Monday, January 23, 2012

Sarapan Bersama Blogger: Yang pasti, kenyang...!

Assalamualaikum
Isnin
22-01-2012


Selamat menyambut Tahun Baru Cina, buat seluruh warga Malaysia berbangsa Cina. Semoga tahun Naga ini lebih memberikan kemakmuran dan keuntungan.

Buat semua yang lain, Selamat Bercuti...!

Ok, mari tengok gambar-gambar menu semasa program Sarapan Bersama Blogger di Taman Sri Muda, Shah Alam, pagi kelmarin. Penganjur tuan rumah ialah blogger AKUZLE AYU.


Kueyteow Goreng + Kerang


Snek untuk anak-anak


Cempedak Goreng yang wangi


Kek Belang Coklat


Sandwich Sardin


Pinggan aku


Akok yang lembut lemak


Jagung rebus yang manis



Kek besar lebar yang istimewa, bagai menjadi “Kepala Hidang”. Menu kejutan!


Tart Nenas yang sentiasa menyelit


Ketupat Palas berganding dengan Rendang Daging dan Serunding


Peneram dan Kuih Bakar


Roti Jala dan Kari Daging yang lembut



Snap dari atas tangga.


Yang di atas, semua menu dari para blogger yang hadir. Aku tak snap menu sendiri.

Sori Berlori juga sebab janji nak buat Karipap, tapi tak tertunai. Next time la nampaknya eh?



~...rindu dendam bukan kepalang terasa bagai hendak membenam kolek di muara Sungai Menghijau Lumut, tetapi bila kembali berfikir bagai batu dikikir, SERI BULAN akhirnya mengerti rindu berbalas madu dari HISYAM memberikan makna nan seribu...~








17 comments:

luahfikiran ... mari kita said...

SALAM,
Macam mana ni ... tengok gambar, rasa nak lagi ! Tunggu, jangan ke mana-mana sehingga Hari Raya nanti !

Kakcik Nur said...

Hahaha... Dato' dah tak sabar nak tunggu habis edah tu! :)

Cute Oven said...

sikit sangat dalam pinggan tu Azie... diet ke

Fadzil said...
This comment has been removed by the author.
Fadzil said...

bukan pasal diet...tarok sikit bleh ulang banyak kali.

sedap sedap nampak kueh mueh semua. kencorrrr dah raserr

mama ju, said...

Apa kabar AA?
Larat ke AA mkm semua tu?

Azian Elias said...

teringin sangat semalam nak join. tapi apa kan daya.. pagi tu i diserang sakit. tambah2 lagi hujan lebat sangat kat sect. 7..

Farid said...

Wahhh...terganggu lagi mindaku arini...meleleh takleh nak toleh...

Ros said...

pertama kali bersua macam dah kenal lama...

emm...AA nampak lagi cantik dari gambar kat blog ni...

moga ukhuwah diberkati Allah.

Panglima Muda said...

salam.... makan lagi ya

Pn. Liza Mahmood said...

Dato' LF, kan best kalau masa raya tu nanti siap ada kenduri sambut menantu..?

Kan ke K. Azie kata nak dapat menantu cepat - boleh dah ni...

Manalah tau, kalau boleh kita memulakan tradisi kenduri kahwin pot luck - mcm kat kg dulu2, org kg sebelah rumah bwk gula, jiran dari hujung kampung bwk kelapa, dari baruh bwk umbut nyior, dari kuala bwk beras.

Lepas tu masak & makan bersama2. Best kan?

~ yus ~ said...

makan2 lagi ya kak...

bestnya asyik berkumpul sesama blogger ya...:)

akuzle ayu said...

kak liza mahmood, good idea. den sokong!!... mmg sungguh nampak cantek gegambo neh semer... moh beli kamera mcm kak azie n belajar teknik2nya dr beliau...hihihiih

MaryaYusof said...

Salam K.Azieazah,
Menu mmg menarik betul...
lg2 klau pakai kamera canggih mcm kak azie :)

Liasari said...

salam kak,
amboiii ni sarapan ke lunch plus dinner sekali. mewah dan meriah kecur liur den!

nyanyisunyi said...

ni dah mcm bukan minum pagi je ni...best2 semuanya...

JunAina said...

Jelez tengok kek tu. Harap lain kali akan ada lagi kek tu...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails