Tuesday, December 21, 2010

Nasib DO, Nasib RE, Nasib MI (or me?)...

Dalam berkawan, bercinta atau berhasrat/bercita-cita tentulah banyak angan-angan dipasang. Jangan sampai seperti memasang kain langsir mengikut musim saja. Bila dah gantung di bulan Ramadhan or pagi Syawal, tahun depan baru cabut tukar baru. Silap-silap langsung tak tukar 2,3 tahun.

Yang lelaki kalu nak berkawan dengan pompuan, (or tetiba terjatuh chenta), jangan gelojoh, macam...


PAK MAUN


Nak cari pucuk muda saja, pastu pandai pula berdolak-dalih, banyak ALASAN... (Aku suka pelakun Hussein Abu Hassan [arwah] dalam filem ni).


akhirnya kantoi...



Bukan senang nak mendapat hasrat di hati jika tak cukup kental dan gigih. Jangan nak harap bantuan orang semata (mengata diri sendiri).

Nak mudah, jumpa Bomoh Temberang.

“Wahai Mambang, cepat standy, rezeki kita sudah sampai...!”


“Kalu dah selesai, baliklah. Mambang nak kira duit.”


Bila hati sudah suka, mata bertaut, jiwa tertambat dek tali asmara (or tali lumbu sekalipun)...


Tak mustahil sanggup buat apa saja, waima simbah asid bila chenta tidak dilayan...


“Possible! Possible!”

Hikmah dari segala kejadian, membawa kepada sebab. Gadis disimbah asid rupanya sedang hamil 6 bulan (sedang bertunangan baru).

Akhirnya KOMENG lari tinggal seluar pendek!

“Ini semua korang punya pasal. Bos pun sama jugak!” — Aku takut bilamana terlalu sibuk, aku tergolong dalam ibubapa yang tak sempat nak pantau dengan siapa anak aku sedang berkawan atau bergaul...



“Kalu NORA tak datang, siap korang malam ini aku kerjakan!” (Sekali lagi, aku terpikat dengan Hussein Abu Hassan [arwah] dalam filem ini, esp. remos dia! Tak pasti masa ni dia dah kahwin dgn Nora tu ke belum...)

“Tadi kau kata nak buang air, kan? Pegi! Pegi! Makan julap banyak-banyak!”

Bila dah nak terbuang, baru nak cari julap. Nyesal.

Aku takut menjadi “sudah terantuk baru tengadah dan tengaduh!”


~...bila Mak Utih mensyaki gelora di jiwa SERI BULAN, Pak Utih lebih dulu memahami apa yang berada di hati gelisah HISYAM...~



23 comments:

  1. salam kak azie.. byk kali jugak dah tengok nasib doremi

    ReplyDelete
  2. salam azie..hehe..bab ni makcik angkat tangan u memang pandai berkariya..markah 99.9 percent..naik daripada semalam. makcik banyak tenguk nasib drm..bila cinta dah pudar macam3 jadi..ada yg sangat menyayat hati..hilang segala manis sebelum ni..

    ReplyDelete
  3. salam kak azie...
    aplikasi dari filem do re mi dengan permasalah realiti hari ni...BEST! Saya suka baca... :)

    ReplyDelete
  4. aku selalu pesan dgn anak-anak aku ~ "boleh pandang-pandang,jgn pegang-pegang kerana malu tanda orang yg berIMAN" :p

    ReplyDelete
  5. ehem..........

    pesta muda mudi..
    bertemasya dan bernyanyi...

    ewah...pinggang sakit lah kak azie, nak pekena kopi kacip fatimah nie

    Ps"of couse pak utih mengetahui niat dan gelodak hati hisyam...sama-sama lelaki!!!!

    ReplyDelete
  6. pak maun memang lawak dan sporting laaa

    ReplyDelete
  7. memang tak pernah bosan tengak filem pramlee ni..banyak masej yang terselit dalam filem2 dia..
    tapi sampai la saya masih hairan, ada sorang orang melayu malaysia yang saya jumpa tak pernah tengok filem p ramlee...adeeehhhh..heran..heran...
    sampa la saya masih terpikir²..dia ni tak dak perasaan ka?

    ReplyDelete
  8. huhu..All time feveret tu kak azie! :)

    ReplyDelete
  9. penuh dengan mesej! cerita2 p ramlee mmg banyak pengajarannya kan?

    ReplyDelete
  10. xjemu wpon byk kali tonton,kan..hidup betul lawaknya

    ReplyDelete
  11. Kope sate! (Topel order kopi gaya cakap Perak)

    ReplyDelete
  12. Entri ni masuk kategori SERAM. Meremeang seram bulu betis dan bulu celah wa baca entri nih!

    ReplyDelete
  13. AZMASK:
    Salam. Walaupun begitu, kita tak pernah jemu, kan?


    EELOBOR:
    Terpulang kepada yang mentafsirnya sendiri.

    ReplyDelete
  14. MAKCIK MERIAM:
    Terimakasih.
    Cinta pudar jika bijak menghangatkan kembali, insyaAllah boleh pulih. Yang dikesali bila, tiada usaha ke arah jalinan hubungan semula. Ego.


    RED RAMBUTAN:
    Yeahhhh! PAK MAUN lempar tongkat!

    ReplyDelete
  15. HASLEENA:
    Salam. Idea spontan jer.


    ECHAH:
    Ramai orang mesti bermula dgn pandang. Jeling. Tapi malu tapi mahu itu yang ramai.

    ReplyDelete
  16. AYU:
    Yeahhhh...! Lagu Saloma ni.
    Kacip Fatimah? Fuyooo hebat tuh...


    CEMOMOI:
    I like PAK MAUN dari dulu sampai sekarang. Dia pandai bersyair!

    ReplyDelete
  17. ZAKIYAH:
    Belum lagi Kak Azie berada dalam keadaan jemu dgn filem P.Ramlee. Semua best!
    Rakyat Msia (esp Melayu) yang tidak tengok, amatlah rugi.


    JIJI:
    Yeah. Betul tu. Tak pernah jemu pun.

    ReplyDelete
  18. GADISBUNGA:
    Betul. Samada yang berat, ringan, komedi sedih; semuanya ada pengajaran.



    HAMIZAH:
    Dulu di zaman mereka, mengutuk depan depan, agak kasar pun diterima. Sekarang jangan harap dapat guna dialog yang ada “bodoh” “setan” etc.. etc.

    ReplyDelete
  19. AZMIROY:
    Ate.. ngape tak dipelaweeee...?


    KHAYALKHAYAL:
    Seram ker? Alamak.

    ReplyDelete
  20. rajinnyaa akak buat entry ni....best2..... :)

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails