Saturday, January 21, 2012

Sarapan Bersama Blogger: Menu Ditukar...

Assalamualaikum
Sabtu
21-01-2012


Kalu tak kawan aku sebut pasal kenduri tu, harus dah aku lupa. Lupa terus! Mujur belum terlepas.

So lepas kerja sekerat hari tadi, pegi jugak. Seorang sahabat menerima menantu pertama. Meriahnya. Majlis berlangsung di Maktab Polis Diraja, Ceras.

Snap flower girls tu.

Kami sampai sedang elok masa pengantin sedang bersanding dan kompang tengah “kepak gebung! kepak gebung!”

Pagi tak sempat pun sarapan, kalut. So makan sungguh-sungguh!


Lepak dengar lagu live dari band plak. Best!

Tahniah buat sahabat MEK NIK AIDA, menerima menantu yang segak lawa. Moga jodoh anak menantu kekal bahagia selamanya.

Balik sebenarnya dah letih tapi ikutkan juga karenah bebudak. Sebenarnya nak membeli-beli buku. Tapi kalu dah ramai camtuh, apa lagi lepak makan-makan jer yang lebih.

Kemudian pukul 8.30 malam, berkejar pula mengambil stok Tart Nenas di Kelana Jaya. Kan dah janji nak kasi yang fresh! So esok kita jumpa di Program Sarapan Bersama Blogger di Shah Alam.

Kerana tak sempat nak beli apa pun, so plan nak potluck Karipap nampaknya tak kesampaian. Memang tak sempat.

Oleh kerana barang-barang untuk buat Puding memang sudah beli beberapa hari lepas (sebab IKA ada balik bercuti), so baru tadi sempat juga buat.


Puding Jagung jer la yang ada.

Bak seperti kawan aku pernah kata, aku memang degil, ketegaq dan gigih. :) Gigih la sangatttt...

Okeh, bloggers! Jumpaaaa esok insyaAllah.


~...HISYAM, kesetiaan awak sangat menyentuh hati saya — SERI BULAN...~








11 comments:

luahfikiran ... mari kita said...

SALAM,
Nak tat nenas ...bersabar tunggu esok pagi

Citarasa Rinduan said...

peehhhhhhhhh
akak mmg hebat.
layan puding jagung buatkan ayu sangat mahu cr pintu doremon..adehhhhhh

kak. esok ayu temankan en zalie bt rawatan.. makankan dan kirimkan salam buat sahabat yang attend ya

PS: ayu suka pic ke2 kak azie..
ada kelainan, pic makanan cun bila latarbelakang pelamin bersama pengantin

azieazah said...

DATO’ LF:
InsyaAllah Dato’. Pastikan tidak mengigau malam ini. :)



AYU:
Semoga kesihatan ZALIE bertambah baik dan sihat.
Pic makanan tu sebenarnya konon nak buat gambar 2 in 1....

gedek! said...

Ampun...

tak boleh sampai esok....

:(

Deru Ombak said...

Memang sungguh gigih.. Kalau saya dah lama merangkak cari tilam bantal...

akuzle ayu said...

aduhai! tak sabar menunggu hidangan kasih syg akak neh...nyam3!!

Acik Erna said...

AA.tak dapat nak beli tart nenas dan tak dapat nak merasa puding jagung..

♥MAMASYAZA♥ said...

puding jagung pun ok ape....nyummmmm sedapppp

ibundo said...

Sedap tart nanas tu. Yang beli haritu tak sampai satu hari dah habis.
Selamatnbertemu rakan2. Kami di kampung kenyang makan buah2an.

Fadzil said...

dah dekat dgn rumah saya tuh dtg kenduri.

MaryaYusof said...

Gambar nasi minyak berlatar belakangkan pelamin tu mmg cantik :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails