di dunia. Camna la org Melayu nak maju kalau fizikal yg dipandang? bkn bakat?

    ReplyDelete
  13. ermm... sorry my comment a bit sarcastic, tp ms baca berita ni di akhbar mingguan sy tak boleh mengawal diri berfikir "adakah kerana tuntutan dunia yg kejam dan hanya mahu melihat yg cantik ini maka wajah dang suria juga semakin pelik?"

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails