Monday, January 30, 2012

Suami Yang Kubenci...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
30-01-2012


Tak ingat masa bila aku terpandang carta dan komen di FB tentang tajuk ini. Tapi masa itu aku dah pun selesai baca novel ni. Minggu lepas.

Kenapa aku beli?

Pertama aku tersilap sangka penulis novel ini lelaki. Masa tu nampak di MPH. Belum nak beli. Rupanya penulis ini wanita.

Kedua, ternampak seorang budak remaja sengih-sengih sensorang baca tajuk ini di dalam LRT.

Next day, terus beli. Terus baca.

Dalam FB terpandang, ada peminat novel letakkan novel ini di carta nomot satu dan “Awak Suka Saya Tak?” tu nomot 2.

Pendapat aku?

ASST by Melur Jelita still mendapat tempat pertama di hati aku. Novel “Suami Yang Kubenci” ini masih tidak dapat menandingi novel ASST.



Suami Yang Kubenci, hampir serupa dengan mana-mana novel/drama yang berplot sebegitu. Berkahwin secara paksa (tak kira apa pun sebabnya), kemudian membuat pelbagai karenah dan perangai terhadap pasangan masing-masing. Demi ego dan protes dalam halus terhadap perkahwinan itu sendiri. Masing-masing susah menerima sesama mereka.

Kemudian, mereka jatuh chenta dalam diam. Ego melambatkan mereka meluah perasaan.

Begitulah juga novel ini. 50% pertama memang kita akan tersengih tersenyum, kadang-kadang terbahak gelak membaca karenah Uwais (watak lelaki) dan emaknya Puan Sarimah yang sporting tapi tegas. Garang tapi lawak!

Watak lain, biasa saja. Malah watak heroin pun masih kurang menambat hati berbanding watak yang dua itu.

*semua pic snap sendiri, tak cilok orang punya


Bila graf plot sudah melebihi 50%, mereka sudah boleh menerima sesama mereka, jatuh chenta tak hengat... citer dah jadi agak hambar. Aku baca lompat lompat mencari di mana konflik... hmmm?

Boleh dikatakan, konflik hampir tiada. Biasa sahaja. Ending walaupun ada sedikit part sedih — anak mereka meninggal tak cukup bulan — tetapi tetap happy ending. Masih aku rasa agak biasa. Klise.

Novel ini masih boleh menjadi pilihan, kerana gaya bahasa. Simple dan humor!

Selamat membaca...!




~...denai sedikit bersemak pernah menjadi saksi HISYAM meluah rasa kecewa terhadap SERI BULAN yang mendapat saling memberi perhatian kepada JALAL, tetapi SERI BULAN yakin Burung Tukang lebih kuat memegang rahsia sebagai saksi dia menyimpan senyum terhadap lelaki berwajah tenang walaupun mungkin harus merebut ketawa dari anak dara Pak Imam...~







14 comments:

  1. jalan cerita cam streotype la pulak...skang drama kt tv pon lebih kurang gitu je ceritanya

    ReplyDelete
  2. hmmm....kene la saya buat novel yang banyak drama dan konflik utk menambat hati kak azie. ehehehe!!!!

    ReplyDelete
  3. ...ala2 drama 'vanila coklat'di tv 3...rentetan cerita macam boleh diagak...

    ReplyDelete
  4. Salam,
    Ada sape2 nak hasilkan "Suami Yang Kusayangi" ... azie boleh rasanya !

    ReplyDelete
  5. SUE:
    Betul. Sudah banyak drama pun ada plot sebegini.



    GADIS BUNGA:
    ambil itu sebagai satu cabaran! Kasi Kak Azie special edition tau!



    FATIN MRAZ:
    Yeahh.. lately banyak pula novel yang sama tema.

    ReplyDelete
  6. FARID:
    Yahh.. juga hampir sama macam drama Aishiteru di TV9 tu.



    DATO’ LF:
    InsyaAllah. tapi novel tu simpan di hati saja. hehehe



    WAHIDA:
    InsyaAllah boleh saja!

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. Kak Azie rajin betul baca novel, sy kurang minat novel melayu sb typical, tp ada jgk yg best :)

    ReplyDelete
  9. aduiii... senyum2 sy baca entry kak azie ni.
    memang berani matiii!!!
    tabik springgg... stands firm on ur grounds lah kak.

    ReplyDelete
  10. maaf menyibokk ~~~

    x nk tulis ke crita nihh ?
    x da dwet la pulak nk beli ...
    harap sudi berkongsi =D

    ReplyDelete
  11. saya suka semua novel melur jelita. baca 3-4 kali pon tak jemu2

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails