Thursday, January 5, 2012

Bank Pitih yang Menjadi Sejarah, Jumpa Blogger Kelantan Menjadi Kenangan Indah...

Assalamualaikum
Khamis
05-01-2012



Bila keluar dari Pasar Siti Khadijah, dah lepas kul 1 tengahari. Memang plan kami hendak lunch di Restoren Cikgu, Nasi Ulam dalam Kampung Kraftangan berhampiran mercu tanda Kelantan. Replika Quran dan istana Sultan (pejabat rasmi baginda). Yang best, ujan sudah pun berhenti.








Sementara nak masuk ke Restoren Cikgu, kami melintasi beberapa bangunan lama, termasuk Istana Jahar, juga Muzium Diraja, istana tempat “bekerja” Sultan...

Istana Jahar. Ada bayaran dikenakan, tapi kami hanya bergambar di kawasan luar, percuma saja.


Bank Pitis ini merupakan bank pertama di Kelantan. Kini menjadi bahan tatapan sejarah.


Di belakang itu adalah ruang makan berhawa dingin.


Pilihan sederhana. Lauk pauk memang tak banyak pilihan. Ulam pun dah tak banyak yang tinggal, tapi orang sentiasa ramai.


Keli nan seekor tu besar betul! Tapi keli tu memang segar, tak hanyir pun. Ayam goreng 2 ketul besar. Puas hati.

Restoren Cikgu ni merupakan restoren terkenal di bandar Kota Bharu. Sudah beberapa kali mendapat liputan di media termasuk Jalan-Jalan Cari Makan, TV3. Memang patut pun, sebab lauknya (terutama keli) memang sedap, dan yang paling best, harganya murah!



Kesemua tu, termasuk air untuk bertiga, percuma air Nescafe Ais untuk orang keempat (yang tiba kemudian), hanya RM23++. Murah betul, kan? Patutlah Restoren Cikgu ni sentiasa penuh dengan pelanggan. Ada 2 ruang, satu di bahagian berdinding kaca berhawa dingin, juga ruang terbuka. Kami duduk di ruangan terbuka.



Kenangan manis kami, berjumpa blogger ARIZAKIAH yang tinggal di Pengkalan Cepa. Terimakasih dan besar sungguh rasa hati, kerana Kak Zakiah datang berjumpa kami di sini. Plan mengejut, tapi menjadi. Terimakasih Kak...! Ada entri tentang pertemuan ini juga di blog beliau: SAMBUTAN TAHUN BARU 4 BLOGGER DI NEGERI CIK SITI WAN KEMBANG.

Memang tergelak bila isu tentang HISYAM dan SERI BULAN menjadi soal-tanya, tapi jawapan tetaplah tidak dapat diberikan dengan jelas. Nanti saya kena marahhhh...! (cenderahati tu, saya suka sangat! masuk keta terus pakai!)


*jika ada info dalam entri ini yang tidak tepat atau bersalahan fakta, maaf ianya tidak disengajakan.




~...sudah berkali HISYAM berpesan dalam amaran yang lembut manja, agar SERI BULAN tidak langsung mendedahkan dirinya yang sebenar berasal dari keluarga berdarah kerabat agar anak dara Pak Imam tidak terusan perasan tidak terlayan, kerana segala harta benda tidak semesti menjadi pusaka, cinta paksa tidak semesti menjadi asmara...~









21 comments:

  1. blogger kan..kalau ke mana-mana dan jumpa blogger lain - kompem jadik gathering punye!

    bertuah betul kite jadik blogger kan?

    ReplyDelete
  2. huhuhu...walaupun singkat jer lawatan...tapi boleh di buat banyak entri jugak yer

    ReplyDelete
  3. Salam Kak Azie...

    Banyaknya tempat menarik di Malaysia yang belum diteroka lagi.. terima kasih Kak Azie kerana berkongsi Info

    ReplyDelete
  4. GEDEK:
    Rasa macam jadual penuh, jadi tak berani nak buat janji. Memang ada hajat, tapi takut tak tersempat.



    GADISBUNGA:
    Ye la. Begitulah kita menambah kawan, kan?



    KAK HANI:
    InsyaAllah ada kesempatan yang lain nanti. Sure!

    ReplyDelete
  5. EELOBOR:
    Cerita pertemuan di Pintu Geng belum sampai lagi. Nanti pasti dimasukkan!



    NIDA:
    Begitulah. Mana yang sempat dijelajah, pasti ingin dikongsi bersama...

    ReplyDelete
  6. 3 bulan lepas masa saya ke KB pun kawan saya org Kelantan bawa kami makan di restoran Cikgu tu..

    ReplyDelete
  7. Masa tu ingat nak jumpa kawan blogger saya tapi dia kerja masa saya datang tu. Takde jodoh nak jumpa dia sebab saya balik hari yg sama ... huhuhu

    ReplyDelete
  8. YUNUS BADAWI:
    Saya rasa tak puas makan di Restoren Cikgu tu. Sedap betul kelinya. Asam Pedas Patin tu pun lazat!

    ReplyDelete
  9. jalan2 sakan ya... makan pun best... yg paling terbaik dapat jumpa geng blogger. pasti seronok kan!

    ReplyDelete
  10. KAK ROSE:
    Seronok dan rasa berbesar hati!

    ReplyDelete
  11. Ya Allah.. terlioqnya tengok ayam goreng tu.. dok teringat2 lagi makan kat situ masa bulan 10 thn lepas...

    ReplyDelete
  12. EJA:
    Ayam dan keli goreng tu betul betul buat teringat!

    ReplyDelete
  13. bestnya jln2 cr makan n jumpa rakan blogger.....

    ReplyDelete
  14. NZA:
    Bila dah bercuti, kalu boleh semua benda nak buat sekali...

    ReplyDelete
  15. yes.. kalau kesana, ada geng..
    cantik blogger arizakiah..
    sama mcm dlm blog dia

    ReplyDelete
  16. AYU:
    Dia bukan saja cantik, tapi putih gebu.

    ReplyDelete
  17. mknn kt sn mmg murah2..
    knape la kt kl ni x mcm tu

    ReplyDelete
  18. Banyak2 tempat kelantan lah yg paling jarang saya pegi. Bila baca entry akak ni terus teruja nak ke sana

    ReplyDelete
  19. Hai dayang,apakah gerangan yang mengusik jiwa hingga terlentok di gerbang istana?.....

    Akak dari kubang Kerian...bukannya pengkalan Chepa...

    Sebenarnya akak bimbang Azie tak suka dengan cenderahati tu....terimakasih kerana Azie dah pakai...sungguh berbesar hati...

    Datanglah lagi...

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails