Thursday, February 9, 2012

AP.com: Pulut Tanak + Deryan x Pekasam Puyu = Aku Lalok...!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
08-02-2012



Rabu rupanya hari ni, kan? Ramai tak yang tersangka hari ini Monday?

Sebenarnya aku macam ilang mood nak menulis sesuatu di blog. Tapi ada banyak pula gambar yang diambil pada beberapa program sepanjang cuti empat hari.

Kami plan nak pegi swimming pada Ahad petang, tapi menurut seorang rakan blogger, kolam renang ditutup kepada public, kerana ada pertandingan.

2,3 entri sebelum, aku tunjuk gambar without story sebab keyboard aku sangkut-sangkut. Sekarang cerita lanjut. Sori Berlori jika ada beberapa istilah bahasa di sini yang anda tidak faham.

06-02, aku terlibat buat ke sekian kalinya dalam program makan-makan bersama warga AnakPerlis.com (AP.com). Rasanya ini ntah kali ke 9, or mungkin kali ke-10 aku terlibat dalam program sebegini. Lokasi masih sama, di rumah Che Mat Gebang, di Taman Gombak Jaya.

Kali ini meraikan ulangtahun kelahiran Puan Hajjah KAK E (isteri Tuan Haji Dr DINON), KIRAH, dan AINA (blogger JunAina).

Aku tiba seawal 9 pagi, terus bersarapan Nasi Lemak juga Pulut Tanak + Kelapa Parut + Ikan Masin.


Pekasam Puyu.


Majlis berjalan sederhana tetapi menu tetap enak seperti selalu. Menu utama sudah tentu Gulai Rebung (Rebung Madu yer kengkawan, bukan rebung buluh yang miang gatal tuh), dimasak dengan daging. Ada Pari Bakar, Pekasam Puyu, Ulam-ulaman + Sambal Belacan, Ayam Goreng, Kuih Muih....dll.

Layan gambar jom...!

Gambar Gulai Rebung dah tayang kan? So tak yah ulang lah.

Antara tarikan juga, deryan sejaraih yang ditaja oleh Tok Ngulu...! yesss...!
Tapi aku rasa beberapa ulas sahaja.



Pinggan seorang Geng Kedehog...


Mujur aku dah pernah makan Macaron, so kali ini tak ler teruja sangat. Manis, aku kurang gemar. Kek Velvet eh namanya?



Besday girl AP.com; blogger JunAina yang diraikan.



Kuih Seri Muka ddl + Apom, hasil karya Hajjah KAK E. Pakar masak, tokey katering.


Cream Puff, hasil karya KIRAH. 2 dulang habis cepat sekali, aku sempat rasa sebiji jer.




Ada banyak lagi kuih-muih yang dibawa tetamu (warga Perlis di KL), tak sempat nak snap semua. Rasa pun tak sempat semua, sebab kenyang air.


Menjawab beberapa pertanyaan di entri sebelum, program ini adalah program rutin warga Perlis di KL yang telah bermula sejak 2007 lagi. Antara program termasuklah buat korban lembu, majlis untuk meraikan anak yatim, menyambut Ramadhan, Rumah Terbuka Raya, ulangtahun kelahiran/perkahwinan...

Dan, aku memang BUKAN orang Perlis. Tapi menjadi sebahagian dari depa, adalah suatu penghormatan.

Terimakasih kepada seluruh warga AP.com, kerana tak jemu dok keloi cheq....!


Last sekali, stesen ABC @ Aih Kaciang tajaan “orang Perlih sosat” (pinjam ayat AINA).

Balik kepeningan.




~...SERI BULAN tidak pernah terlintas di fikirannya untuk meninggalkan HISYAM sendirian di Kampung Separuh Desa, malah pernah berhasrat untuk menetap di samping lelaki itu walaupun mungkin ada orang lain lebih intim antara mereka...~







16 comments:

  1. saya org perlis akak..nti ajak la sy sekali ke program mcm tu.;)

    ReplyDelete
  2. saya org perlis akak..nti ajak la sy sekali ke program mcm tu.;)

    ReplyDelete
  3. meleleh air liur tengok wadi' puyu....makan dengan pulut..perghhh!!

    ReplyDelete
  4. Durian itu juga yang menarik perhatianku. :)

    ReplyDelete
  5. Salam,

    Semua gambar makananan amat lazat..
    Tak aci betullah tak dapat rase..hehehehehe

    ReplyDelete
  6. KHAIRIN:
    Jamu mata jer lah eh? Hehehehe



    COKLAT BERAPI:
    Oh.. sila, sila.
    Masuk jer laman web AnakPerlis.com atau cari di FB. Join dan dapatkan maklumat perkembangan program dari masa ke semasa.
    Kak Azie bukan orang Perlis, jadi Kak Azie tak leh masuk web tu.

    ReplyDelete
  7. MOON AILEA:
    Memang sedap. Pulut tanak @ Pulut Sibaq...!



    NAJWA:
    Ahaa... kita orang Banjaq dok panggey ni Wadik!

    ReplyDelete
  8. KAKCIK:
    Deryan tu memang baru turun dari lori terus angkut pi. Segar, sampai kulit pun dok keras lagi, susah nak kopek.



    AUNTIE MARINA:
    Memang tak acik Auntie. Nak kasi aci kalu, kena tunggu lain kali. hehehe

    ReplyDelete
  9. Alaaaa..seriously i benar2 drooling dengan puyu pekasam tuuuu..

    ReplyDelete
  10. sesungguhnyer ohsem.. sy pon nak tukar 03 kat i/c ke nombor..errr...perelih punyo no bpe eh? hahahhaahhah....

    ReplyDelete
  11. menu yg ada cukup menarik. semuanya nampak sedap, tambah-tambah pekasam puyu tu

    ReplyDelete
  12. owh rebung madu rupernye :) Igtkan rebung pokok buluh tu. Tapi ape bezanya rebung madu ngan rebung pokok buluh? Maaf,saya budak baru belajar ttg rebung ;)

    ReplyDelete
  13. wah..bestnya aktiviti mcm ni...menu2 tu semua sedapnyua kak AA

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails