Tuesday, November 8, 2011

I-City Pertama Kali...

Assalamualaikum
Senin, cuti public holiday
07-11-2011


Kerana My Adik dari Penang masih berada di KL, kami pasang jadual berjimba pula. Idea from CIKINTO, lets go to I-City!

Yeahhh...! Why not?

Depa dah pernah pi. Kami belum pernah pergi ke I-City. My AMOI yang dah 2,3 tahun duk di Jalan Kristal tu pun belum pernah pegi.




I-City sangat luas. Tak larat nak round semua kawasan. Dengar citer makanan kat dalam pun mahal, so kami makan siap-siap di rumah. Bawak bekal air dari rumah.

Rupanya, ramainya orang. Laluan masuk sesak. Nak menyampai ke dalam pun nak dekat setengah jam beratur. Aduhhh...!

Kerana taman cahaya ni guna lampu, so agak berbahang di dalam. Orang padat. Janganlah sampai terlepas tangan anak kecil, jenoh nak cari kalu terpisah. Kami seramai 11 orang pun bergerak serentak. MyTOKLAKI tak koser nak layan keghairahan kami, lalu dia duduk dalam keta. Dahlah dapat parking jauh.




1 ticket RM5 per person for each game. Tak larat nak layan semua. Cukup dengan kuda pusing dan swing sajalah. Itupun beratur giliran setengah jam!



Kami 8 orang naik serentak buai pusing. Menjerit lepaskan tekanan bila buai berpusing laju dan tinggi! Enjoy!



Berpeluh-peluh semua orang.


Dia pesan, jangan snap sampai kaki, sebab dia pakai selipar!
Elehhh... aku memang peminat selipar pun!



Yang lebih meletihkan adalah bila mesin autopay di kawasan terbuka sangatlah sedikit. Dan nasib kami tak baik plak, mesin autopay tu asyik rosak jer. Dah la kami beratur panjang sampai berlengkar-lengkar barisan tapi mesin nan satu tu kejap-kejap jem! Tension!

Pada aku, kerana bayaran masuk standard RM5 per entry, baiklah kalu letak orang kutip duit kat gate berbanding guna mesin yang ada setengah orang terkial-kial nak guna. Kadang-kadang manual lebih baik!

Next time kalu mari lagi, sila masuk ikut laluan belakang (selepas Jakel, Jalan Kristal, bukan masuk ikut pintu depan), parking sedekat mungkin dengan mesin autopay atau kawasan mainan.

Apapun kami enjoy!

...walaupun esoknya hampir seisi rumah kami dan rumah CIKINTO pakat semua sakit perut dan ceri-beri! hahahahahaha...! mujur aku tak.




~...“saya sentiasa pening melayan kerenah awak,” tetapi HISYAM tidak pernah peduli omelan SERI BULAN kerana dia tahu itu hanya sekadar perhatian yang tidak berhati-hati...~









21 comments:

  1. Suka nengok tapi auntie memang lah tak larat bila azie kata terlalu luas kawasannya..

    ReplyDelete
  2. Oh... dah guna mesin auto-pay ya? Masa kakcik pergi tempohari ada orang kutip duit dan bagi resit = RM10 satu kereta.

    ReplyDelete
  3. SALAM,
    TAK PERNAH SAMPAI TEMPAT NI ! NANTI, MINGGU DEPAN AHAD, ADA MEETING. DATANG YE !

    ReplyDelete
  4. Salam Aidiladha utk AA..

    Saya tak pernah lagi ke tempat tu...ada peluang nnti nak jugak ke sana...

    ReplyDelete
  5. saya sam[pai sudah tak sampai lagi ke situ~padahal dekat je~keh keh~

    ReplyDelete
  6. Aslkm

    Tiap kali pegi kak lalu kat Jakel tu;ah...Tapi pegi ke Snow ke?
    Kesiannya yg tunggu kat kereta tu...
    Dulu2 memang diaorg kutip guna org...lebih mudah mcm tu kan..

    Ok

    ReplyDelete
  7. tak pernah lagi p sana. huhu. cantik, berwarna warni.

    ReplyDelete
  8. Sallam Azie,

    Berwarna Warni dan bergemerlapan,
    saya pun teringin nak pergi tempat tu, insya Allah satu hari nanti.

    ReplyDelete
  9. salam kakazie,
    dekat je dgn rumah sya ni, tp x penah pergi, sejak ada icity ni, jam dah area rumahk, kalai nak balik x boleh exit ke pdng jawa, sebab boleh stuck 1 jam, huhuh

    ReplyDelete
  10. kejap je ms berlalu.last year sy msk rm1 je tp x de game..lani serba serbi kena byr

    ReplyDelete
  11. assalam AA..acik pernah pergi sekali..masa tu nak masuk RM10.00..dapat parking tak jauh sangat..sebab pergi lepas asar..maghrib dan asar di dalam tu..
    masa nak balik je jem.

    ReplyDelete
  12. tk pernah pergi lagi...huhuhuuh ntah bila la nak sampai padahal tkdo la jauh beno

    ReplyDelete
  13. budak2 sure suka kan tempat2 cenggini.. rasa macam nak bawak anak2 pegi..

    ReplyDelete
  14. Nampak seronok tuh! Saya suka naik rides gitu, rasa geli2 perut, pastu menjerit, rasa lega!

    ReplyDelete
  15. hahahhaa..I City yg dekat dgn rumah saya tu saya tak pernah sampai lagi....org Penang pun dah mai dah...malu saya...malu....:P

    ReplyDelete
  16. saya pun tak penah gi lagi kak...teringin jugak, tapi sampai la ni tak sampai2..

    teringin la naik kuda pusing tu. dari kecik sampai dah tua ni..tak merasa lagi naik....mujur tak ngidam...hehe

    ReplyDelete
  17. teringin nak pegi asyik tengok gambar org dan dengar cerita j

    ReplyDelete
  18. SERONOKNYA KE I-CITY.... MUNNA X JEJAK LAGI KAKI KAT SITU

    ReplyDelete
  19. saya pergi dulu ada orang kutip duit parking, tapi tak habis jalan pun,...

    ReplyDelete
  20. patutla nak demammmm....jauhnye lah haiiii berjalan2 hehe

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails