Monday, February 27, 2012

AZURA 2012 vs AZURA 1984: Macam langit dengan bumi...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Ahad
26-02-2012


Sabtu Ahad panjang pula dirasakan bila tiada xtvt luar yang dibuat. Aku sengaja mengosongkan hujung minggu. Tangguh semua kerja luar.

Semalam Sabtu, layan filem SANGAM sepetang. Kemudian CHAK merengek nak tengok Bujang Terlajak, lalu aku pun beli thru Astro First. Dia ulang tengok sampai 5,6 kali. Adehhh...!

Ahad, aku sempat layan rancangan khas eksklusif tentang kisah cinta LISA SURIHANI-YUSRI. Seronok tengok luahan orang-orang sekeliling pasangan cute itu.

Sebelah petang aku layan Full Movie AZURA 2012 di YouTube. Cukuplah sekali. Sekadar memenuhi dan mencari keistimewaan. Kerana ini filem “remake”. Arahan Aziz M. Osman yang sudah dirancang bergitu lama.



Filem Azura asal (1984) ditayang ketika Jamal Abdillah dan Ogy Ahmad Daud berada di puncak kegemilangan. Filem arahan Deddy M. Borhan ini menjadi filem Melayu pertama mencapai box ofiice. Siap ada jual dalam bentuk kaset (dialog saja lah). Masa tu aku Form 5, dan kami memang beli kaset tu, sebab masa tu tiada CD dan memang tidak ke panggung langsung.


Jadi bila selalu pasang, banyak dialog dlm filem Azura ’84 tu memang aku boleh hafal. Sayang, filem itu jarang ditayang masa kini. Cuma pernah sekali dua sahaja.

Dalam Azura 2012, OGY pun ada berlakon (watak ibu Azura) tapi cuma muncul sekali, tanpa dialog pun.


Secara dasarnya, plot Azura 2012 ni, hampir sama jer dengan yang asal. Kisah cinta, kahwin tanpa restu kerana Zack anak jutawan. Hidup susah kerana ayahnya Tan Sri Puteh (dulu Dato’) sekat semua elaun. Kerja stesen minyak. Disuruh berpisah demi masa depan.. Bla bla... Semua masih plot yang sama. Dah remake, kan?




Lakunan, hampir semua biasa saja. Shah Jazle mungkin berlakon dengan baik, tapi reputasinya lately tidak baik, penuh kontroversi lalu mungkin orang berfikir dua kali untuk ke panggung.



Aku tak kenal sapa pelakun baju hijau nih. Watak antagonist. Jadi kakak tiri Zack. (dolu Zack anak tunggal). Sebagai Wanda, hati busuk dan asyik speaking jer dari mula sampai habis. Moden sangatlah konon.

Bagi aku, Azura 2012 tak best. Citer biasa saja. Filem cinta, memang tiada aksi. Dramatik sangat pun tidak. Pendekata tiada yang boleh membuatkan kita teringat kerana tiada scene yang mengesankan. Lagu pun tak best, kecuali lagu AZURA asal itu disegarkan dan digunakan juga kali ini.

Aku google sedikit info tentang AZURA 2012: kutipan filem Azura 2012 sehingga 6 Februari 2012 sekadar mencatatkan angka RM600 ribu. Sungguh mendukacitakan.




~...HISYAM pernah kata, “awak bukan sahaja sahabat baik saya tetapi juga seorang teman sejati dan sejiwa,” malangnya SERI BULAN sering dikelirukan pula oleh perlakuannya yang sering memberi layanan manja pada hampir semua anak dara Kampung Separuh Desa...~








9 comments:

  1. Ada kat youtube ya? Nak pergi cari jap. :)

    ReplyDelete
  2. tgk iklan mcm dramatik gile kan?

    *

    1st time saya dgr pasal filem dikasetkan. nampaknya mak ayah saya tak penah beli, tu pasal saya tak tahu.

    ReplyDelete
  3. Ada kelapangan boleh jugak nak intai2 movie ni..

    :)

    ReplyDelete
  4. filem dulu dengan skarang jauh beza....

    ReplyDelete
  5. pengarah sekarang takde idea ke apa? asyik buat remake. takyah malaysia..hollywood pun sama. terutamanya Disney.

    cuba2 la tengok filem2 keluaran negara kecil. ada juga keberkesanan dihati penonton. tapi saya..memang dahhh lama tak tengok filem melayu. rasa rugi. rasa duit terbuang.

    ReplyDelete
  6. tgok masa di iklankan kat TV pun dah boleh agak gitu...

    ReplyDelete
  7. Salam Kak Azie,
    Sy tak berminat pun nak tgk cerita ni maybe 1 sb pelakonnya, 2 sb pelakonnya dan 3 sebab cerita remake biasanya mmg xbest...hehehe...Hanya suka cerita yg original lakonan ogy & Jamal, bg sy hanya mereka shj Azura & Zack :)

    Terima kasih kak atas doa :)

    ReplyDelete
  8. filem azura yg lama tu, mmg banyak dialognya yg masih ingat smp skrg.. yg baru tak tgk pun..

    ReplyDelete
  9. tak teringin pn nk tgk filem ni kat wayang huhuhhu:p

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails