Thursday, January 19, 2012

Ahmad ~ Suffian ~ dan Ahmad Suffian...

Assalamualaikum
Khamis
19-01-2012


Sepanjang aku tengok dia, memang dia suka sengih, sinis. Selebihnya dia senyum dengan sangat lawa. Menawan.

Kemudian dia suka menyakat. Suka sindir juga.

2 hari lepas, dia sudah mula pandai main renung-renung dan kenyit mata. Angkat-angkat kening penuh makna, itu saja dah buat aku pening. Melampau dia nih...!

Setiap kata-kata dia bermaksud yang dia sangat cekal dan bersedia untuk dicabar. Dan aku tahu dia pasti akan berjaya dalam cabaran itu.

Semalam dia sudah mula memainkan dirinya yang penuh kesediaan itu dengan jayanya. Dan aku cemburu pulak! uishhh....

Hari ini aku akan terus menyaksikan kenakalan dia, “kejahatan” dia dan paling penting tentulah ketulusan dia!


*pic snap sendiri, tak cilok orang punya


Aku pun ada ramai kawan yang mula dengan Ahmad dan Mat. Mujur aku tak panggey depa “MAD”!

hahahahaha......!

*adaptasi dari novel Gemersik Kalbu dan drama bersiri di TV3 sekarang dengan tajuk yang sama.
Kan aku kata AQASHA itu sangat sesuai menjadi Ahmad Suffian bin Haji Abdul Aziz?

*Entri lain berkaitan: Raihana tu bukan Ayu Raudah, bleh?



~...walau sebaik mana pun HISYAM berlaku di hadapan ramai warga Kampung Separuh Desa, tentulah tidak mungkin dia dapat melindungi sesuatu peribadinya yang antara terpilih dan terjuih yang pernah disaksi dan dirasai sendiri oleh SERI BULAN, tapi demi kasih tidak berbelah bahagi-darab kerana kemaruk markah penuh, lalu rahsia tetap utuh kejap di poket Baju Kurung Kedah...!~








18 comments:

Kakcik Seroja said...

Tak ingat - dah baca ke belum novel tu! Balik kena selongko almari la... :)

susumanis said...

psst..kita x suka aa ayu raudhah tu..bole g2..hehe sori ye peminat dia

zonaku said...

ceritanya menarik, sayangnya heroin mengurangkan minat menonton

Anaa said...

hehe.. mula tu saya konpius kak.. ujung2 baru dapat tangkap.. :) .. citer Gemersik rupanya..

Nida said...

Saya pun sama dengan Anaa.. mula2 tak faham juga, pastu bila dah hujung entri baru faham..hehe. maklumlah dah lama tak baca novel, tu yang lambat sikit tangkapnya...

AzeedA said...

ingat kan 'Ahhmad! kau selalu di hatikuuu.. Ahh Ahh Ahhmaaddd!' tuuu hehehe ;)

@cu SaYaNg said...

tapi acu tak minat lakonan Ayu Raudhah dlm tu...

- GC - said...

ingat2 lupa samada dah penah baca novel ni ka blom.

Farid said...

Azie perasan tak lagunya...cute giler...melodinya best bila tiba part
'...inginku gigit2 cuping telinga kecilmu...'

Ladysirna FA said...

Rasa macam pernah baca juga novel ni..tapi ahhh tak ingatla..

munna said...

SUKA GILER TGK DRAMA NI....

JunAina said...

Romatika diamourlah cerita ni, mula2 dulu tak layan tapi bila skali tu terlayan padahnya hari-hari nak kena layan...hehehee...

Kalamhati said...

rmai tak suka ayu raudhah dlm tu nmpknya..hehe

gadisBunga said...

laa...adapt dari novel jugak ke kak?

ruginye saya tak abiskan novel saya 10 tahun lepas. kalau tak dah boleh jadi filem, tak pun drama tv dah!

NzA said...

wah, azie ni peminat novel nie......

ttp xsuka la heroinnya.......

NieSaa AtieSya said...

salam...sy x tengok drama ni..sbb x minat ayu raudhah... :(

NieSaa AtieSya said...
This comment has been removed by the author.
NieSaa AtieSya said...
This comment has been removed by the author.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails