Sunday, January 29, 2012

Dilema Menantu Tanpa Sijil...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Ahad hari minggu
29-01-2012


Hari untuk berehat. Memang perlukan rehat. Tambah dah tua-tua nih...! Kalu pun tak bleh nak jadi awet mudo, setidak-tidak dapat jadi “vintage” pun orait gak...

Sudah lama LUNA tidak menghubungi dan bercerita. Beberapa hari lepas, LUNA ada sebut dia patut kena balik kampung kerana suami sudah buat janji dengan keluarganya. Aku dengar dah cuak. Apa kes LUNA kali ini?

Isu balik kampung jadi isu besar bila LUNA tak bagi respon. Baginya, jika suami ajak dia ikut. Malas nak fikir sebab serik. Bila LUNA nak balik jumpa MAK sendiri, banyak alasan suami memang berat jiwa raga nak bekerjasama.

Akhirnya semua tak balik. Mertua LUNA pula yang call tanya kenapa janji nak balik tapi tak muncul? LUNA berdalih. Terpaksa. Jaga nama suami. Jaga hati Mertua.

Hati dia? Memang dia menantu yang bukan pilihan. Memang dia tidak seadanya berbanding menantu Mertua dia yang lain. LUNA tak masuk U, jadi dia bukanlah graduate. Walaupun bekerja, LUNA bukan pegawai besar yang gaji beribu. Dah lama LUNA sedar tentang bandingan tu, tapi dia tak upaya nak tegakkan kenyataan. Selain dari diam dan tanam azam dalam jiwa sendiri, bahawa dia tidaklah sehina itu dan dia harus berusaha untuk diri dan keluarga. Bukan untuk mertua semata...

*pic snap sendiri, tak cilok orang punya — dari Majalah MW

LUNA tanya, “aku tak salah, kan Azie? Aku cuma cuba nak jadi yang terbaik.”

Aku: Yang salah adalah, apabila kita tidak langsung berusaha mengubah persepsi orang, tidak mahu berusaha mengubah diri kita.



~...sudah lama juga Pak Imam berhasratkan pemuda bernama HISYAM itu sebagai menantu pilihannya, tetapi apabila Pak Utih bagai membantah dan Mak Utih pun tidak rela menyerah, tahulah dia kini lelaki itu memang kuat jagaannya dan mengertilah dia juga bahawa di Teratak Nyatuh SERI BULAN juga pasti menjadi pembangkang utama...~








20 comments:

  1. AA..baru tau adanya menantu tanpa sijil..kalau beli majalah mingguan wanita..dah tentu acik tau awal ni..

    ReplyDelete
  2. ACIK ERNA:
    Itu majalah MW lama gak. Tahun lepas punya.

    SIJIL di sini bukan sijil nikah, tapi SIJIL akademik.

    ReplyDelete
  3. errr napa ntah nak risau if menantu pompuan yg tak belajar tggi
    kalau menantu lelaki itu yg kena risau

    ReplyDelete
  4. saya punya kawan..dedulu bf dia diploma holder..masa kawan saya sambung buat degree mak dia suruh break dengan bf..sebab katanya tak 'setaraf'.

    kawan saya tu last2 kawan dengan orang yang ada masters. baru la mak dia hepi. katanya pompuan takleh kawin dengan yg taraf lagi rendah. macam gitu punn ada..apedaaa

    tapi tu la..orang selalu tengok suami, kalau perempuan tak berapa kisah sangat, sebab lelaki yang lead family kan. tapi patutnya tak jadi isu lah. tak semestinya yang ada sijil ni better dari yang takat spm aje..

    ReplyDelete
  5. LELAKI INI:
    Jika 20 tahun dulu, takda isu sama sekali. Zaman sekarang, menantu pompuan yang ada sijil sangat lah diutamakan.. wpun hantaran pun sakan.




    CIK SIBUK:
    Beruntung juga begitu.
    Kita boleh anggap kes Mertua LUNA sebagai kes terpencil. Mungkin juga sikap tamak dan bangga itu mempengaruhi.

    ReplyDelete
  6. Ermmm.. Cemane nak tukar persepsi orang pada kita Azie.. Sape yang bernasib baik tu Alhamdulillah. Mana yang liat tu? Buat la baik cemane pun.. Kalau dah menantu bukan pilihan... Sampai dah beranak tiga pun..tak bleh terima...suami pulak anak mithali, syurga ditelapak kaki ibu... Adeh!!!

    ReplyDelete
  7. Azie, kalau sijil berlambak tp hati x baik x guna jugak kan...patutnya MIL tu kena pk yg tu jugak kan....

    nasib baik la kak rose ni the only DIL... n my MIL tersangatlah baiknya! beruntungkah?

    ReplyDelete
  8. huhu penting jugak kot..tp agama dan akhlak perlu jd keutamaan..
    yg lelaki perlu lebih berilmu kot..sbb nak jadi pemimpin dalam keluarga

    ReplyDelete
  9. kasihannya luna..
    tumpang simpati, syukur.. walau tiada apa2 sijil ayu ttp menantu yang tiada boleh dibanding dengan apa2 sekali pun

    ReplyDelete
  10. bila membaca masalah orang lain.... sedar diri ini sudah agak bertuah. sentiasa bersyukur....

    ReplyDelete
  11. masalah rumahtangga ni saya kira, kalau boleh kena banyak2 bersabar. satu hari nanti Allah akan balas juga. cuma itulah, sanggup atau tidak je nak bersabar ni :)

    ReplyDelete
  12. sijil bukan penentu kebahgiaan~

    ReplyDelete
  13. oklah. ada sesapa sudi nak amik saya jadi menantu? eheheheh~

    ReplyDelete
  14. Salam,
    LUNA, kau tetap ada kelebihanmu di samping kekuranganmu ! Begitu juga mereka itu .... tetap ada kekurangan mereka di samping kelebihan ! Usah terasa rendah diri

    ReplyDelete
  15. Teringat kisah adik ipar yg sptutnya kawin CNY baru2 ni..tapi tak jadi coz macam2 yg dipinta oleh bakal mertuanya....

    ReplyDelete
  16. emak saya, semua 4 menantunya tak de sijil graduate...huu~

    ReplyDelete
  17. DERU OMBAK:
    Nampaknya U sangat mengerti dan memahami situasi.
    Adakala seseorang menantu sangat berusaha, tapi bila dalam fikiran segelintir orang sudah begitu, susah nya nak ubah.



    KAK ROSE:
    Untung atau tidak pun, bergantung penerimaan juga. Adakala kita tidak boleh terlalu berharap tinggi, kan. Bertolak ansur dan cuba memahami itu saya rasa lebih baik menangani keadaan.

    ReplyDelete
  18. KALAM HATI:
    Mungkin si lelaki berada di persimpangan kasih. heheheh macam dalam drama.



    AYU:
    Mungkin zaman dulu boleh saja dilupakan. Tetapi di zaman sekarang, susahnya kita nak meneka hati orang.



    EELOBOR:
    Yup. I like perkataan “bersyukur” tu.

    ReplyDelete
  19. CIKGU NORMAH:
    Bersabar itu sudah semestinya. Tetapi selaku manusia biasa, perasaan rendah diri dan kecewa tidak mampu dielak.



    FATIN MRAZ:
    Ya. Harap kes LUNA adalah kes terpencil.

    ReplyDelete
  20. GADISBUNGA:
    Ramai yang sudi. Sabar dearrr...



    LF:
    Terimakasih atas kata semangat itu.



    MULUTPAYAU:
    Ohhh kesiannya. Memang sudah banyak kes Mertua sangat demanding kan?



    NAJWA:
    Beruntungnya menantu mak awak.

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails