Wednesday, February 1, 2012

Citer tempat kerja: antara notis ~ panik ~ redha ~ maintain Lone Ranger...!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
01-02-2012


Selamat bercuti warga Wilayah! Ramailah yang bershopping menyesakkan jalan dan shopping complex, kan? Teruskan. Pastu jangan merungut. Hehehehe

Bercuti sehari di pertengahan minggu, best jugak. Tak terasa minggu yang panjang.

Aku pekerja Wilayah tapi tinggal di Selangor. So anak-anak semua ke sekolah, dan aku berguling joget rumah sepagi. Tapi kerja-kerja secara online tetap kena pantau juga.

Tengahari skit nanti nak kena keluar juga memantau dan mengemaskini kerja luar kawasan. Tapi hari ini sedikit santai. Tak perlu terkejar.

Aku nak sambung kisah tempat kerja aku yang semakin meruncing. Setelah Lantai 2 disahkan akan DITUTUP, suasana panik ada pada beberapa orang. Terutama mereka yang senior. Manager dah cuba untuk mohon notis lebih panjang untuk selewat sehingga Jun, tetapi mengejutkan bila notis akan berakhir FEBRUARI!.

Department aku akan berakhir pada Februari, means, kami akan bekerja di situ hanya tinggal sebulan dari sekarang.

Pengalaman sebegini sebenarnya aku dah lalui 2 kali. Kali pertama dulu, semasa ekonomi teruk dan publishing “totally dead!”. Tahun 1996. Kami “dijual” kepada management lain. New bos, new rules. Tapi kami tetap happy menyambung kerjaya sebab Bos pompuan tu memang best. Masa tu kat Pudu, Jalan Brunei Barat.

Tahun 2000, kami berpindah ke Imbi (Walter Grenier, kini lot itu dimiliki oleh Rizalman Butik). Tahun 2010, di“terminate”kan dengan alasan company shifted ke China.

So bila kali ini berlaku keadaan yang hampir serupa (alasan kerana Big Boss sangat sakit, jantung semakin lemah dan doktor advised), aku tidak lagi panik, walaupun kecewa juga. Tempat kerja dekat, kurang tekanan dan bagi orang “vintage” macam aku ni, malas dah nak fikir mencari kerja macam budak fresh-grad tuh. Tapi rezeki, jodoh... DIA yang tentukan. Redha.

Semalam ketetapan dibuat. Kami akan terus kerja untuk sebulan lagi, waktu masuk dilewatkan ke waktu 9.00 pagi dan no more work on Sabtuday!

Sebenarnya macam-macam cara majikan nak buat jika dia nak tutup company. Dia bermula dengan No Bonus, No Increament, No OT. Pastu potong elaun. Stop ambik new project. Dari cara itu, kita boleh tahu dia memang nak kita resign sendiri sebab seboleh-boleh depa elak nak terminate staf tanpa sebab. Takut kena saman balik.

Bagi aku, berterus-terang begini lebih baik. Sebelum gaji plak kene potong, baik habaq awai-awai nak tutup. At least, bleh pi cari rezeki kat tempat lain.

Lantai Factory terus beroperasi sehingga ke suatu waktu terdekat yang tidak dimaklumkan. Mungkin 2,3 bulan lagi kot. Tapi kesian plak, bebudak teruskan kerja dengan gaji dipotong 20%. Banyak tuuuu...!

Nasihat aku, jangan panik. Relax dan fikir dengan tenang. Selagi yakin diri berkebolehan insyaAllah mudah saja nak dapat kerja baru. Asal jangan begitu memilih, faham betul-betul apa erti pengorbanan (bermula dari bawah dengan gaji lebih rendah dari sekarang), bersedia untuk menerima cabaran baru, boleh bertolak ansur... Pasti boleh menyambung kerjaya dengan baik dan cemerlang!~

Orang cerewet mengada-ngada, majikan benci!


Tayang-tayang, lunch yesterday:

Velodorom, Cheras. Lagi.


Standard. Ayam Kampung 2 pcs. Aku sorang.



Hajat kawan aku tu sangat besar, nak sambung selera Ketam. Tapi no ketam, terpaksa amik Patin.
*semua pic snap sendiri, tak cilok orang punya




~...semalam, kan... HISYAM tersadai di surau kerana hujan lebat dan WAHAB menanti menjadi peneman dalam sejuk kuyup tempias sehingga memberikan rasa sayu kesian bagi sesiapa yang melihat, sambil HISYAM berdoa agar gerak hati SERI BULAN mendorong dia datang menjadi penyelamat walau hanya dengan sekaki payung besar untuk dikongsi berdua...~








42 comments:

  1. Pagi ini kita 'bekerja' dari depan tv je Azie. Apa2pun, kakcik doakan Azie akan mendapat kerja yang lebih baik nanti. Rasanya tidak susah untuk Azie mendapatkannya dengan kelulusan, kebolehan dan pengalaman yang Azie ada, kan? Rezeki Allah itu tersangat luas adanya. :)

    ReplyDelete
  2. Nice blog....Lapar perut saya tapi lunch lambat lagi.

    ReplyDelete
  3. KAKCIK:
    Ada ketika kita sangat yakin, tetapi ada orang labih baik dari kita. Kena pertimbangkan yang terbaik sebelum buat keputusan. Setakat ini lum nak fikir apa-apa dulu.



    PENA ROZIE:
    InsyaAllah. Redha itu kena dulu. Baru fikir.

    ReplyDelete
  4. MAK WARDAH:
    Salam kenal. Sila masuk. Thanks.

    Sabaq. Buat air dulu. :)

    ReplyDelete
  5. kena tukar tempat keje lagi la kak z ek...

    ReplyDelete
  6. Aina terpaksa bekerja hari ini...:(. Apapun tetap redza kerana itulah rezeki, kerja dengan ikhlas tp kadang2 merungut jugak.

    Aina doakan Kak Azie dipermudahkan untuk dapat pekerjaan baru. Insyaallah ada hikmah disebalik apa yang terjadi, sesungguhnya DIA maha mengetahui.

    ReplyDelete
  7. bumi Allah ni luas kak. Luas sangat.

    sedangkan kalau kite tertindas di suatu tempat tapi tak mahu berpindah pun kita akan dipertanggungjawabkan, ini kan pulak kalau mmg dah tahu awal-awal. jadi mmg bukan masalah besar lah nak cari tempat lain.

    saya doakan semoga urusan akak dipermudahkan. amin....

    ReplyDelete
  8. JUNAINA:
    Ohh... kerja gak? Takpa, rini jalan tak berapa jem.

    Terimakasih doa dan kata semangat. InsyaAllah, takda masalah.



    GADISBUNGA:
    Kak Azie terharu baca komen U. InsyaAllah, Kak Azie ok jer. Sekarang lebih santai untuk membuat pilihan.

    ReplyDelete
  9. kakazie,
    semoga success selalu... u go girl, eh, lady.. hehe..

    ReplyDelete
  10. InsyaAllah kak, rezeki ada di mana2.. rezeki tak panjang di tempat sekarang, mungkin ada rezeki yang lebih baik di tempat lain.. perancangan Allah untuk kita selalunya memang yang terbaik.. take care kak azie..

    ReplyDelete
  11. mana tahu dikk perubahan bawa lebih kebaikan .. doa2 lah macam tuu kan ;)

    ReplyDelete
  12. Sallam Azie,

    Jangan putus asa, insya Allah
    ada rezki ditempat lain lepas ni.

    Waww..lunch besar-besaran nampaknya,
    ada ayam tergolek, patin tergolek..
    Bestnya.

    ReplyDelete
  13. dah kibar bendera wilayah kak? ;p

    ReplyDelete
  14. Azie..
    Dugaan kita berbeza..
    Allah beri pada org boleh menghadapinya sahaja..
    Rezeki Allah luas....
    Selamat mencuba ditempat baru...

    ReplyDelete
  15. sebab itu bila bekerja,bila hidup
    kutip sebanyak mana pengalaman dan sebanyak ilmu yg boleh
    sbbnya bila tercampak kemana - mana pun masih boleh hidup
    lumrah pemakan gaji yg tak bijak,mmgmudah panik.
    klu yg bijak?!
    susah mana pun pantas akalnya dikurniakan Allah untuk mencari jln penyelesaian yg penuh dgn keberkatan.

    ReplyDelete
  16. assalammualaikum..

    lama dah tak kunjung sini..setiap yg berlaku pasti ada hikmahNYA..

    ReplyDelete
  17. Akak dah ada tempat baru ke? Apa apa pun saya doakan yang terbaik untuk akak. AMIN.

    ReplyDelete
  18. Salam,
    Allah menyediakan rezeki untuk setiap orang.. percayalah .. begitulah juga untuk Azie .. LF dan isteri doakan yang terbaik !

    ReplyDelete
  19. Salam Azie,

    Moga urusan Azie dipermudahkan oleh Allah SWT

    ReplyDelete
  20. Semuga segalanya dipermudahkan. Rezk ada di mana mana.
    Hujung minggu ni cuti panjang lagi...

    ReplyDelete
  21. sentiasa kagum dengan kakkaku seorang..
    jom kerja di CR.. hehehehe

    ReplyDelete
  22. InsyaAllah akan dpt kerja yg lebih baik..akak kan berpenglaman...aik dlm runsing2 berselera lagi....2 ketul ayam kampung tu...besar tu....larat ke habiskan...

    ReplyDelete
  23. pasti rezeki yg lebih baik lepas ni Kak AA..insyaALLAH

    ReplyDelete
  24. pengalaman mematangkan kan...sampaikan kak azie dah tau bila satu2 company tu nak shut down..

    walauwehhh..sampai 2 ketul ayam makan tu..ekekeke

    ReplyDelete
  25. Saya faham apa yg Kak Azie rasa,saya pun pernah berada ditempat yg sama. Kilang saya kerja tu telah diambil alih oleh pihak bank coz majikan tak bayar hutang 200 juta. Kilang tu jd cagaran,bila tak bayar bank take over.

    Mereka downsize staff,saya adlh salah seorang yg diterminatekan. Mula-mula saya tak dpt terima kenyataan,saya selalu menangis.

    Saya kecewa,sedih,bimbang mcm2 lg. Saya masih muda,tak pernah menghdpi situasi mcm ni.
    Kemudian,perlahan-lahan saya bangkit semula walaupon agak perit.

    Tp saya yakin rezeki ditangan Allah. Maybe kita tak suka ape yg berlaku,ada hikmah yg kita tak tahu. Mungkin itu yg terbaik utk kita walaupun pahit.

    Kita rasa kita yg paling teruk,tapi ada org lain lebih berat lg ujian. Seperti Allah S.W.T berfirman dlm Surah Al-Insyirah: Setiap kesusahan ada kesenangan,habislah kesusahan dtglah kesenangan. Surah ini selalu saya baca klu tgh susah hati.

    All the best Kak Azie :)

    ReplyDelete
  26. Tenang rasa jiwa bila terima hakikat kan?

    InsyaAllah, ada pintu rezeki di luar sana yg sedang menanti2 kehadiran K. Azie.

    ReplyDelete
  27. Insya Allah dipermudahkan dan dilapangkan rezeki akak. chaiyok!

    ReplyDelete
  28. ANAA:
    Terimakasih Anaa. Dalam apa keadaan pun, memang kena teruskan juga.



    HANIS AZLA:
    Sekali terfikir, Kak Azie teringin juga nak jadi penulis novel pulak. Tapi takut takda orang nak beli baca. hehehehe



    IEDA:
    InsyaAllah. Amin. Moga begitulah harapnya.

    ReplyDelete
  29. LIPISLADY:
    InsyaAllah. Belum lagi terfikir pasal putus asa. Mungkin pengalaman lalu memberikan sedikit ketengan.




    KASIH IBU:
    Tak penah beli bendera tu lagi. Bendera lain ada ler. hehehe



    AKAK:
    Setuju dengan pandangan AKAK. InsyaAllah saya pasti hadapinya.

    ReplyDelete
  30. SIDRATUL MUNTAHA:
    Bagi orang lama dalam bidang ini, Kak Azie yakin dengan pengalaman dan kematangan akan membuatkan kita relax dan bersedia bila-bila masa sahaja. InsyaAllah.



    ANITAARE:
    Salam. Terimakasih. Setuju.



    ACIK MLMW:
    Belum lagi. Cari pun belum.

    ReplyDelete
  31. DATO’ LF:
    Terimakasih. Saya sentiasa hargai.



    AUNTIE MARINA:
    Terimakasih AUNTIE. Mujur juga saya ada sikit skit berniaga Tart Nenas. Hehehehe



    PANGLIMA MUDA:
    Sama ler kita. Saya pun kerja di hari cuti Wilayah.

    ReplyDelete
  32. IBUNDO:
    Hujung minggu ni nanti, saya pun cadang nak bercuti jauh. hehehe




    AYU:
    Sanggup ker gajikan Kak Azie nih? Kak Azie ni kuat makan tauuuu. hehehehe



    AKU BUDAK KLANG:
    Ayam kampung tu sebesar tapak tangan jer. Setakat 2 ketul macam tu macam makan ikan sekor jer. hehehehe

    ReplyDelete
  33. MUNNA:
    InsyaAllah. Harap harap begitulah.



    DADDY ZIYYAD:
    Kak Azie ni dah masuk kategori vintage dah. hehehehe


    ZENNAYA:
    Berperasaan sedih dan kecewa itu biasa. Tak salah. Kerana kita menjadi pihak yang teraniaya, kan?
    Tapi bila kita tenang dan dapat berfikir dengan lebih baik, insyaAllah, kita akan lebih yakin bahawa semua itu bukan pengakhiran kerjaya kita.

    ReplyDelete
  34. LIZA:
    InsyaAllah. Setakat ini masih boleh bertenang dan bersedia. Aminnn...



    ERI-CHAN:
    Aminnn...

    ReplyDelete
  35. salam...lama tak jengok kat sini..sory aa..bkn sengaja tapi tak dan..pinjam laptop org takleh lama lama..update blog sndr pn berjela jela..mcmana nk BW merata rata
    terkejut dngr berita about ur company..InsyaAllah..ada rezki tmpt lain..mcm u cakap lah..redha..i doa kan untuk u..moga dpt kerja yang lebih baik..yg lbh menyenangkan hati..:)

    ReplyDelete
  36. SANIAH:
    Thanks Saniah. I really appreciate it.!

    I pun lately tak sempat nak BW.

    ReplyDelete
  37. moga dipermudahkan segala urusan.

    ReplyDelete
  38. Betul tu kak...don't give up... it's not the end of the world kan...be strong kak, semoga Allah menggantikannya dgn yg lebih baik lg :))

    ReplyDelete
  39. ZUWAIDAH:
    Amin... terimakasih ya.




    MARYA:
    Mungkin pengalaman membuatkan Kak Azie rasa lebih yakin dan tenang. Terimakasih atas kata semangat itu.

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails