Sunday, February 26, 2012

Orang Banting, boleh tolong tak? > Rayuan Dari Seorang “Pandai Makan”...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sabtu, malam
25-02-2012



Dolu, rakan sekerja masa di Imbi selalu jadi tukang beli/stokis untuk Kerepek Pisang yang sangat lazat lagi lemak ini.



Sejak kami berpisah pada tahun 2009, aku tidak lagi mendapat bekalan dari dia. Dia pun sudah tidak bekerja lagi. She is an Indian girl. Sangat baik hati dan tak berkira pun.

Bekalan diambil dari pengusaha industri kecil (IKS) di sekitar Banting. Katanya. Masa tu, sapa pun tak kisah siapa yang supply. Tahu makan saja.

Sekarang, aku teringin. Teringat. Mana nak dapat lagi?

*pic snap sendiri, tak cilok orang punya
Koleksi moblog azieazah_KgMMS, tahun 2009


Pernah la beli dari kedai or pasar malam, tapi tak pernah sama dengan Kerepek Pisang buatan orang Banting nih.

Buat sendiri? Ohhh... pokok pisang saya belum tumbuh daun, bang!

Sapa tahu, mana boleh dapat bekalan? Email me the info. Or text me dalam FB. Terimakasih.




~...pernah suatu hari, SERI BULAN berjaga malam semata-mata hendak belajar menumis sambal nasi lemak buat sarapan esok hari sambil berangan hendak menunjuk lagak kepada HISYAM konon sudah pandai melipat daun pisang tanpa sedar lelaki itu sudah berjanji menyarap diri di kedai simpang menjamah kuih hasil karya anak dara Pak Imam...~







15 comments:

  1. SIL selalu gak hantar krepek ke rumah, tapi katanya
    Dari Sabak Bernam... Yang Dari Banting xpernah rasa lagi.

    ReplyDelete
  2. Jika dari Sabak Bernam, pun mungkin IKS juga agaknya...

    ReplyDelete
  3. Salam. Memang org kata dr banting sedap, tapi tak pernah cuba.
    Mama ada pokok pisang 5 batang! dua tanam dlm pasu!

    ReplyDelete
  4. MAMA JU:
    Saya dok bayang, pokok pisang tanam dalam pasu. Bila dah berbuah nanti, kena lebarkan pasu atau kena sandarkan pasu ke tiang seri? hehehehe

    ReplyDelete
  5. salam...

    ms study kat ukm dulu ada gak makcik y jual kepek ni...sedap...lama x makan...

    ReplyDelete
  6. SYIRA:
    Bila dah sedap tu, mestilah terkenang-kenang, kan?

    ReplyDelete
  7. teringatkan mak saya bila baca entry ni, dia memang sukakan semua jenis kerepek pisang...tak pernah rasa yang dr Banting..biasa beli dr Johor.

    ReplyDelete
  8. KAK AYA:
    Lain tempat tentulah lain rasa, kan? Kita kalu dah selesa dengan sesuatu memang suka nak ulang-ulang...
    Dari Johor pun sedap juga.

    ReplyDelete
  9. Salam Aziezah, terkupas kembali kenangan silam 27tahun nan sudah, Ratna sering membeli segala jenis kerepek dari seorang Makchik dimana setiap kali Ratna Ke MetroJaya jalan Bukit Bintang (beli segala bagai buku diMPH)diantara zone MetroJaya dan zone Sungai Wang Plaza, diatas lantai itu lah duduknya Makchik dengan bungkusan2 kerepeknya disebelah kanan dan kiri dan setiap kali Ratna akan membeli dua tiga kampit dan sengaja memberi $$$ sebagai sedekah, sebak-hiba rasa perasaan dengan airmukanya yang tampak susah lagi murung sekali, sempat berbual-sembang dan katanya beliau yang menyediakannya dan menetap diKuala Selangor.

    Malang sekali selepas beberapa bulan menjadi pelangan nya yang setia, tetiba Makchik lenyap pergi entah kemana? puas Ratna menanya merata disekitaran MetroJaya namun seorang pun tidak tahu khabar-beritanya walau pun banyak yang mengenalinya ... kesan penghargaan darinya ialah petua-petua gimana menyediakan kerepek nan garing lagi yummy supaya Ratna simpan dengan sekemasnya petanda TerimaKasih nya ...

    Panjang sekali anecdote Ratna ini, maaf dipinta ...

    Salam manis manis madu.

    ReplyDelete
  10. Boleh kata kakcik setiap bulan (kadangkala setiap minggu) berulangalik ke Banting, tapi tidak pula tergerak untuk membeli kerepek. Ada satu kedai kerepek di tepi jalan yang nampaknya sentiasa bertutup (mungkin kerana berhawa dingin), tapi kakcik belum cuba singgah lagi. Nantilah satu hari kakcik akan singgah dan tengok/beli kerepek untuk tahu rasanya. :)

    ReplyDelete
  11. RATA si BINTANG JAUH:
    Setiap kita pasti ada kenangan tersendiri tentang makanan. Wpun sekadar hanya kerepek, kan?

    27 tahun yang lalu? Hmmmm... saya masih di bangku sekolah lagi time tuh.
    Zaman dulu, kerepek ni dijual secara kecilan, dilihat sebagai hasil tani/hasil kampung yang kurang dipandang orang. Sekarang saja sudah dikomersialkan.

    ReplyDelete
  12. KAKCIK SEROJA:
    Agaknya, anak Kakcik di sana pun harus tahu kot pasal kerepek sedap di sana.
    Sebenarnya tempat lain pun ada kerepek sedap. Di Sg Besar pun ada beberapa port terkenal kerepek ni. Tapi bukan kita boleh pegi selalu.

    ReplyDelete
  13. salam kak zie sya bagi nombor kawan sya yang keluarga mertuanya buat produk iks ni
    kerepek house kanchong darat nanti sya send nombor ye

    lagi satu pergi di ros kerepek sedap jugak,

    sya pernah makan kerepek pisang sungai besar, tp sangat mengecewakan, tak sama dengan di banting ni

    kalau datang sini sila bagitahu ye, sms pun tak apa, sya akan cuba jumpa kak zie.

    ReplyDelete
  14. KASIHIBU:
    Terimakasih Sya. No tefon sudah diterima.
    Kak Azie pasti akan usaha untuk ke sana juga suatu hari nanti.
    I roger nanti.
    Thanks!

    ReplyDelete
  15. Salam..bila sy tgk ada perkataan Banting kat tajuk entri akak, terus automatik nak tinggal komen..hehe..selama ni cuma singgah baca..rumah sy mmg dekat dgn kilang2 kerepek yg ada..tp sy tak pastilah pulak yg ini dari kilang kerepek yg mana satu..

    kalau nak sedap, memang kerepek keluaran Kerepek House..pilihan pun banyak..untuk lebih puas hati, akak datang sini dan pilih sendiri..lagipun dekat Kerepek House tu turut dipasarkan produk-produk dari pengusaha kecil lain..lagi rambang mata dan tergoda selera nanti..hehe..

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails