Thursday, January 5, 2012

Jumpa Sintok bukan di Sintok, Jumpa Putu bukan di Pudu...

Assalamualaikum
Khamis
05-01-2012


Masih berkisah tentang Pasar Siti Khadijah. Nama pun pasar, segala macam benda dijual di sana. Pusat jualan yang besar yang lebih bertumpu kepada hasil tani dan juga produk tempatan yang rata-rata adalah sayur, ikan, barangan kering, hasil usaha penduduk tempat terutama kaum wanita.


Kuih muih lepat berasaskan ubi. Yang PURPLE tu keladi. Tak beli pun.


Che Mek Molek laaa... Berhati-hati, ada gula cair di tengah yang mudah meleleh.


Buah Tanjung. Manisssss....!



Jala Mas. Aku beli seketul saja, buat rasa. Memang manis berdengung! Berasaskan telur.


Yang bulat-bulat tu berasaskan kentang. Kata penjual tu, kurang manis.
Aku beli 3 biji = RM1, tapi manis jugak!



Yang panjang tu katanya Nasi Tumpang kalu tak silap dengar. Tapi tak beli pun. Yang kecil tu, ramai tahu; Sata.


Aku tak tahu cemana depa makan Jering Rebus nih. Dimakan dengan Nyor Manis. Unik kan?



Putu beras. Masa kecik dulu selalu makan beli di kedai di kampung. Yang ini beli juga beberapa bungkus. Cuma rasa pewarnanya agak kuat.


Limau gedang atau limau bali. Siap dengan kicap cilinya sekali. Beli makan di rumah Anyss. Manis sikit, tapi tidak masam.


Kerabu Kaki Ayam. Tak beli pun.


Inilah Rempah Kari Kawah.

Jumpa juga. CHE YAH kirim soh beli. Untuk dia setengah kilo, dan aku pun try beli untuk diri sendiri. Dah masak pun semalam. Buat Kari Ayam. Tak sangka rupanya memang sedap. Tak perlu campur apa lagi. Sebab penjual tu bungkus dah siap campur dengan sedikit rempah ratus lain. Kena cuba tau... Next time kalu pegi lagi PSK, benda ni kena jadi benda wajib beli! Sekilo = RM12.


Kerana mokcik penjual tu duduk tinggi sangat, terpaksa dongak untuk menawar harga Gelembung Buaya tuh. Dia kata 3 = RM10, akhirnya aku dapat 4 for RM10.




Aku dah biasa makan Gelembung Boya nih, sebab sorang kawan Kelate aku rajin gak belikan bila dia kelik kampung. Ianya rasa manis berlemak sebab dibuat dari kelapa parut. Lebih kurang macam Candy Kelapa, cuma agak berminyak.


Serbuk kulit rambai. Scrub muka dan badan. Juga yang siap dibungkus berlabel, tapi harga mahal sedikit. Yang bungkus manual tu murah, besar = RM6, yang kecil cuma RM1.


Masa kecik-kecik dulu, selalu la tengok rokok daun nih. Sekarang ni memang langsung tak jumpa la. Tak sangka jumpa di sini. Kelakar pun ada, sebab teringat masa kecik dulu, kami pun rajin gak try merokok daun nipah nih!



Bila aku renung baru aku cam benda ni. Lama dah tak tengok. Sintok. Kali akhir masa mandi dalam pantang beranak kali akhir dulu. hehehehe



Nak mandi bunga, senang.



Geram tengok segar bugar Pucuk Paku nih. Snap terus!


Ada banyak lagi yang ditemui, dilihat dan dibelek. Tetapi tidak semua dapat disnap kerana leka, juga tidak semua kami beli kerana agak mustahil untuk memborong semua sedangkan tidak pasti bila hendak dimakan.

Setidak-tidak, aku puas hati melihat sendiri keunikan menu Kelantan, juga cara berniaga kaum wanita di sana.

Sesuatu yang menjadi tradisi mereka, bila dengar kawan kita panggil nama kita, dia pun ikut panggil nama kita, macam kita “saing” dia plak. Hehehehe... but I like!


Selingan:


Kami jumpa orang berniaga Putu yang kami sangka Putu Beras macam yang biasa kita jumpa. Rupanya Putu Halba.

Uniknya, ianya dibuat dari Ubi Kayu (parut), campur ramuan Halba dan Bawang, dikukus seperti putu beras biasa, bersama inti Gula Melaka, dan dimakan bersama Nyor Manis. Sedap makan masa panas saja, bila sejuk terasa macam dah liat (mungkin kanji ubi kayu tu). Seronok mencuba sesuatu yang kita tak pernah jumpa.



~...kali ini giliran SERI BULAN pula merasa kerinduan teramat, bila surat bawah ampaian tidak kelihatan, HISYAM sudah lama tidak mundar-mandir dalam sengaja di laman Teratak Nyatuh sehingga letih dia menunggu di sebalik kain tutup tingkap...~








22 comments:

  1. SALAM,
    REMPAH KARI KAWAH TU ADA LAGI KAN? MASAK2LAH MASA HUJUNG MINGGU NI ... KAMI DATANG

    ReplyDelete
  2. sata memang sedap. pucuk paku tu pun nampak best sgt. buat masak lemak, sedap tu

    ReplyDelete
  3. Dulum kakcik suka makan Gelembong Boye tu, tapi bila umur dah meningkat ni (sedar pun!), tekak dah agak memilih. :)

    ReplyDelete
  4. kak masa mengandun dsi ika, sya mengidam makan gelembong boyo tu

    ReplyDelete
  5. Mak aih! Tgk je kuih2 manis tu, rs nak luruh gg2...

    ReplyDelete
  6. Azie

    Rokok daun itu mengamit nostalgia lama...kita pun melalui pengalaman yang sama...kalau diingatkan kelakar giler.

    ReplyDelete
  7. Agaknya Azie segan nak sebut kuih yang bulat putih tu ye..namanya Tahi Itik....Ia berasaskan putih telur. bahagian kuning telur dibuat kuih buah tanjung dan jalamas.

    rugi Azie tak rasa nasi tumpang tu..akak sangat suka..Di dalamya berisi nasi himpit yang ditekan mengikut kelongsong daun pisang tersebut, dilapisi dengan 3 jenis lauk,serunding ikan,udang masak lemak dan telur dadar...

    Semasa adeela demam aritu dia teringin nak makan jering rebus..tak tau pulak ada di PSK..

    Gerai jual bunga tu la tempat akak beli daun sireh untuk dibuat sireh junjung.

    ReplyDelete
  8. kuih muih kelantan mmg sy x mkn sbb mmg tau manis melinting!
    tp kalu nk beli kasi org, no prob!

    ReplyDelete
  9. sallam Azie,

    Orang kelate memang suka manis,
    sebab tu wanitanya manis2 belaka.
    hehe...

    Unik2 makanan mereka yee..

    ReplyDelete
  10. rindunya nak pi KB. Sejak kami sekeluarga dh pindah keluar KB,dh jarang dtg ke KB. Seronok duk KB,makanan mmg murah. Cuma tekak Abah(org Johor) tak suka makan makanan manis2 kat Kelantan. Klu kat KB msa dulu suka mkn kat kedai makan nasi kukus Zakini dpn IPK Kelantan Jln Bayam. Satu lg nasi lemak ayam goreng IBY. Perghh sedapnya...:) Last sekali pi KB bulan 2 thn lepas,cari jugak 2 buah kedai tu,tp x jumpa. Klu pi Rantau Panjang n Pengkalan Kubor lg gila shopping ;) Pinggan mangkuk,periuk belanga. Mcm2 ade kat sana

    ReplyDelete
  11. Pucuk paku jugak yang the best! hehe...

    tambahan pulak..memang tak suka makan yang manis-manis..tengok pic pun dah rasa seriau...hehe

    ReplyDelete
  12. salam akak...

    wow bestnye..mcm2 ada..makanan pelbagai kaler dan nampak sedap..hehhe..

    pucuk paku pon nampak segar

    ReplyDelete
  13. wahhh macam2 jenis kuih..xpenah tgk pun ade..thanks for info akak..:)

    ReplyDelete
  14. seumo hidup lom pernah gi lagi pasar siti khadijah ni..teringin nak pegi sebab tgk gambar makanan banyakkk..hehee

    ReplyDelete
  15. Dulu masa sekolah rendah selalu curi2 hisap rokok daun jiran acu..hehehehee

    ReplyDelete
  16. seronok klu ke kelantan tgk makanan diaorg bewarna warni... dah berapa kali balik kelantan tapi tak pernah terserempak dgn putu halba... en. abg kata putu halba ada time musim tengkujuh je kat kelantan

    ReplyDelete
  17. Rambang mata tengok semua kuih muih tuu :)

    ReplyDelete
  18. Kuih putu tu memang nampak sedap...banyak jugak makanan jual dekat pasar tu kan

    ReplyDelete
  19. arrrrrrrrrrrrrrrr... nak balik kampunggggg!!! huhuhuhu...

    ReplyDelete
  20. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  21. salam,tuh yg bungkus2 sis beli kt mne di kota bharu?nk beli jgk nk guna..maksud sy serbuk kulit rambai.sy cari jfk yg kilo cmtu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua tu dalam Pasar Siti Khadijah, KB. Serbuk rambai tu di bahagian bawah sekali dekat dengan orang jual jual buah.

      Delete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails