Ramai antara kita yang berasal dari kampung, kan? Rata-rata warga kota memang datang dari kampung, tinggal di KL kerana rezeki ditakdirkan di sini.
Yeah, aku memang orang kampung, sejak dulu, kini dan selamanya.
Aku bersekolah rendah di kampung (tahun 70-an — so berapa agaknya umur aku sekarang ek?). Pergi sekolah berjalan kaki sahaja, jauh juga berjalan kaki di jalan besar. Tapi masa tu keta tak banyak sangat, jarang-jarang sekali. Berjalan pegi pagi dan balik tengahari. Panas lit-lit tu berjalan dengan beberapa orang kawan sekampung (lebihkurang setengah jam berjalan).
Kerana kami memang dari keluarga yang tidak senang (buat bendang saja), so bab duit belanja sekolah tidak mewah, hanya setakat 20 sen sahaja setiap hari. Tapi masa tu bihun dijual dgn harga 5 kupang saja (5 sen pun jenoh makan), ABC pun baru sekupang, Air Sirap Kepal — ais batu yg dimesin, dikepal-kepal sebesar penumbuk, disiram sirap merah, diletak atas sekeping kertas suratkhabar yang dipotong 4 segi, makan terus dari tapak tangan. Sedut begitu sahaja tanpa straw. Cuma 5 sen. Sapa pernah nikmati ini masa kecik dulu?
Dan, sekali sekala aku juga bawa bekal ke sekolah bila kena sesi petang. (Dulu setengah tahun pagi setengah tahun lak kena petang). Kerana My BONDA dan arwah AYAH sibuk berbendang pagi petang, kami anak-anak yang pompuan biasanya memang pandai masak seawal umur 8,9 tahun lagi. Masak simple pun kira beranilah masuk dapur, guna dapur kayu plak tu..
Dan lauk paling senang nak bawa bekal adalah ikan sepat goreng siram kicap, dan telur goreng, juga siram kicap (telur pun ambik dari reban sendiri). Jaranglah ada lauk lain yang sedap. Ayam, jaranglah dijadikan menu harian, kecuali kalu ada kenduri or hari raya. Tapi kami relax jer, tak pernah bersungut pun.
Sekolah rendah aku memang takda kantin yang proper. Maklum tahun 70-an masa tu, utk beli makanan ada la 1,2 kedai yang berniaga makanan. Tapi time rehat, di belakang sekolah akan beraturlah orang berniaga makanan, biasanya orang2 kampung yang tinggal sekitar sekolah. Jualan: ais krim, bihun, laksa, buah jambu susu, kuih muih... Aku masih ingat akan sorang pakcik yang berumur, jual Aiskrim Malaysia dan Jambu Susu, kami panggil dia PAKSU. Sedikit cacat pada pipinya, tetapi ramai murid sekolah (esp. lelaki) mesra dgn dia, dan selalu tolong dia berniaga.
Loceng time rehat? Digoyang dengan tangan, macam orang goyang loceng aiskrim. Kena goyang kuat-kuat supaya kelas yang hujung boleh dengar... Aku pernah diarah goyang loceng tu, sampai lengoh tangan sebab berat betul loceng tu. Tapi bangga betul dapat peluang bunyikan loceng...!
Bila bawa bekal tu, makan time rehat. Yang pelik (sekarang baru rasa pelik, dulu tak pun), sesapa yang bawa bekal, mesti makan sorok-sorok. Malu konon kalu ada kawan lain (yg juga bawa bekal) tengok apa yang kita bawa. Semua makan kat bawah sekolah (sekolah rendah aku memang sekolah kayu bertiang besar-besar. So yang bawa bekal akan makan di tepi tiang yang besar-besar tu, sorok-sorok jer makan. Hehehehehe (terbayang jer aku dah tergelak...!) Yang kelakar lagi, bukannya boleh duduk, semua makan sambil bertinggung, sebab tanah tu bukannya bersih, lembab dan selalu penuh dengan tahi kambing...! Alahai..
Ada juga yang makan beramai-ramai di sepanjang longkang belakang sekolah, tetapi ntah kenapa aku memang tak pernah. Biasanya aku memang makan tepi tiang. Syahdu pula bila teringat...
Tapi lebih panjang lagi, berderet kelas yg hanya dipisahkan oleh dinding papan. Keseluruhan dinding memang papan yang bersusun, dicat berwarna biru. Teguh dan tingkap di sebelah laluan koridor adalah tingkap jaring kotak-kotak. Tiada daun tingkap. Tingkap berdaun sebelah dinding belakang, tinggi di sebelah atas sehingga tidak leh nampak langsung sebelah luar. Sapa yang duduk di sebelah dinding sana memang agak gelap. Heran tu, leh plak belajar, padahal bukan ada lampu dan kipas pun.
Yeahh.. memang tidak berlampu, sesapa yang datang awal memang kena tunggu sampai cerah tanah baru masuk dalam kelas. Untuk tutup tingkap (guna satu besi cangkuk, daun pintu papan yang agak berat, pelajar mesti memanjat dinding. Takda gril, kalu silap panjat terjunam keluar, memanglah takda harapan. Tapi tak pernah pun ada yang jatuh.. Yang pandai sampai belajar ke luar negara pun ramai.
Sekolah tu sekarang dah tak digunakan lagi... Dah uzur dan aku tak pasti apa fungsi sekolah tu sekarang, sejak ada bangunan baru untuk sekolah itu tidak jauh dari situ. Sekolah batu lah...
Kenangan yang sukar diulang kembali, tetapi bila teringat, macam nak mengalir air mata...
Nanti aku sambungkan lagi beberapa kisah semasa sekolah rendah, sekolah kampung...
~...setelah kolek bocor sudah yakin ditampal, HISYAM bakal berpergian ke Pantai Timur lagi, kali ini menjengah Pak Usin Drebar yang uzur tetapi dia lupa bahawa setiap kali berpisah, SERI BULAN pun tidak pernah merasa sihat...~
kalau mcm tu..sure umur kak azie dalam 40 an...(awal 40an)..jeng..jeng..
ReplyDeletekak, terharunya ayu baca entry kak..sedih tapi itulah kenyataan yang kak lalui...
ayu time sekolah pun asyik bawa bekal.sampai ayu mengajar..suka bawa bekal dr rumah walau masakan sendiri..
ps: tak sabar nak tahu kisah lanjut dizaman sekolah rendah dan menengah kak...
Jap nak ubah tajuk dulu...
ReplyDeleteAzie
ReplyDeleteI mengaku I sorok2 makan bekalan.. kadang2 bawak balik rumah semula. Ada kala I buang.. OH NO, YaAllah ampunkah dosaku ... masa tu umur 7 thn belum akil baligh so insyaallah dosaku telah diampunkan.
Kejap aje malu tu, bila semakin besar, semuanya berubah.. Bawak bekal untuk kawan2, I makan secoet aje.
SOM > gamaknya sapa lebih dulu masuk sekolah, antara kita ni? hehehe
ReplyDeleteNtah kenapa ya, rata2 zaman dulu kalu pi sekolah rasa malu bila bawa bekal, kan?
Mungkin rasa rendah diri dan sedar yg diri ini orang susah, lagi miskin...
saya pun selalu gak bawak bekal..huhu..family ramai sangat
ReplyDeleteGambar sekolah tu buat beta teringat kepada arwah Tok yang merupakan Guru Besar pada masa tu. Seingat beta, sejak kenal dunia, arwah Tok jadi Guru besar di sekolah di Selekoh dan Selinsing. Macam tu le rupa sekolah zaman tu.
ReplyDeleteAl-Fatihah untuk arwah Tok dan Opah...
KHAYALKHAYAL > Kome orang Peghak ropanyerrr?
ReplyDeleteAlahai, Selinsing tu dekat benor dah dgn Parit Buntar dn Bagan Serai...
CIK SU > Salam kenal. Sila masuk.
ReplyDeleteYeahh.. family besar selalunya makan pun berbagi-bagi.
salam kak azie,
ReplyDeletezaman akak SR tu saya br lahir,maksudnya umur kita tak byk beza..best lah n3 ni..kita suka..
Salam Azie...
ReplyDelete5 sen = 5 duit (bukan 5 kupang. 5 kupang = 50 sen).
Kakcik dulu bawa bekal nasi bungkus dengan daun pisang (harumnya, tambah pula nasi ditanak di atas dapur kayu) dan lauknya cuma ikan belanak kering atau sambal tumis ikan bilis yang mak masak. Perghhhh.... terasa2 pulak. (Al Fatihah buat arwah mak)
Beberapa hari lalu, kebetulan kakcik bercerita pada bangcik dan BS tentang asi kepal. Dia orang buat muka pelik dan siap 'yerk' lagi... Iyalah, yang buat ais tu adalah apek!
HAMIZAH > Itu kenangan yang tak leh diulangtayang lagi dah, semuanya imbas dalam ingatan saja...
ReplyDeleteSalam KAKCIK > Ampun, betullah kata Kakcik tu, terimakasih betulkan saya. Saya tersilap. 5 sen = 5 det.
Zaman saya tu orang Cina hanya meniaga kedai runcit saja, dan orang kampung yg meniaga makan...
AIS KEPAL pun biasanya mamak/India Muslim yang meniaga.
sodeyy kann tengok soklah lamer tewww.. uhuhu
ReplyDeletekak azie....
ReplyDeletesaya pom skol kampung gak..kat gua musang, klate..dulu pedalamanlah gua musang tu..sekarang..membangun yg amat..
saya pun xmalu ngaku anak kg..sebab yg saya tahu..dgn pelajaran shj nasib kita berubah.saya tak mahu mewarisi pekerjaan buruh dan penoreh ibu bapa saya
alhamdulillah..dgn belajar di skol kg..berbekalkan duit 50 sen je sehari..saya dpt belajar hingga ke uinversiti...dan alhamdulillah menjawat jwtn guru skrg di salah sebuah sekolah berasrama penuh di kuantan...hehe
panjang lak..terharu kak kalu citer pasal masa kecik2 dulu..huhu..bawa bekal jugak..ikan rebus goreng dgn nasi panas...sedapnya..
nak tmbh kak..jgn marah..
ReplyDeleteyg ni lagi terharu..nak gi skoloh..jalan kaki sejauh 5km..lalu kawasan rumah org2 cina..anjing merata2 kak..hari2 kene hambat ke anjing..so pi skoloh ngan kayu sebatang atau batu satu supit..hehe..buat baling anjing..setakat ni..xpenah kene gigit anjing...tuan anjing pom salu ckp..jgn pandang2 anjing..nati anjing kejar..huhu
betul..teringat zaman sekolah nak mengalir air mata. dulu ana satu sekolah ngan kakak, nasi sepinggan 30sen kongsi berdua...tapi tak pernah makan ais kepal tu, letak atas suratkhabar? kena mkn cepat2 la ye, klu tak sure lembik kertas tu!
ReplyDeleteacu bawa bekal hingga sekarang nie kak...lebih senang makan masakan sendiri walau pun simple..
ReplyDeletecuma sekali sekala je acu makan kat luar...
cantik sekolah kampong :)
ReplyDeletekita bawak bekal makan sorok² sbb tak nak kasi orang mintak! haha.
ReplyDeleteteringat zaman skol dulu..ati dpt bantuan makanan tau..waktu rehat keluaq awai..makan nasi yg dah siap utk semua yg dpt bantuan..huhu
ReplyDeletehuuu nostalgia sungguh
ReplyDeletesaya jarang bawak bekal sebab jarang berkesempatan ada bekal... jadik selalu berlapo je dah jadik habit sampai sekarang tak makan pon takpe
bila dah kawin pulak yang bawak bekal kat opis, gamoknya balas dendam kottt
salam.
ReplyDeletedulu kak..saya sekolah jual sagun ..akak tau sagun... kelapa parut... tepung gandum dan gula...
salam azie..baca cerita azie sama macam cerita makcik..pergi sekolah bawa bekal n duit 20 sen macam2 boleh beli..kenyang pula tu..
ReplyDeleteair batu kepal ...teringat masa sekolah dulu,balik sekolah berjalan sambil sedut air batu kepal tu..nikmatnya Tuhan je yg tahu..kita orang kampung macam tu ya zie..bersyukur dgn apa yg ada..tak pernah minta lebih,cukup dgn apa yg emak ayah beri...
saya lak sebelum ke sekolah, kena hantar kuih2 jualan (di buat mama) ke kedai2 kopi & runcit serta kantin2 sekolah sekitar. tak pernah malu bawa bekal ke sekolah.
ReplyDeleteKebanyakkan orang yang datang dari kampunbg mesti ceritanya sama macam azie.Walaupun ayahnya banyak kebun tapi anak2 pergi sekolah mesti bawa bekal.
ReplyDeleteKak Zai teringat ais kepal tu hehehe...
kenangan zaman sekolah rendah ya...
ReplyDeleteEN_ME > Sangat sedih lagi terharu..
ReplyDeleteSARAH NAJWAN > Wahhh Ikan Rebus Goreng dgn Nasi Panas, memang sedap tuh. Sekarang pun kalu makan, tetap rasa masih sedap.
Zaman sekolah setiap orang ada saja kenangannya. Itulah yg seronok dikenang.
Pengalaman dikejar anjing tu memang kelakor... mesti lari tak cukup tanah sambil angkat kain nampak peha! hahahaha!
ANA > Benar. Dulu mana ada nak boh dlm plastik, tak mampu peniaga dulu.
ReplyDeleteAis tu kena cepat2 sedut, kalu tidak paper tu jadi cair sekali.. Sekali sekala tersedut masuk mulut. hehehe
ACU > Sama gak. Kak Azin pun selalu bawa bekal dari rumah. Sebab pepagi masak utk anak2 so tapau utk diri sendiri gak.
NURSALAMAH > Cantik dalam kelasnya yang tersendiri...!
ReplyDeleteKOG > Lahir tahun kuda kah? Kudukut!
ATI MASRIF > Ya zaman dulu ada juga makanan bantuan. Tiap kali rehat pegi ambik makanan 1 mangkuk, dgn syarat kena serah kupon. kan?
ReplyDeleteCEMOMOI > Lagi sedih sbb tak ada utk dibuat bekal. Takpa, bekalan semangat dan kesungguhan pun cukup tu.
Skang dah kawin bawa bekal sebab ada bini pandai dan rajin masak. Kan?
BRUTAL > Tahu bebenor ler sagun tu. Selalu masa kecik Kak Azie buat tu dgn adik beradik.
ReplyDeleteGoreng tepung + Kelapa parut + gula.
Boh dlm kelongsong kertas mcm kacang putih, bocor kat ujung tuang ke mulut. Jangan cakap, nanti tertembak orang depan!
MAKCIK MERIAM > Hampir sama dan ternyata perasaan yg kita rasa, dikongsi bersama.
ReplyDeleteEELOBOR > Orang lelaki biasanya tak malu pun bab bekal ni. Selamba saja. Seronok yer dapat tolong mak berjualan. Berkat hidup...
KAK ZAITUN > Begitulah nasib anak orang kampung, tapi yg pasti kita semua bahagia, kan?
ReplyDeleteAis Kepal tu memang nostalgia betul.!
MOHAMMAD > yeahh.. sekolah rendah, masih malu dan sunti gitu!
Salam Azie...
ReplyDeletealaa...akak komen tercorot ker? sibuklah yang...
Azie..en3 kali ni betul2 best lah, tingat masa dolu2 kan...kita kat Johor bilang tu air batu kepal, hisap hisap sampai tawar...ya Rabbi gambar ais kepal yg membulat membuatkan kepala ting tong ingatkan kisah lama..dok nyonyot sambil berjalan, langsung tak pikir kesan karbon suatkabar tu kan?
bangunan sekolah lama tu...aduii.. sebijik lah mcm tempat akak, tp kelas akak dah agak moden wlp separuh batu separuh papan, kelas mak Limah lenggang kangkong yg macam kat gambar tu...
mimpi apalah Azie ni...hehehe...
Salam QUEENIE > sibuk yerrr.. ala sian.
ReplyDeleteRamai tul yg teringat nostalgia Ais Kepal tu ya. Memang sungguh mengimbau kenangan lalu...
Saya tak mimpi apapun KAK, tapi entri ini terhasil pada siang hari saya sembang2 dgn kawan sekerja tentang sekolah rendah.. Malam terus buat entri!
tak merasa kesusahan mcm org lain..hidup sederhana alhamdulillah...tp tak juga malu bawak bekal...dan duit yg mak bg hari2 simoan dlm tabung buat simpanan...
ReplyDeletetak pernah merasa es kepal tu...zaman g dah start popular ABC...
OGY > Rata-rata orang kampung dulu tidak susah cuma hidup sederhana wpun ada tanah sawah dan kebun getah berekar...
ReplyDeleteItulah cara kita belajar mengenal dan menghargai hidup.
Wahh OGY ni masih muda sebab tu dah tak jumpa Es Kepal tuh...
wa bawak bekal dari rumah tiap2 ari skng.. gelila nak makan kat lua.. macam2 citer dengar..
ReplyDelete