Friday, February 3, 2012

Lontong King: persembahan amatur...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Jumaat malam
03-02-2012


Cuti Wilayah hari tu aku berada di sekitar Hulu Langat. Urusan luar tidak rasmi.

Kerana tiba di sana sudah tengahari, kami pegi makan dulu. Paginya, salah sorang dari kami dah try makan lontong yang katanya popular disebut orang di sekitar situ. Restoren Lontong King.

Tapi dia makan tak habis pun. Sebab tak ler sedap mana pun. Kata dia. Kita kalu kata gitu, sebab kita buat perbandingan dan kita dah pernah makan yang lebih baik dari itu, kan?

So, lunch itu kami pula try.

Restoren agak lengang. Hanya kami bertiga saja walaupun jam ketika itu memang kul 1.30 tengahari. Order ala-carte. Restoren nampak layu. Tapi cantik dan bersih.

Ruangan dapur di sebelah luar pun nampak bersih juga.


Air dihidang pun nampak menarik. Enak!

tapi...,


Aku order Nasi Goreng Cina + Telur Mata. Persembahan ringkas. Amatur. No Sambal Belacan, no Ulam, no Sup.

Kami mintak sambal takda, so dia hantar cili potong. Minta ulam dia hantar timun 4 keping dipotong tebal. Adehhh!

tapi...,

lupa nak snap pinggan masing-masing yang licin. Sedap wehhhhh....! Mujur sedap. Samada memang kami lapar atau memang nasi tu sedap? Pada aku memang sedap jugaklah.

Kalaulah persembahan menarik sikit, harus meriah restoren tu. Sayang...



~...HISYAM semakin demam semakin mengada, lalu SERI BULAN menawar diri menjadi penawar...~







15 comments:

Nazz@Purple said...

ringkas tapi sedap tak pe..

zuwaidah said...

betul2, tapi kalau diserikan dgn persembahan yang mantop, pasti lagi sedap dan menyelerakan.

Ibu n Abah said...

hhrmrmrmrmr...
nampaknya blog Azie dah nak jadi blog makan.. makan... dan bagi ulasan...
lepas tu azie recommend tau...

kakcik said...

Persembahan memang tak menarik, tapi kalau perut memang tengah betul2 lapo, persembahan menjadi perkara yang entah ke berapa.... ;-)

J.M.R said...

1) harus sedap
2) food deco mesti menarik
3) potion mesti banyak..

kompom rmai org..

luahfikiran ... mari kita said...

Salam,
Kalau pergi lagi, beritahu member kat Bangi ni !

eelobor said...

nasib baik jauh.... kalau dekat di area KL, harus nak pergi cuba sendiri

azieazah said...

NAZZ:
Alhamdulillah... mujur sedap.



ZUWAIDAH:
Itulah juga yang kami katakan. Mata kita ni kalu nampak yg menarik, automatik terfikir harus lah sedap, kan?

azieazah said...

AKAK:
Blog saya ni dah caca marbah KAK. Bila jumpa yang sedap, mesti nak kongsi. Nak kritik pun saya tulis jugak.



KAKCIK:
Setuju. Mujur pun memang tengah lapar. Jadi tutup mata sebelah jer tengok persembahan yg tak menarik tu.

azieazah said...

JMR:
1. Setuju, harus sedap.
2. Setuju, deco mesti menarik perhatian dan mata.
3. Portion tu jika banyak harga pun mesti banyak. Biasanya yang portion banyak ni restoren Arab/Lebanese.



DATO’ LF:
InsyaAllah... :)



EELOBOR:
Kak Azie pun ntah bila ler nak pi sana lagi. Semua di luar jadual.

Zaitun said...

Kak Zai pun suka mencari kedai makan yang sedap dan menarik.Layanan juga penting tau.

nyanyisunyi said...

kalau persembahan menarik tapi rasa ntah apa2 pun tk ok gak kan AA..
yang penting kebersihan dan rasa..persembahan dikira bonus untuk menarik pelanggan.

kayna said...

kosong macam tuu je? lontong dia sedap x?

azieazah said...

KAK ZAITUN:
Betul. Kita tentulah berhak memilih yang bersih, sedap dan layanan baik untuk makan. Bayar lebih pun takpa.



NYANYISUNYI:
Betul. Mata pun nak kena jamu juga. Baru terbuka selera tekak.



KAYNA:
Lontong dijual sebelah pagi sahaja. Kak Azie tak sempat rasa, tapi kawan kata, tak sedap pun.

MaryaYusof said...

Tulah kan kak, klau presentation menarik & rs sedap mmg bonus tu .... sy xkish walau kena byr mhl as long sodap & kena dgn tekak :)

Jd mrh bila mkanan mahal, presentation failed...mmg nak kena lah kan...hehehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails