Monday, February 27, 2012

Cerita Tempat Kerja: Menghitung Hari...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
27-02-2012



Menghitung hari.

Lagi 2 hari, perubahan besar akan berlaku di tempat kerja.

29 February — mujur tahun ini ada 29 hari — menjadi hari akhir kami di company ini. Last week, Bos Nomot Dua (Mummy) baru balik dari China (bercuti) dan terus announce beberapa perkara yang perlu diketahui. Surat rasmi laa.. bla blaa..

Bos Nomot Satu juga bercakap tentang perkara-perkara akan datang. Nanti aku dedahkan.

Seorang lagi Bos @ Manager, ada juga tapi langsung tak cakap apa-apa.

Plan untuk farewell rupanya ada juga. Masing-masing nak buat pada 29hb nanti. Adehhh! Nak lari bleh? Depa dah mula pilih-pilih tempat. Masa aku gatai mulut sebut nak makan kat Sg Wang or Bukit Bintang semua terdiam. Why? Rupanya nak makan kat area Maluri ni jer. Alaaaa... Takpa, aku ikut jer macam orang menurut perintah tak berani bantah.

Masing-masing dah packed barang nak angkut. Banyak gak, maklum depa tu ada yang kerja sampai dah 10 tahun dah.

Aku tak banyak barang pun. Simple.

Tengok suasana, sedih pun ada. Tapi perubahan itu perlu. Mungkin perubahan ini akan memberikan kesan baik dan lebih bermakna kepada semua orang.





~...sejak menjadi sebahagian warga Kampung Separuh Desa, HISYAM dan SERI BULAN sendiri merasakan mereka menjadi orang perhatian yang sering meniti di bibir penduduk, samada bercakap tentang ikhlasnya mereka atau mesra bak merpati dua sejoli tetapi yang paling banyak adalah kata gossip-usik menyebut HISYAM sebagai seorang lelaki yang tidak harus dilepaskan: perasan!...~









13 comments:

  1. Kat Maluri tu ada restoran kari kepala ikan, kan? :)

    ReplyDelete
  2. restoren kepala ikan tu pedas la mak! eh? heheh~

    *

    uish. yg dah keje 10 tahun tu apa agaknya perasaan depa?

    *

    k azie, makan kat black canyon. wujud lagi ke black canyon tu?

    ReplyDelete
  3. Kat Maluri office akak dekat dgn JUSCO ke....

    ReplyDelete
  4. penah rasa situasi cenggitu... masing2 sibuk pack barang.. sebab Boss sibuk nak merge company dgn China.. dia seronok2 dgn 'Mem' tak rasmi.. kami yg sedih dok hantar resume merata tempat..


    masing2 bawak haluan sendri tanpa ada farewell party pun... :(

    ReplyDelete
  5. saya tak makan kari kepala ikan. kepala ikan bilis aja yg saya makan

    ReplyDelete
  6. apa 2 pun perlu perubahan.. baru teruja menghadapi hidup..

    ReplyDelete
  7. klu ada apa2 prubahan kat opis selalu hati kzue brdebar2 sbb org lama akan dikira mesin tua takut kena ganti yg baru..

    ReplyDelete
  8. Selamat berhijrah ke tempat yg baru semoga akk succes di sana... mungkin disana lebih baik dari tempat yg lama ni sapa tau rezeki semakin lebih di tempat yg baru..:)

    ReplyDelete
  9. sesuatu yg baru trkdg menyeronokan n trkdg mendebarkan...moga segalanya dipermudahkan....

    ReplyDelete
  10. 2-3 hari ni ada ke mood nak kerja?

    Gaji jalan lagi tau. Kerja kena buat jugak .... hehehe

    ReplyDelete
  11. Betul ke Daddy Ziyyad makan kepala bilis? Teringat kisah org yg dapat hidayah dari kepala bilis

    ReplyDelete
  12. Kak..
    'the only constant in life is change'
    -dengor kat estro-

    nak oder tat! nnti ai sms yu :)

    ReplyDelete
  13. Salam Azie.
    Harap semuanya yang baik2 ajer walau Apa pun perubahan yang dilaksanakan nanti.

    Makan2 kat mana pun ok kan,, janji sedap...

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails