Friday, January 13, 2012

Sarapan Bersama Blogger: JEMPUTAN RASMI...

Assalamualaikum
JumAAt
13-01-2012


Tentu ada blogger yang masih ingat beberapa siri Gathering Blogger yang pernah berlangsung sejak tahun lepas (dan tahun-tahun sebelum). Banyak pertemuan sebegitu, perlu dirancang lama utk menarik ramai blogger berhimpun untuk aktiviti positif.



Kenangan 2009. Gathering Blogger yang pertama kali aku sertai. Pun konsep Potluck. Sarapan di tepi sungai, FRIM, Kepong. Penganjur: Sdr MAZIDUL AKMAL.

Kini setiap kali pertemuan blogger, kita permudahkan konsep iaitu tak perlu penganjuran yang begitu teliti or nak sewa dewan atau agenda yang berjela sangat. Konsep POTLUCK paling mudah. Terbukti. Masa kita buat Pertemuan Blogger di rumah KAKCIK SEROJA, aku dah nampak konsep sebegini paling diminati.

Kemudian kita sambung dengan siri pertemuan di rumah Dato’ LF yang mendapat liputan luas dan meriah (walaupun tak masuk paper atau tv), tapi ianya berjaya menarik ramai blogger berhimpun dan beramah mesra untuk xtvt santai dan bermanfaat.

Kemudian siri gathering secara kecilan bersambung lagi di mana “Sarapan Bersama Blogger” pula diperkenalkan. Rasanya ramai dah blogger lain duk buat xtvt yg sama cuma tiada hebahan rasmi atau tiada program rasmi. Yang bergather di restoren or kedai mamak pun dah banyak kita baca.

Minggu lepas bertempat di rumah Dato’ LF sudah berlangsung satu program Sarapan Bersama Blogger ini.

Minggu depan, satu lagi program “Sarapan Bersama Blogger” akan diadakan dengan konsep yang sama. POTLUCK.

Jemputan terbuka. TERBUKA ok. Semua blogger boleh datang jika ada kesempatan.

Penganjur/Tuan Rumah:
Blogger AKUZLE AYU — blog: Nasi Kerabu Buah Tanjung
Tarikh: 22 Januari, 2012 Ahad
Masa: Seawal 10 pagi
Alamat: 38, Jalan Cekap 25/45, Taman Sri Muda, Seksyen 25, Shah Alam.

Menu cadangan dari tuan rumah/penganjur: suami tercinta AYU yang pandai masak tu nak masak Kueyteow Goreng Kerang (paberet Dato’ LF nih...), minuman dan buah-buahan.

Sila semak jadual tuan/puan, dan sila sahkan menu cadangan yang anda hendak bawa di entri ini atau di entri tuan rumah tersebut.

Terimakasih atas sokongan.

Siapa lagi nak sokong blogger jika bukan blogger?

AA: akan beri keputusan selewat-lewat hari Sabtu. Jadual masih berterabur lagi.


Bawak Kopok Mony, bleh?
*pic sendiri snap tak cilok orang punya walaupun takda watermark!




~...hari-hari terawal persekolahan, SERI BULAN merasa sungguh tercabar bila ada anak murid yang nampak polos jujur tapi sangatlah pemalu sehingga ‘terbuang’ atas kerusi pun tak tercakap lalu hanya HISYAM dilihat sebagai penyelamat memberikan bantuan lalu cerita itu menjadi bahan sengih mereka yang berbalas bagai jual-beli pantun sepanjang jalan pulang...~







24 comments:

  1. Kakcik pun baru buat catatan tentang jemputan Ayu itu.

    Selamat bertemu kembali. :)

    ReplyDelete
  2. sis, tqvm coz mewar2kan...mwah3!! hehhehe...

    ReplyDelete
  3. INSYALLAHHHH..

    boleh sembang sakan yee..

    ReplyDelete
  4. insya Allah kak..
    takde aral kami sampai le ke shah alam

    ReplyDelete
  5. inyaallah..kalau tak ada hal pada tarikh tersebut saya akan datang...

    ReplyDelete
  6. Sebagai newbie...picisan pulak tu...kita malew ler...malew2 kucing tapi mau...hihihi

    ReplyDelete
  7. Alaaa... saya ada urusan PIBG sekolah pagi tu...

    huhu...

    ReplyDelete
  8. Melepas nak berimpun reramai...minggu depan balik kampung.

    ReplyDelete
  9. menarik...tapi saya ada kat kampung pada tarikh tu :)

    ReplyDelete
  10. kak AA,
    kalo takde aral kita jumpa .. insyaALLAH.. tak leh confirm lagi..

    ReplyDelete
  11. eh..eh..
    dekat je..setaman dgn rumah kak ros..
    membara rasa nak sertai..
    tak ada jadual lagi selain jemputan kahwin je hari tu..
    insyaAllah tak apa-apa jalan kakipun sampai...

    ReplyDelete
  12. sedih, sbb kali ini tak dapat nak ikut menyertainya.. garap2 ada kesempatan di lain kali.. keropok mony pun ok kan.. lagi cepat habis tu bila makan sambil borak..

    ReplyDelete
  13. KAKCIK:
    Sama-sama lah sokong menyokong.



    AKUZLE:
    No sweat bebeh!



    AZIAN:
    Wahh lama betul tak jumpa YAN.

    ReplyDelete
  14. AZEEDA:
    Sila... sila. Boleh sembang lama-lama nanti.



    AIN NORAINI:
    Rasanya dekat juga dengan tempat AIN kan?



    FARID:
    Please, don’t. Jangan cakap begitu. I tak suka...:)

    ReplyDelete
  15. GEDEK:
    Pengerusi mesorat ker aper ni?



    KHAIRIN:
    Awalnya dah cuti CNY? Lagi seminggu lagi tu kan?



    SANIAH:
    Alaaaa....

    ReplyDelete
  16. AKU BUDAK KLANG:
    Sila... jemputan terbuka. Nak bawa apa agaknya?



    JUNAINA:
    Awalnya dah nak balik kampung? Belum cuti CNY lagi.



    AZRUL:
    Sorang lagi nak balik kampung juga?

    ReplyDelete
  17. ANAA:
    Wahhh... kawan kita ni dah seronok nampaknya. Bawak menu apa kali ni?



    ROS:
    Ahaaa... U patut datang! Patut datang!



    HANIS AZLA:
    Tak mengapa. Masih ada ruang waktu yang lain. Kalu jadi, dapatlah mintak autograf kat novel Fitrah tu kan?

    ReplyDelete
  18. alahai..nape buat 22hb tu..frustnya td baru bgtahu ana..sy balik kg abg kenduri kwen kan anak...huaaaaa..

    ReplyDelete
  19. kali ni sya akan cuba hadir sebelum ke sg besar kaedahnya hari tu ;p

    ReplyDelete
  20. NYANYI SUNYI:
    Tak mengapa. Family first...



    YUNUS BADAWI:
    Bila la agaknya saya dapat jumpa Abg YB nih?



    KASIH IBU:
    Wahhh.. nak berjalan sakan eh? Makan dulu sakan-sakan di Shah Alam.

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails