Wednesday, January 4, 2012

PSK: “Mokcik, saya tumpang posing...!”

Assalamualaikum
Rabu
04-01-2012


*PSK = Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu, Kelantan Darul Naim.

Walaupun cuaca mendung dan ujan renyai macam tak reti nak berhenti, tidak menghalang niat dan hasrat untuk berjalan di bandar Kota Bharu. Sebenarnya, lepas tiba di rumah ANYSS, kami solat Subuh dan tidor berbungkus dalam selimut tebal sampai ke siang.

Program pertama, Pasar Siti Khadijah. Pasar tidak begitu sesak, agak lengang mungkin musim cuti sudah berhujung dan tak banyak lagi trip lawatan dari luar yang kelihatan. Musim tengkujuh yang baru bermula juga, mungkin antara sebab orang tidak ramai keluar sebegitu awal macam kami.


Di pintu masuk, buah-buahan. Cuma makcik ni sorang saja yang berjual durian.






Telur penyu. Aku tak pernah rasa, tapi tak beli pun. Susah nak urus barang macam telur nih...



Tingkat bawah bahagian lain. Kuih muih pelbagai jenis. Warna dan rasa. Meriah! Sampai tak tau nak beli mana satu. Semua nak rasa.

Jika ada orang kata, tak leh telan kerana kebanyakan menu Kelantan manis belaka, tapi aku tetap suka nak cuba. So hampir setiap jenis yang berkenan (yang jarang nampak), beli sebutir atau RM1 jer. Buat rasa.


Tingkat atas, bahagian kering. Keropok paling utama.

Kerana aku ikut “saing” Anyss orang Kelantan, so mudah saja nak kenal mana keropok yang berkualiti tinggi, gred baik, sedap dan segar. Tawar menawar pun menarik! Borong jangan tak borong! Aku borong keropok sampai seguni! Peduli apa, bas yang bawak nanti.



Peniaga situ agaknya tak heran lagi kalu tengok orang luar meronda pepagi buta macam tuh, usung kamera klik sana klik sini.


Serbuk yang kuning dan putih macam bedak tu sebenarnya ialah Serbuk Kulit Rambai.

Rasanya hanya ada di Kelantan (atau mungkin negeri sebelah utara seperti di Perlis, atau Bukit Kayu Hitam). Kawan aku CHE YAH kirim soh beli. Rupanya itu adalah scrub muka. Aku selalu dengar tapi tak pernah cuba. Patut pun CHE YAH tu maintain jer gebu. Aku belikan dia satu yang kuning, dan satu yang putih. RM1 = per pack yang kecik. Yang besar tu RM6.

Di bahagian luar pasar, jualan brooch memikat jiwa. Beli tak? Beli jugokkk...!

Melihat budaya di Kelantan, di mana kaum wanita mendominasi perniagaan di Pasar Siti Khadijah ini, bersesuaian sekali nama pasar ini dan aku melihat ianya sebagai sesuatu yang sangat unik. Harga semua standard dari satu peniaga ke peniaga lain. Jika nak dapat lebih murah, kena pandai negogiate.



~...seluruh warga Teratak Nyatuh memang tidak pernah menyimpan menu manis atau pedar, tetapi resam seluruh kampung sudah cukup memberitahu SERI BULAN, emping padi muda bersulam kelapa parut lemak yang menjadi kegemaran HISYAM, lalu setiap kali musim menuai tiba, mereka seperti anak kecil diumpan keropok popo...!~







31 comments:

nyanyisunyi said...

Masa pegi KB tahun sebelumnya sy tk berpeluang pegi PSK ni..frust betul maklumlah ikut org..

memang rasa seronok sgt bila smapi kt situ..samalah mcm singgah pasar payang Terengganu

kakcik said...

Banyakla Azie bawok pitih gi sane ye? :)

Fatin Mraz said...

pasar yg saya x penah pegi...hehe..kelantan pun x penah jejak.. hujung bulan ni baru nak ke sana.. nak ke golok..leh singgah..

Farid said...

Azie

Sepanjang umur dah masuk 4series ni...belum pernah sampai negeri Pantai Timur lagi...rasa teruja pulak nak pegi.

Pok Amai-Amai said...

Sy pnh g sekali je PSK nie. Pnh sekali mkn kat food court die. Sy msh igt, sy makan nasi lauk sambal sotong. Die punye sambal...

Manih!

@cu SaYaNg said...

Dulu acu guna juga kulit rambai tu
bagus sebenar nye...untuk buang daki2 di badan...nanti kulit jadi lembut je...sekarang dah lama tak guna sebab susah nak cari kat sini

eelobor said...

pasar siti khadijah tuh kat KB ker akak? hihihihihi

ainnoraini said...

Saya pun suka gi kelantan kak azie walau pun bukan kg kat sane... Bulan feb ni nk gi lagi...

tak makan nasi kukus dan ayam goreng panas2 kat gerai aziman...sedap la jugak..

azieazah said...

NYANYISUNYI:
Tiap kali ke Kelantan, saya mesti masukkan Pasar SK ini dalam agenda lawatan. Terasa rugi jika tak masuk melawat.



KAKCIK:
Tidak ler Kakcik. Beli barang makan saja.



FATIN MRAZ:
Kalu ada masa, elok juga sekali melawat Kelantan. Penuh budaya dan unik dengan makanan dan kegiatan perniagaan.

azieazah said...

FARID:
I suka pegi Kelantan bukan pasal nak shopping. Tapi I suka negeri yang penuh keunikan dan begitu berbeza.



POK AMAI-AMAI:
Memang sambal di sana semua manis manis nelaka!



ACU:
Laaa.. kalu tahu, boleh belikan untuk ACU barang sepaket dua.

azieazah said...

EELOBOR:
Dulu Kak Azie ingat Pasar SK tu kat Pintu Geng! hahaha




AIN NORAINI:
Kami hari tu makan sakan-sakan kat Restoren Cikgu, di Kampung Kraftangan.

saniah said...

I ni tgl johor n kelantan blum sampai....mgkn deps duk kat ujung semnjung kot...nnt lah nk goda tok laki i lah....:) mcm2 ada kat PSK tu kan

KhaiRin - anies said...

ole2 utk sy?

azieazah said...

SANIAH:
Jika ke Kota Bharu, memang kena masukkan lawatan ke Pasar Siti Khadijah dalam agenda. Tak rugi. Tak beli apa pun takpa, tapi dapat tengok sesuatu yang unik.



KHAIRIN:
Hehehe... hantar secara maya boleh? :)

gadisBunga said...

saya tertarik tgk bedak kulit rambai tu. pernah guna. bagus. tapi bau dia mak aii....

yg kat situ ada bau tak kak?

Citarasa Rinduan said...

serius ayu dah hampir 15 tahun tak kesana

suka lihat peniaga yang berniaga disana..
ala2 santai..
barangan teratur...
teridang dan nampak cantik

kak...
ada ole2 utk ayu.. hehehe

Ann Ishak said...

cantik2 brooch nya kan

Chik Att said...

sakan memborong .....

Ibu n Abah said...

Azie..
akak rasa geram macam nak gi Kelantan bila Azie cerita bestnya Pasar Siti Khadijah...
Cuti CNY nak kesana...

Eri-chan said...

dah lama tak jalan2 kelantan

azieazah said...

GADISBUNGA:
Yang Kak Azie beli tu powder, kering betul. Nak guna jer baru boh air sikit. Langsung takda bau, langsung takda kesan warna kat kulit. Tapi jangan pakai selalu, seminggu sekali cukup.



AYU:
Memang seronok dan meriah. Cuma tak sempat nak beli banyak, masa terhad dan cuaca pun tak sesuai.

azieazah said...

ANN ISHAK:
Cantik, tapi sama jer dengan lain lain tempat. Pilihan banyak, harga pun lebih kurang sama di KL.



CHIK ATT:
Tidak juga. Keropok jer yang banyak.

azieazah said...

AKAK:
Sila Kak. Ada banyak bazaar menarik dan baru dibina di sana.



ERI-CHAN:
Jom... kita pi nak? :)

LIPISLADY said...

sallam Azie,

Pegi Kb ikut rombongan Cik Kiah ke, saya lama dah tak ronda2 kat KB. Seronok kan.

MaryaYusof said...

Salam, terlewat sikit sy bc entry ni... kali terakhir sy pegi kota bharu dlm tahun lpas.. xsempat nak shopping sb pergi atas urusan kerja... telo penyu tu da semakin terancam tp masih boleh dijual secara terbuka... keciannya... bedak rampai tu ade dijual di toko2 herba, suka jugak beli tp xsangka di kota bharu lg murah & byk pulak tu :)

zennaya said...

saya pernah menetap di KB sbb ikot abah posting ke sana. Abah keje polis,kami sekeluarga duduk sana lebih 6 tahun. Rumah kami selalunya jd tempat homestay utk sedara-mara dtg ke KB time cuti sekolah. Org Kelantan klu buat mkn mmg kreatif n manis2. Ingat lg,klu mkn roti canai kat restoran sana,diorg cicah dgn gula. Sebotol kecil gula mmg dh de atas meja kat kedai makan.

azieazah said...

LIPISLADY:
Tidak Kak. Saya pergi sendiri. Dua orang kawan saya sudah pergi lebih awal dari saya, tunggu di sana.



MARYA YUSOF:
Betullah. Banyak perkara dan benda yang tempat lain tak ada, tapi ada di Kelantan dan di seluruh bandar Kota Bharu. Seronok dapat peluang melihat sendiri.

azieazah said...

ZENNAYA @ NURUL:
Wahhh bestnya dapat peluang juga menjadi orang Kelanta sekejap ya? Pandai kecek Kelate tak? hehehehe

zennaya said...

kak Azie,

masa duduk sana,pandaila jugak,sebab terpengaruh dgn kengkawan kat sekolah. bila dah pindah keluar Kelantan,langsung lupa kecek kelate. Tp klu orang ckp,fahamla

JunAina said...

Kalau pi kelantan Aina pun suka cuba makanannya.

~ yus ~ said...

macam tu ya rupa telur penyu? Saya baru nampak kak...huhu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails