Wednesday, February 22, 2012

WW: Sila Komen dengan Berpantun...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
22-02-2012






~...HISYAM:
Terserlah warna si pinang masak,
berbuah lebat bergugus sesak,

SERI BULAN:
Bila diri tak reti memasak,
Duduk di dapur teresak-esak...~










8 comments:

nyanyisunyi said...

Sayang mak minah mengopek pinang
lalu diletak dalam baldi
Saya seorang terkenang-kenang
Orang dikenang tak ambil peduli

kakcik said...

Pinang masak berwarna jingga
hijau ditangkai menyerlah warna
dah tak larat nak makan burger
tetaplah memasak walau tak ada rasa!

boleh?

Hanis Azla said...

warna pinang masak sangat menggoda,
boleh cat rumah kaler ni time raya,
biarlah nanti orang nak mengata,
sebab satu sen pun saya tak guna duit dia..

ngeh..ngeh..

Marina Monroe said...

Buah pinang buah manggis
Beri makan sianak raja
Tak reti masak jgn nangis
Siapkan duit, beli saja

fail lah bab pantun2 huhuhuhu
auntie cuba2 ajer

azieazah said...

Setangkai pinang lebat sejambak,
Tak tau empunya biarkan saja,
Pantun anda buat saya gelak,
Tiada balasan, terimakasih saja,

hahahahaha...!

gadisBunga said...

masam manis si asam jawa
buat hidangan petang kekanda,
kenapa menangis menghiba jiwa
mekdi kepsi dominos kan ada?

talipon boleh, online pun boleh. heheheh~

bintangjauh said...

Buah pinang kuning diraja
Bertangkai lebat merembik pandang
Jangan dikeloh jangan dipuja
Dapur berasap lauk dihidang

Salam manis manis madu.

Ros said...

Buah pinang bewarna jingga,
jatuh sebiji dalam telaga,
tak reti masak jangan berdurja,
belajarlah akhirnya pandai juga.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails