السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis
02-02-2012
Khamis
02-02-2012
Hari ini harus kembali masuk kerja. Arghhhh...! Terasa sungguhlah tidak produktif, bila harus datang tanpa tujuan. Tentulah tanpa tujuan bilamana, kita tidak lagi dapat berfungsi untuk sebulan mendatang.
Ahhh... arahan tidak boleh diingkar. Tetapi harus meletak diri sebagai pekerja “patung” yang menghabiskan elektrik dan air di tempat kerja, adalah sungguh merugikan, dan terasa sangatlah... hmmmm? apa ayat yang sesuai? sia-sia? Ntah...
Aku tak tahu samada berjalan jauh sedikit dari tempat kerja di waktu lunch, dan kemudian beli yang bukan-bukan... itu suatu yang berfaedah. Hehehehe...!
Ahhh... arahan tidak boleh diingkar. Tetapi harus meletak diri sebagai pekerja “patung” yang menghabiskan elektrik dan air di tempat kerja, adalah sungguh merugikan, dan terasa sangatlah... hmmmm? apa ayat yang sesuai? sia-sia? Ntah...
Aku tak tahu samada berjalan jauh sedikit dari tempat kerja di waktu lunch, dan kemudian beli yang bukan-bukan... itu suatu yang berfaedah. Hehehehe...!
Kawan aku yang ada darah Siam kata, “ini belanga”. Tapi semua orang tahu ini kuali.
Ya, aku memang beli kuali kecik hari tu. Sebab aku lum ada kuali kecik cenggitu. Hanya untuk goreng telor or just sekor dua ikan goreng.
Ya, aku memang beli kuali kecik hari tu. Sebab aku lum ada kuali kecik cenggitu. Hanya untuk goreng telor or just sekor dua ikan goreng.
Masa kat kampung dulu, kami tak pernah sebut kuali atau belanga. Kami sebut “RINJING” untuk “MERENDANG” ikan, bukan menggoreng ikan.
Sekarang istilah itu langsung tidak pernah ku dengar lagi.
~...begitulah, malam itu memang SERI BULAN tidak datang menjadi penyelamat dengan sekaki payung kerana dia lebih dulu lena dalam sejuk nyaman hujan hingga ke pagi, lalu HISYAM terpaksa bermalam di surau dalam sejuk gelisah kerana rindukan gebar dan kelambu, mujur WAHAB begitu menyerlah rasa kasih sayangnya menjadi peneman hingga ke siang...~


43 comments:
Rinjing? First time dengar..
Kakcik masih menggunakan kuali kecik yang dibeli masa anak dara dulu. Dah hitam legam! :)
Uiks... Rinjing ni org Banjar jek gunakan..
Azie... Adakah anda kulaan??? Katakan, katakanlah..haha
rinjing ganal ke haluii...
ulah merandang mandai....
anak banjar juga su su ni he he he
Ouh, itu bahasa Melayu lama tu. Klasik!
kosa kata baru hari ni... kalau Nida memang kompius ler perkataan "merendang ikan" tu. Ingat dulu masa projek anak angkat di kedah, rupanya mereka panggil selipar pun kasut..hehehe
HUDA:
Hehehe... memang Kak Azie nak tackle, sapa yang tahu. Itu istilah orang Banjar.
KAKCIK:
Saya masa zaman anak dara, beli pinggan mangkuk Arcoroc jerrrr..
DERU OMBAK:
Yaaa... yaaa Kita kulAAn la skang nih. I’m Banjarian wehh. Tapi kadak bisa basurah.
PN SUSU:
Nahhh sudah jumpa kulAAn lagi nih.
Handal tu basurah Banjar. I jer yang tak pandai.
POK AMAI-AMAI:
Itu istilah dari orang Banjar. Masa kecik dulu kami ada ler sikit sikit cakap dgn MAK gitu. Skang dah lama tak speaking.
NIDA:
Orang di sebelah lebih Utara seperti Perlis, cakap kasut tu “kasuit”
Orang Perlis panggil benda tu belanga. Aina beli masa bujang guna sampai la, berbaloi sungguh...:)
kasut baru kat atas tu azie. :)
Azie...
ini kes pinggan dengan piring jugak ker?
belanga pada akak yang namanya 'periuk tanah'
yang kuali tetaplah kuali...
selamat pagi
bila sebut belanga.. kakngah bayangkan periuk.
besar jugak tu kalau setakat nak goreng sebijik telur
Lain tempat lain bahasanya.
Kak Zai banyak gunakan pan senang tak melekat.
Salam,
Bila nak "merendang" ? "Rinjing" tak pernah Azie ..
unik sungguh term term itu wahai kak azie...
sy hanya tahu kuali dan periuk je....hehe....
kuali ajer...
New word & knowledge.
first time dengar orang panggil kuali = rinjing.. tu sure dialek bugis ye..
kat rumah acu sekarang nie ada 2 belanga je...satu kecik..satu besar
kerap guna yang kecik le...yg besar tu buat spare in case kawan-kawan or family mai umah nak masak..hehehee
oooo...asal perkataan banjar ker akak? kat opis saya ada gak dan dia memperkenalkan lagu banjar kat saya. tajuk lagu tuh kalau tak silap saya nama pompuan "siti ropeah"... buat carian dalam youtube pun ada. memang best lagu tuh.... siap saya hafal lagi. hehehe....
JUNAINA:
Memang ramai orang tak tahu, di Perlih kuali cenggitu memang dipanggil belanga.
CIKGU NORMAH:
Kasut beli tiap bulan dari kedai Google. Hehehehe
AKAK:
Yup. Saya pun kalu sebut belanga, adalah periuk tanah.
Yang kuali saya sebut kuali juga.
PANGLIMA MUDA:
Selamat petang, bang!
KAKNGAH:
Yup. Belanga adalah periuk tanah. Pada kita begitu.
YUNUS BADAWI:
Boleh la. Dah tak jumpa yang kecik lagi dari itu.
ZAITUN:
Saya ada juga fying pan untuk buat telur dadar. Tak melekat.
LF:
Rendang ikan hari hari, cuma Rendang Ayam tu jarang-jarang. hehehe
GADISBUNGA:
Kena buka kitab lama-lama balik. hehehehe
AANIE:
Sama ler kita. Itu jer pun dok guna hari-hari.
PENA ROZIE:
Kuali tu bahasa standard. Bahasa buku.
MAK WARDAH:
Bahasa lama sebenarnya.
ANAA:
Mungkin juga dialek Bugis. Tapi orang Banjar pun guna perkataan tu juga.
ACU:
Yang saiz kecik untuk orang yang tak ramai la.
EELOBOR:
Wahhh... nama ROPEAH tu nama yang unik dan klasik. Hebat tu boleh hafal lagi.
amboiii berkilat betol kuali.
rinjing?
tk pernah dengar..ni kira 1st time dengar perkataan tu
licin n berkilat betul kuali tu
orang jawa panggil "WAJAN"
SUE:
Perkataan rinjing tu dari bahasa Banjar. Kami masa kecik selalu cakap Banjar gak dgn MyBONDA.
MOON AAILEA:
Tak lama lagi berkilat juga. Hitam berkilat...! hehehehe
MAMA JANET:
Thanks! I belajar bahasa baru hari ini.
akak panggil belangga dikk
suatu ketika dulu sbb nenek guna nama tuu ;)
kalau balik kampung, saya masih guna lagi perkataan tu,
masih cuba bersurah banjar dengan adik beradik **walaupun lebih banyak bahasa melayu biasa, masih diselit2kan istilah banjar.
tapi nanti lepas generasi kami, hilang dah kot ;)
rinjing? merendang ikan? errrrrr
bertambah vocab saya harini :)
IEDA:
Agaknya nenek IEDA tu berasal dari Utara kot. Perlis mungkin?
NAJWA:
Tu la kan? Kak Azie pun masa kecik dok rajin gak cakap, faham le sikit-sikit. Sekarang ni, langsung takda.
ERI-CHAN:
Ya... betul. Rinjing tu untuk merendang ikan atau merendang telur.
MAKSU:
Sambil bercerita berkongsi boleh juga bertukar pendapat...
kalau tok di kampung cakap rendang utk mengoreng ikan. rinjing first time ni dengar
Akak banjar ke? Oh, sy pun ada darah banjar... mak sy org banjar :)
Org banjar ni cantik2 kan...hahaha...gurau*
Tp sy xpandai speaking banjarlah kak... yg sy tau 'ikam' maksudnye kau kan...hehehe
Org belah utara pun ckp rendang ikan maksudnye goreng ikan :)
hehehe
Itu bahasa orang banjar..... Rinjing dan merandang ikan..
Post a Comment