Wednesday, February 22, 2012

Rama-Rama di Muka Depan...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
22-02-2012





*****





Dulu aku pernah gak tulis. Setiap terbitan KakiNovel Publisher, mesti ada RAMA-RAMA. Identiti tersendiri mungkin.

Dua novel di atas, hampir sama tema ceritanya. Kahwin perjanjian (kontrak), tunang pura-pura kemudian jatuh cinta dan menjadi perkahwinan yang rela. Klise.

Aku baca sekali, itupun lambat kerna lengah-lengah. Kalu tanya balik, tak berapa ingat dah nama watak dan jalan cerita. Kurang menyengat yang boleh buat teringat-ingat.

Sori Berlori.

Jika sebut bab novel, dalam kepala hanya melekat kuat adalah kisah dalam sebuah novel hebat (3 siri) karya AL-TAHA (Abdul Talib Hassan) yang aku bawa sejak zaman sekolah hingga hari ini (hingga ke blog) dan juga novel “AWAK SUKA SAYA TAK?” saja. Ohhh... HILMANku....!

Bertahun mengharapkan watak dari novel AL-TAHA yang bernama HISYAM itu menjadi kenyataan, sapa sangka akhirnya aku dah jumpa!

Dan boleh tak kali ini aku mengharapkan watak bernama HILMAN itu juga dapat aku jumpa suatu hari nanti? Ahaks!





~...sudah dua-tiga hari hujan tidak menjadi kawan kepada si katak bawah tempurung itu lagi, tetapi bulan mengambang penuh menjadi teman kepada SERI BULAN dan HISYAM kerap bertanya apa pula yang akan menjadi kawannya lalu mudah saja SERI BULAN menunjuk kepada si burung tukang yang boleh bertukang juga boleh mematuk belakang...~







18 comments:

  1. Jom kita tunggang kuda di tepi pantai! :)

    ReplyDelete
  2. KAKCIK:
    Tak boleh lama-lama Kakcik. Nanti “SweetHeart” nak bersalin, sapa nak tunggu? hehehe

    ReplyDelete
  3. emm... betullah .. baru perasan... selamat berkenalan.. :)

    ReplyDelete
  4. Salam,
    Tengok tajuk2nya amat menarik ! Macam mana, kalau LF cadangkan. Azie tulis novel ringan2, yang nipis2 ... LF mesti beli kerana dah lama tak membaca novel

    ReplyDelete
  5. rajin baca novel ..
    akak x minat huhuhu

    ReplyDelete
  6. kalau bab novel, dalam kepala saya pun ada beberapa babak dan watak yang masih kekal di hati wp dah bertahun2 lepas saya membacanya..

    ReplyDelete
  7. novel awak suka saya tu pun saya minat juga, bestkan ;)

    ReplyDelete
  8. aduiii kak azie, perkataan 'klise' itu sudah cukup menggambarkan segalanya... hehehe
    selalu merujuk kpd novel review kak azie tiap kali tergerak nak beli novel baru... tenkiu!

    ReplyDelete
  9. Hi kak azieazah,
    Lama dah x baca novel. Nak kata sebab ada anak pun ia, tapi sebenarnya sekarang byk baca bahan online aje.

    Kak, email saya gambar and no telefon. Boleh saya roger kalau ada peluang untuk masuk ruangan apa cerita dlm Sinar Harian. Emel ke mznadhrah@yahoo.com ya. Ruangan tu soalan dia macam ni contohnya.

    "Apa kasut paling mahal pernah beli"

    Boleh jawab suka hati je.

    Contoh: "Kasut saya paling mahal RM79, saya kedekut nak beli kasut mahal2 ni.

    ReplyDelete
  10. akak.

    novel imam tak ingat ke kak?

    tu novel faveret saya tuh!

    ReplyDelete
  11. novel kakinovel bahasanya lebih santai berbanding alaf21. alaf21 jiwang karat :P

    ReplyDelete
  12. adohaii..hilman yong..paling best lah novel cinta ASST...i memang pemilih bab novel cinta ni..tapi ASST memang best sgt2..:)

    ReplyDelete
  13. IZAN:
    Salam perkenalan. Sila masuk.
    Saya ni agak cerewet kot. Tapi mungkin kerana bidang kerja dlm publishing berpuluh tahun, mudah saja saya nampak Rama-Rama itu.



    DATO’LF:
    Saya memang ada hasrat begitu. Sudah memulakannya lama dulu lagi. Tapi tersekat-sekat. Ntah bila akan betul-betul fokus.

    ReplyDelete
  14. IEDA:
    Kak Azie memang minat membaca. Hobi sejak sekolah lagi. Dan novel tu sudah menjadi sebahagian kehidupan.



    HANIS AZLA:
    Betul kan? Kita kalu dah suka dan tertarik pada sesuatu cerita, watak pun kita teringat-ingat. Kadang2 sampai bertahun-tahun, kan?

    ReplyDelete
  15. LADYSIRNA FA:
    Novel mana satu?
    “Awak Suka Saya Tak?” itukah? Ohh saya baca dah 2 kali ulang nih.



    LIASARI:
    Selalunya peminat novel pasti akan cuba mendapatkan pandangan orang lain yang sealiran untuk mendapatkan novel yang berkesan. Sama-sama kasih.

    ReplyDelete
  16. MIZZYN:
    Ruangan Sinar Harian? Yeahhh nak nak!
    Nanti Kak Azie email you! Tq.



    GADISBUNGA:
    Novel IMAM tu tulisan Shahnon Ahmad, kan? Memang tak terbeli. Tahu pasal novel tu, tapi sebab tak nampak depan mata, tak beli la pulak.

    ReplyDelete
  17. KAKNGAH:
    Setiap penerbitan mungkin ada identiti dan gaya yang mereka ingin pertahankan sebagai satu konsep.
    I baca hampir semua terbitan.



    SANIAH:
    Ohhh... janganlah U sebut nama dia... I teruja dan jelez youuuu! hahahaha

    ReplyDelete
  18. Salam Aziezah jelita,
    insyaALLAH Hilman Yong akan dapat ditemui dan sentiasa ditemui..ekeke
    Terimakasih kerana menyukai ASST. Alhamdulillah, semuanya dari Allah. ASST hanya tulisan belasahan dan biasa-biasa saja. Tak sangka boleh memenangi hati Aziezah jelita.
    Terimakasih Saniah Jelita dan semua jelitawans yang menyukai ASST.

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails