Thalatha
03-02-2012
Tak tahu nak mula yang mana. Cerita yang macam banyak. Gambar apatah lagi. Beratus-ratus. Okey, AA rakam kisah yang mana sempat jer lah eh?
Percutian ini bukanlah plan yang dibuat berbulan, tapi kira-kira 2 minggu sebelum. Kebetulan seorang blogger, mempelawa ikut ke Kelantan, kebetulan juga dia ada tugasan luar. Plan asal kami akan berkereta bertiga, tapi kerana depa bergerak Rabu, so aku ikut kendian dengan bas pada Sabtu. Sani Express menjadi pilihan terbaik!
Dijangka tiba seawal 5 pagi dan harus turun di pekan Ketereh, kampung Anyss. Aku dah check dengan kerani di tangga bas, tapi tak pesan pun pada driver. Nahhh... terlelap dan terjaga ketika bas berhenti turunkan orang di suatu pekan. Panik menggelupur!
Rupanya, menurut drebar pekan Ketereh sudah terlepas. Bas sudah berhenti turunkan penumpang di Kedai Mulong. Aku tanya, berapa jauh? Katanya, 15 minit. Ohh.. ok aku kena turun jugak. Drebar tu buat muka semacam. Mungkin penat mengantuk atau apa, dia kata, “Turun saja kat Kota Bharu. Ujan ni.”
“Saya dah janji dengan kawan saya, jemput saya. Tak pa, saya turun sini.” Yeahh aku kena turun, kalu terus ke KB, jauh tu Anyss nak jemput aku. Ujan lebat plak tuh. Drebar dengan muka masam, terpaksa juga turunkan luggage aku.
Ada 3,4 orang sedang menunggu di hentian bas Kedai Mulong. Air melimpah sehingga buku lali. Kerana aku berkasut getah, terpaksa la buka dan berkaki ayam.
Lepas sorang, sorang pergi dijemput keluarga. Jam terasa lambat bergerak, dan ujan lebat macam tak reti berhenti plak.
Seorang makcik sebelum pergi, kelihatan risau dan bertanya, “Lama lagi ke kawannya? Makcik nak pegi ni. Bahaya awak dok sorang.”
“Takpa makcik. Kawan saya kejap lagi sampai.” Malas la aku nak susahkan orang tunggu aku plak, kan?
Makcik tu pergi juga kerana seorang lagi pakcik masih menanti. Pakcik tu menanti anak dia yang balik dengan bas lain. Tapi beberapa minit kemudian anak dara dan isteri pakcik tu pun sampai dan pakcik tu pun pergi ke kereta. Tetiba pakcik dan isterinya datang balik pada aku. Adehh... serba salah plak aku. Aku orang asing yang tak dikenali, tapi ada plak yang baik hati dan risaukan aku.
“Selalu kedai tu dah buka awal, tapi hari ini belum buka.” Kata pakcik tu. Aku faham, mungkin kerana ujan lebat. — Kawasan keliling adalah rumah kedai, yang sunyi sepi tapi masih ada lampu jalan. Cuma tempat aku berdiri tu, memang gelap dan orang tak akan mungkin nampak aku (kebetulan berbaju hitam) berdiri dengan kaki terendam air ujan hingga buku lali!
Di seberang jalan, ada seorang pemuda yang baru turun bas, juga menanti seseorang. Tapi juga pergi beberapa minit kemudian dijemput orang. Pakcik tu pun pergi juga, setelah didesak aku.
Berada dalam kira-kira 15 minit berseorangan dalam gelap dan ujan lebat sungguh memberikan pengalaman suspen dan berbeza. Jauh di bangunan kedai di belakang aku, tiba-tiba plak aku ternampak seorang lelaki muda berdiri dekat tong sampah. Di bawah lampu. Jadi aku nampak dia, tapi aku rasa dia tak nampak aku. Jika dia nak datang “serang” atau kacau aku, aku boleh nampak jelas. So aku tak berani duduk, hanya berdiri mengawasi depan belakang kiri kanan. Cuak giler beb!

Snap dalam ujan lebat, sebagai kenangan yang tidak dapat dilupakan. Mujur aku sentiasa ada spare payung kecik dalam bagpack.
Semua rasa tu, berakhir bila Anyss tiba dengan Cik Bintang menjemput aku balik ke rumahnya.
Mek (mak Anyss) dan cucu kembarnya yang kebetulan juga balik bercuti. Bestnya dapat layan budak kembar berdua tuh!
Sebahagian laman yang digenangi air sedalam kira-kira sampai buku lali. Pelantar dan tangga kayu ni aku rasa dari bahagian asal rumah Anyss (sebahagian rumah bahagian depan sedang dinaiktaraf). Sangat klasik dan menyentuh perasaan. Teringat rumah sendiri masa kecik dulu, pun kami ada pelantar dan tangga kayu sebegini. Kalu tak biasa, memang takut nak pijak tapi kami boleh berlari turun naik tangga macam tuh, selamba jer. Kerana ujan, aku tak berani langsung nak turun ikut tangga tu.
Cukup dulu. Panjang benar intro jalan-jalan aku. Harus ada yang tak baca, sebab dia memang tak baca kalu entri aku panjang. Tapi aku ndak sangat dia baca, kerana aku tak larat nak explain pada dia jadual aku, yang bila sibuk memang betul aku kata sibuk, bukan sengaja mereka alasan...!
~...HISYAM, belum menipis rindu penasarannya walaupun SERI BULAN sudah mundar-mandir di ruang jendela dan kelibat jelas dilihatnya bila kain tutup tingkap yang kusam itu berkibar di tiup angin petang...~
kak..
ReplyDeletetak apa.. ayu sentiasa baca satu2 entry kak..
dia bukan tamo baca,, tapi memang gitulah lelaki..
ehhhhhhhhhhhhhh!!
sorry
kak.. cerita lagi ya.. ayu nak tau lagi, kembar tu mencuit hati..
nak baby kembar juga..
comel..
PS: suka lihat gambar mak annys...ibunya cantik, pasti beliau manis.. ada pic dia tak?? jeng2... jeng2... dan jeng2
AYU:
ReplyDeleteTerimakasih.
HISYAM memang begitu. hahahaha. Lelaki kan?
Ada banyak kisah mencuit hati sepanjang Kak AA berada di situ, melayan budak kembar berdua tu. Memang lucu dan manis sekali!
Salam AA,
ReplyDeleteCiterlah lagi, tak sabar nih..hehehehe
MARINA MONROE:
ReplyDeleteUntie Marina. Lewat tido? :)
wah kenangan sungguh manis dan memang mencuak kan :)
ReplyDeleteKesihannya.... mujur tak diganggu orang jahat. Ikam kada kadinginan? Kalau tempat tersadai tu namanya Pasar Malang, lagilah mencuakkan, kan?
ReplyDeleteSelamat Tahun Baru 2012, azieazah, dan selamat maju jaya.
azie, mujur x jadi apa2 yg x diingini! ... tu pasal kak rose sangat takut nak naik bas!
ReplyDeleteCIKGU NORMAH:
ReplyDeleteSebenarnya saya berani jer, tak rasa takut sangat. Tapi cuma suspens jer apa nak jadi lepas tu... lepas tu... lepas tu.
Bang TEMUK:
Janganlah ada tempat nama Pasar Malang. Cukuplah dengan Lebai Malang jer.
Memang la sejuk dingin, tapi berpeluh sebab suspens bang...!
KAK ROSE:
ReplyDeleteAlhamdulillah. Tapi saya tak rasa akan terjadi apa-apa, cuma suspens bila nampak lelaki yang mencurigakan itu saja...
saya kalau sorang2 takut2 ni selalu baca ayat kursi je kak. alhamdulillah akak selamat ek..
ReplyDeleteERI-CHAN:
ReplyDeleteKak Azie lega sebab lelaki mencurigakan tu tak bergerak ke mana pun. Mungkin sebab air yang naik sampai buku lali tu buatkan dia tak rasa nak merayau-rayau...
AA....
ReplyDeleteBaca je stori kat atas ni teringat kenangan dolu. setaip 2 minggu malam sabtu saya menjadi penumpang setia bas ekspress seremban-penang. Biasanya sampai dalam pukul 4 pagi cam gitu. Kalau bas sampai awal maka berdirilah di hentian bas di kala gelap gelita menunggu hubby datang menjemput. Hehehe boleh bertahan 3 bulan je pastu pindah terus.
KAK SAM:
ReplyDeleteSaya pun ada pengalaman macam tu gak beberapa tahun dulu. Hampir tiap bulan turun naik Taiping tengok anak di MRSM. Kadang2 amik bas pagi, seharian siang di sana, pasti balik KL semula bas tengah malam. Sampai KL subuh gelap.
Pernah jugak, sampai jer KL pagi, terus masuk ofis semula.
Sebab tu agaknya, saya tak berapa takut bergerak sorang, tapi suspens gak ler kadang-kadang.
Wah!!!kenangan mengusik jiwa di kedai Mulong rupanya...akak suspen juga tadi...kenapa annys lambat sampai?
ReplyDeleteLupa akak nak tanya Azie,
ReplyDeleteAdakag anyss yang Azie maksudkan tu ialah blogger Saat Ku Sentuh Hatimu?
Siapa dia yg tak baca kalau n3 azie panjang tu?
ReplyDeleteoho..kt mulong.. perasan tak 'mulong bakery?' abg den punyo tuh...ahahha..baca pon saspens neh. tp org2 tua d klate mmg sgt caring...
ReplyDeletesuspennya baca kisah azie ni..kalau ibu pn maunya meraung kt situ....he.he.he...ttp pengalaman tu jadi sesuatu yg indah utk dikenang.....
ReplyDeleteARIZAKIAH:
ReplyDeleteJarak dari rumah Anyss ke Kedai Mulong kira-kira 5 batu Kak. Lagipun ujan lebat. Tak la lambat, kira-kira 15 minit saja.
*Ya, memang itu blog dia, saya pun letak link dlm entri lagi.
YUNUS BADAWI:
Tak kisah ler tu bang.
AKUZLE AYU:
ReplyDeleteOhh tak perasan plak. Next time kalu lalu situ harus tengok dan singgah!
Betul, caring sungguh mereka. Terharu rasanya.
NZA:
Saya tak bimbang sangat sebab hari semakin siang. Cuma suspens nampak lelaki tu jer.. hehehe
Oho... memang cuak beb! ;-)
ReplyDeleteseram nya citer di awal pagi hari.....
ReplyDeletekalau saya...pun cuak tersadai sorang2 dalam gelap2 buta macam tu. nasib baik jugak sebab akak pakai baju hitam!
ReplyDeleteSALAM,
ReplyDeleteLF baca dan baca semua ... LF tunggu kisah cerita seterusnya
Salam Azie
ReplyDeleteSelamat bersiaran kembali...
Suspen okayh.....cepat cerita lagi..maklumlah i kan kempunan tak dpt gi kelate :p
ReplyDeletepekan ketereh tu kg makngoh la...isk..isk.. kawan azie si anyss tu duk kg mane
ReplyDeleteberani sggh!
ReplyDeleteSuspen betul... sambunglah cerita lg... suke tgk tangga tu, tp mesti licin... di Pantai Timur mmg kerap banjir di hujung tahun... nasib baik paras buku lali sahaja... ah... rindunya pada hujan... di sini hujan boleh dikatakan tiada kak AA...
ReplyDeletepelantar macam ni kat umah nenek saya dulu pun ada. memang rasa gayat sgt nak jalan kat situ, tambah la nak berlari, takut sgt. tapi sekrg dah takdak lagi
ReplyDeletemengeri kan je..iskh
ReplyDeleteklu munna pergi balik rumah BIL..mesti lalu pekan ketereh ni.... dudlu tertanya juga ketereh tu apa ..rupanya buah gajus
ReplyDeleteakak, sila sambung kisah ni...saya nak jadikan panduan..sebab nak ke kelantan/Tganu jugak nanti ni..
ReplyDeletehe he he he azie mariiii siniiii..mcm mna agaknya azie..
ReplyDeleterindu ko kelate temapt lahir ku...
ReplyDeleteKAKCIK:
ReplyDeleteCuak la sebab pepagi buta tuh.
EELOBOR:
Seram tu idak ler sangat, tapi suspens!
GADISBUNGA:
Pakai baju hitam dan orang pun tak berapa nak cerah. Memang susah nak nampak. hehehehe
DATO’ LF:
ReplyDeleteTerimakasih Dato’. Atas perhatian dan pesanan...
FARID:
Rindu untuk bersiaran kembali...!
CIKINTO:
Oh ya U sampai Terengganu jer kan hari tu?
MAK NGOH SELAMOH:
ReplyDeleteOhh kampung Mak Ngah ya. Saya menginap di Kubang Kiat, Mak Ngah.
KHAIRIN:
Berani dalam takut, takut dalam berani.
MARYA YUSOF:
Memang ada sambungannya.
Tangga tu meang sungguh menyentuh perasaan, kan?
MAMASYAZA:
ReplyDeleteAgaknya kalu kita nak jumpa tangga macam tu, kat Rumah Panjang Sarawak jer ada... agaknya.
ACU:
Ngeri sangat idak, tapi suspens!
MUNNA:
Yeah.. ketereh tu buah gajus. Kak Azie pun baru tahu. hehehehe
DADDY ZIYYAD:
ReplyDeleteYa... ada siri catatan perjalanan ni nanti. Tunggu tau.
CUTE OVEN:
Apa yang macam mana...
TOTIE TOMY:
Orang Kelate memang baik hati dan caring!
alahaiiii memang suspen suasana macam tu, tapi kenapa akak tak mintak pakcik tu temankan dulu sementara tunggu kawan akak sampai
ReplyDeleteANN ISHAK:
ReplyDeleteKak Azie kesian isteri pakcik tu macam mengantuk dan letih. Takpa, tak sampai hati nak susahkan orang tua...
Owhhh...bahaya tu Kak Azie alhamdulillah tak ada apa2 berlaku. Adik ipar Aina asal Kedai Mulung.
ReplyDeleteJUNAINA:
ReplyDeleteKedai Mulong sekali pandang macam pekan kita di Perlih juga... Tepi jalan laluan utama bas express.